Kuda Hitam dan Jawatan Yang Belum Dikosongkan

Oleh: Syirfan Indra Mitra Surya Hussin

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum ke-12 adalah tragedi untuk Barisan Nasional khususnya UMNO. Tragedi ini masih berdarah dan pastinya belum terbebat sehingga kini. Krisis kepimpinan, keyakinan dan kegagalan menjangka kehendak ‘akar umbi’ terus berbekas hingga kini.

UMNO tidak ruang lain selain merangka satu revolusi baru bagi memastikan parti itu masih releven dengan misi dan visinya. Untuk itu, wajah baru yang lebih segar diperlukan bagi merealisasikan tugasan penting itu.

Apabila terdengar ura-ura peralihan kuasa akan berlaku tidak lama lagi, jawatan Timbalan Presiden UMNO tiba-tiba jadi buruan. Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi memberi apa-apa simbol tetapi beberapa tokoh telah menawarkan diri untuk ‘berkorban demi parti’

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek secara sinis menyatakan bahawa akan wujud ‘kuda hitam’ yang akan merebut jawatan nombor dua itu. Siapakah kuda-kuda hitam itu?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zabidi mendahului kesedian untuk berkorban demi parti dan diikuti oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed tiba-tiba membuat kejutan dengan menawarkan diri untuk membawa perubahan dalam parti. Ketua UMNO Bahagian Pulai ini menyatakan tindakannya ini bukan untuk biadap tetapi menyatakan bahawa UMNO perlu memberi peluang untuk generasi muda untuk naik.

Calon favourite Tan Sri Muhyiddin Yassin belum membuat pengumuman rasmi kerana tidak mahu dilihat sebagai pemimpin melangkaui pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selain itu, bintang lama, Tan Sri Muhammad Taib juga dijangka akan mengumumkan kesediannya.

Jika ini berlaku, bermakna tragedi 1993 akan berlangsung sekali lagi. Pertandingan merebut kerusi nombor dua membawa Tun Ghafar Baba meletakkan jawatan.

Pada tika UMNO dan negara berada pada detik paling penting, pemilihan kali ini akan menentukan nasib parti orang melayu untuk pilihanraya akan datang. Ia pemilhan paling penting. Jika tersalah menjangka suara ‘akar umbi’ UMNO akan berkubur begitu sahaja. Kini semuanya bergantung pada kuda hitam yang dimaksudkan.

Sejarah sendiri membuktikan bahawa pemimpin harus dilihat pada idealisme, gagasan, pengalaman, nilai peribadi dan pastinya rekod perkhidmatan sebelum ini. Jika dirujuk pada gaya berpolitik di Malaysia, tokoh yang bakal terpilih adalah mereka yang sudah sebati dengan sepak terajang dan tokoh yang telah dilihat sebagai berani bersuara dan memahami kehendak rakyat. Ini termasuklah mengkritik secara terbuka kepimpinan atasan jika perlu.

Dalam usaha pemulihan ini, UMNO memerlukan sekali lagi ‘semangat dan kewibawaan’ Tun Dr. Ismail lewat pengunduran Tunku Abdul Rahman bagi memulihkan UMNO dan Perikatan. Datuk Seri Najib harus memilih tokoh paling ideal untuk bergandingan bagi mengawal krisis demi krisis yang sedia terhidang. Namun kuda yang mana yang memang teruji kehebatannya?

Ahmad Zaid, tokoh yang telah bergelumang lama dalam politik dilihat paling sesuai untuk kerusi Naib Presiden UMNO. Namun menurut beliau kehendak akar umbi yang mahukan beliau berada lebih tinggi. Ia bukanlah sesuatu yang janggal namun kesediaan beliau belum tiba masanya. Jika tersalah langkah dan tersalah jangka, karier politik beliau akan sedikit terencat. Ahmad Zaid yang pernah bertapa seketika dulu wajar menilai strategi politiknya itu.

Mohd Ali juga dilihat sebagai tokoh yang wajar dipuji. Tika pemimpin negeri lain longlai dan tewas dalam pilihan raya umum, beliau kekar menerajui Melaka. Pengalaman berpolitik menjadikan Melaka kubu kuat yang gagal ditembusi PAS mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun kehebatan Muhyiddin lebih terserlah tanpa menafikan sumbangan Ahmad Zaid mahupun Mohd Ali. Calon favourite dipuji kerana sering memberi pandangan yang konsisten dengan kehendak rakyat walaupun ada masanya sangat kontras dengan kehendak Perdana Menteri.

Tika beliau sendiri melihat kejatuhan UMNO hasil dari keangkuhan pemimpin UMNO untuk memahami kehendak rakyat dan terbinanya persepsi ‘untuk kaya jadi pemimpin UMNO’, Muhyiddin tidak lari. Beliau kekal disitu dan membetulkan apa yang perlu dari dalam. Kini, beliau memerlukan platform lebih tinggi untuk membawa makna baru kepada pengundi.

Muhyiddin dilihat sebagai agen perubah yang boleh memberi nafas baru. Malah gandingan Najib – Muhyiddin dilihat sebagai regu terbaik masa ini untuk mengembalikan UMNO dalam konteks kepimpinan negara.

Nur Jazlan masih terlalu mentah walaupun apapun alasannya. Kerusi nombor dua itu memerlukan mereka yang benar-benar teruji. Ini bukan ruang untuk mendapatkan kredit dan nama. Ini ruang untuk survival bangsa dan negara. Survival untuk kelangsungan usaha dan matlamat jangka panjang. Semua pemimpin yang ingin menawarkan diri harus sedar diri dan ruang. Jangan tragedi lama berulang kembali. Rakyat tidak mahu lagi pemimpin yang syok sendiri. Mereka mahu pemimpin yang sedia mati untuk mereka.

Siapakah sebenarnya ‘kuda-kuda hitam’ itu akan diketahui tidak lama lagi. Ramai lagi tokoh yang belum bersuara. Kuda dari Negeri Sembilan seperti Tan Sri Isa Abdul Samad belum beraksi.

Namun inilah demokrasi. Pertandingan seumpama ini akan menyuburkan demokrasi itu sendiri. Hanya persoalannya ialah, pada tika batu nesan sudah mula dipilih perlukah pertandingan itu yang pastinya akan menzahirkan kelompok dalam UMNO?

Satu Respons to “Kuda Hitam dan Jawatan Yang Belum Dikosongkan”

  1. Aku sebenarnya MUAK dengan hal² ni.Cuma kalau tak amik tau macam tak patut la pulok…
    Tapi apa pun UNDI ITU RAHSIA.hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: