Rais di PBB!

UTUSAN MALAYSIA – Anggota PBB perlu bersatu tangani krisis dunia

NEW YORK 28 Sept. – Malaysia meminta semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepakat mengatasi masalah yang melanda dunia terutama berkaitan dengan krisis tenaga dan makanan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, semua langkah dan cadangan bagi mengatasi masalah itu terdapat dalam resolusi badan dunia itu tetapi disebabkan tidak ada kerjasama, ia tidak dapat dilaksanakan.

“Punca kepada krisis berkaitan bahan api, makanan dan juga perubahan iklim berpunca daripada janji yang tidak ditunaikan.

“Nampaknya kita tidak belajar daripada sejarah atau tabiat menghasilkan resolusi demi resolusi tanpa ada tindakan dan susulan. Ini merupakan punca kepada ketepuan dalam banyak tanggungjawab yang diberikan kepada PBB,” katanya.

Rais berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB Ke-63 di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, Malaysia menggariskan enam cadangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh PBB dan negara-negara anggotanya bagi mengatasi ketepuan dan krisis yang melanda dunia sekarang.

Yang pertama, katanya, masyarakat antarabangsa terutama negara membangun perlu memberikan komitmen yang lebih dan bukan melepaskan beban tindakan mengatasi masalah tersebut kepada negara-negara membangun.

Katanya, negara maju perlu menetapkan satu standard kepada seluruh dunia dalam mengatasi setiap krisis yang timbul.

Malaysia juga, jelasnya, mahukan semua negara anggota PBB mencari ramuan yang betul dalam memastikan ada keseimbangan antara pembangunan ekonomi, sosial dan perlindungan alam sekitar.

“Yang ketiga, gandingan optimum antara tindakan oleh sektor swasta dan kerajaan perlu dicari. Sektor swasta melalui pasaran mempunyai peranan untuk mengatasi krisis ini.

“Bagaimanapun kerajaan mempunyai peranan kritikal dalam menyediakan polisi bersepadu,” katanya.

Cadangan keempat, kata beliau, ialah mewujudkan lebih banyak kemudahan pembangunan dan pemindahan teknologi dari negara maju ke negara membangun dalam membantu menangani krisis yang timbul.

Selain itu, katanya, isu yang berlarutan perlu segera diselesaikan terutama di rantau yang bermasalah tetapi pada masa sama merupakan penyumbang kepada pengeluaran minyak terbesar dunia.

Yang terakhir, kata Rais, Malaysia mencadangkan penyelesaian jangka panjang bagi menstabilkan harga komoditi.

Selain itu, katanya, Malaysia juga meminta supaya kegiatan pengganas dan lanun di perairan antarabangsa ditangani secara serius bagi mengelakkan kejadian yang menimpa kapal milik Malaysia di Teluk Aden berulang.

Malaysia turut mengkritik cubaan negara kuasa besar dalam PBB yang cuba mempersoalkan undang-undang negara lain dan pelaksanaannya.

“Ingin ditegaskan kita tidak mempunyai hak untuk campur tangan melalui apa bentuk manifestasi atau apa juga keadaan dalam urusan dalaman negara lain.

”Kita boleh jika kita mahu mempersoalkan asas undang-undang terhadap penahanan tanpa bicara di Teluk Guantanamo, tetapi kita tidak berbuat demikian.

“Ketika hubungan seks dan perkahwinan sejenis diterima di California, ia tidak bermakna sodomi yang merupakan jenayah di kebanyakan negara Asia juga perlu diterima,” katanya

 

* Ini yang kita mahu. Barulah aku boleh balik kampung dengan bangga. Bolehlah bercerita “tokoh yang aku undi dalam pilihanraya dulu berucap di PBB. Aku undi tokoh yang bukan sahaja boleh bercakap tentang isu longkang tersumbat, atau isu jalan masuk kebun belum berturap, tapi boleh bercakap pasal isu kesejagatan dunia.” Hidup Pak Rais!

7 Respons to “Rais di PBB!”

  1. Bro, wlau undi adalah rahsia, tapi macam dah tahu je undi siapa, hikhiknhik

  2. terpaksan bagitahu.. maklumlah, pak mentua tak jadi…

  3. Krisis ekonomi yang melanda dunia akhir akhir ini memang sudah selayaknya menjadi perhatian seluruh bangsa di dunia. Saya sebagai orang awam hanya bisa berdoa semoga semua bisa terselesaikan dengan baik. terimakasih

  4. Yulism…
    Berharaplah semuanya tidak mendatangkan mudarat… Semua perlu bersatu untuk menangani krisis sedemikian rupa.

  5. ke jelobak ko jolobu..tuai padi tigo tangkai..kato ombung den..kato pak rais den..

  6. apo kato pok najib den plak….ahahahaha

  7. Zaidi,
    cubo guna laluan bukit tangga, jelebu… baru tahu betapa hebatnya Pak Rais. Jalan macam hway beb..

    Rose,
    Den mengaku kalah ajelah. Pak Najib kau nak jadi PM dah tu. Pak Rais den ontahlah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: