Hindraf : Adakah kita masih belum belajar

Oleh : Syirfan Indra Mitra Surya Hussin

SEBAHAGIAN besar dari kita sempat berasai gelombang sosial yang dilalui oleh negara dalam usaha merealisasikan mimpi para pejuang kemerdekaan untuk memerintah sendiri negara ini. Kita telah menyaksikan pelbagai rencah dan perubahan sosial kearah itu.

Walaupun gelombang yang kita lalui tidaklah sehebat revolusi Filipina pada penghujung abad ke-19 atau pergolakan kebudayaan Indonesia, nama sejarah yang kita lalui juga mempunyai nilainya yang tersendiri. semua itu mengzahirkan sebuah negara harmoni pelbagai kaum dengan acuan yang sangat istimewa.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kita gunakan sebagai asas kepada keutuhan yag kita nikmati sekarang. Kita berpegang pada matlamat yang sama walaupun kita punya beza asas budaya. Ras bangsa, warna kulit mahupun fahaman hanyalah warna yang kian menceriakan kanvas kemodenan negara.

Rabu lalu, penyokong pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) tiba-tiba bermain api tika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet. Sebahagian ahli kumpulan terbabit yang memakai baju T berlogo Hindraf dan menjerit, ‘Hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ‘Lepaskan Hindraf’, ‘Hapuskan ISA’, ‘Lepaskan Hindraf’

Dari satu sudut, sememangnya tindakan Hindraf ini sangat bertentangan dengan nilai budaya yang kita junjung bersama. Ia benar-benar songsang dengan apa yang kita persetujui bersama. Ia hanya membuahkan sentimen perkauman yang kian menyesakkan.

Tindakan Hindraf memang melampau. Namun apa yang ingin penulis sampaikan bukan sekadar itu.

Peristiwa ini sudah seminggu berlalu. Namun apa yang kita lihat? Tidak ada tindakan mahupun gesaan meminta maaf secara jelas. Adakah Perdana Menteri tidak mahu semangat syawal itu dirosakan? Adakah sedar jika tidak ada tindakan yang drastik, tindakan ini akan berlaku sekali lagi? Mungkin akan lebih dasyat lagi.

Isu yang berkait dengan perkauman harus mendapat tempat yang serius dalam penilaian kerajaan. Ia adalah bom jangka yang boleh meletus bila-bila. Segala tindakan harus memastikan segala krisis ditanggani segera. Setakat menyampaikan rasa kecewa di media massa seminggu selepas apa yang berlaku tidaklah membawa apa-apa makna.

Malah ramai yang akan ketawa atau senyum sinis bila membaca akhbar hari ini yang menyiarkan Perdana Menteri kecewa dengan apa yang berlaku. Apakah yang akan diperolehi oleh Perdana Menteri hasil dari kekecewaannya itu?

Hindraf semalam ‘menghadiahkan’ kerajaan laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan akhbar Utusan Malaysia berikutan kenyataan dan laporan yang didakwanya berbentuk hasutan dan berbau provokasi terhadap mereka.

Penyelaras pusat, R. Thanenthiran mendakwa laporan muka depan Utusan Malaysia pada 4 Oktober yang memetik kenyataan Syed Hamid bertajuk ‘Hindraf diberi Amaran’ adalah tidak adil dan bersifat perkauman.

lebih menarik lagi – ‘‘Kita juga mahu Syed Hamid memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar itu kerana Hindraf amat tersinggung dengan laporan berkenaan’’  

Hindraf tersinggung, namun apa pula perasaan masyarakat Islam?

Tika Perdana Menteri kecewa, Hindraf menggesa Datuk Seri Syed Hamid Albar (wakil kerajaan) meminta maaf kepada mereka. Siapa sebenarnya yang bersalah? Adakah ini yang dikatakan beri betis nak paha.

Atau ini adalah perlambangan kegagalan kerajaan mengawal kontrak sosial yang sedia ada. Atau takut dengan bayang-bayang sendiri? Jika kewujudan Hindraf ini sudah ditanggani lebih awal, peristiwa 1 syawal pasti tidak akan terjadi…

Apa kah yang boleh kita pelajari dari senario ini? kita masih belum belajar dari sejarah!

Satu Respons to “Hindraf : Adakah kita masih belum belajar”

  1. kalau tak salah aku, ada kelaur di buletin utama baru ni.diorang² ni kena kaji artikel 153.so ada sesiapa leh explain tentang artikel tu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: