alahai anakku…

Hari-hari terakhir menjelang Aidilfitri.

Malam tu aku membawa anak-anakku ke MINES untuk melengkapkan pakaian raya mereka. Hanya kasut sahaja yang belum dibeli. Semua yang lain sudah dibeli. Untuk memuaskan hati mereka, biarlah mereka yang memilih sesuai dengan selera gaya masa kini.

Ingatkan anak-anak jer, rupanya yang lain nak jugak. Belilah kasut untuk semua pengikut yang lain. Isteri, adik perempuan aku dan pembantu rumah kami…

Bab kasut ni satu hal, tapi yang menarik bila Syahmi dan Syahmina nak beg duit. Maka belilah beg duit yang dikehendaki. Untuk Syahmi, gambar ultraman yang sama dengan bajunya dan untuk Syahmina pastinya sesuatu yang berwarna pink.

Cerita bermula bila mereka secara “paksa rela” meminta duit untuk diisi dan beg duit itu. Banyak pulak tu. Walaupun tidak mengetahui tentang nilai, mereka tahu kuantiti. Maka kenalah bagi duit seringgit dalam kapasiti yang banyak. Senyaplah mereka seketika sambil menggayakan beg masing-masing.

Bila balik kami singgahlah di restoren mamak. Syahmi hadir dengan idea untuk belanja kami makan dengan duit yang dia ada. Bangga betul dia bila dia akan belanja semua.

Selesai semua aku temani Syahmi ke kaunter bayaran. Kira-kira semua RM17.60. Syahmi pun keluarkan lah duit-duit seringgitnya. Lama juga dia keluarkan. Maklumlah seringgit-seringgit. Dek kerana sedihnya dia mengeluarkan duit seringgit-seringgit, pekerja yang jaga kaunter bayaran tu bagi diskaun. RM17.00 dah lah.

Duit Syahmi hanya ada RM14.00. Aku pun tambahlah berapa yang tak cukup. Syahmi berlalu ke kereta dengan bangga sambil berkata pada uminya, “Abang dah bayar dah semua dah…”

Masuk dalam kereta, Syahmi diam sambil membelek-beluk beg duitnya yang dah tak ada duit. Tiba-tiba syahmi bersuara, “Bagi abang duit balik. Duit abang dah habis. Tengok ni, dah kosong”

“Eh, bukan tadi abang yang nak belanja semua kan?”

“Memanglah, tapi abang ingat sikit ajer. Ini habis duit abang” Syahmi menepuk dahi dan terus tersandar.

Kami semua ketawa terbahak-bahak. Tadi bangga sangat nak belanja, kini dah menyesal. Rugi besar agaknya bila semua duitnya dah habis. Bila teknik “paksa rela” untuk mendapatkan duit untuk kali ini gagal, Syahmi bersuara “Umi bagilah abang kad bank..”

Terkejut besar kami. Mana dia tahu pasal kewujudan kad bank? Anak-anak zaman ni. Umur 4 tahun dia dah tahu tentang bank dan macam mana nak keluarkan duit. Apa pun, kami semua berbangga dengan Syahmi yang dah belanja kami malam itu walaupun sebanarnya semua itu duit kami.

Sehingga entry ini ditulis, beg duit Syahmi memang sentiasa tebal. Tebal dek duit seringgit, duit syiling dan kad bank (sebenarnya kad diskaun). Hahaha, jangan bagi tahu dia…

3 Respons to “alahai anakku…”

  1. cute lah Syahmi……jangan belum setahun jagung dia dok mintak kad kredit tambahan untuk dia udahhh…yer bang…

  2. cute tu sebenarnya tumpah dari kehensoman bapanya. hehehe

  3. kira ok la tu.. my daughter.. kira2 duit raya dia ada laa. dlm rm 500.. time tgk tv, ada iklan mitshubishi d’max (4WD).. dia tanya i.. ma! duit raya alis cukup x nak beli kereta tu…amboi selera besar sungguh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: