Pak Lah…

SMS yang keluar dari bilik mesyuarat di PWTC menyatakan bahawa Pak Lah tidak akan mempertahankan jawatannya. Adakah ini yang kita harapkan? Adakah kita makin matang dalam berpolitik? atau sebenarnya kita sedang keluar dari mulut harimau dan sedia masuk ke mulut buaya?

Doalah kita memilih hanya yang terbaik!

10 Respons to “Pak Lah…”

  1. buaya ada saja dalam politik..tapi yang paling bahaya buaya “raja liwat”, jangan sampai dia boleh ngap negara kita…percayalah ekonomi akan lebih stabil setelah pak lah letak jawatan, tun mahathir lebih gagah dari biasa, mukhriz akan rancang strategi tapi KJ pasti tunduk menyepi..apalah nasib rembau lepas ni….

  2. Janganlah terlalu cepat menjatuhkan hukum, sebelum seseorang itu terbukti bersalah, dosa besar tau. Buaya yang paling bahaya, buaya yg nampak kepentingan peribadi melebihi memperjuangkan kepentingan rakyat. Sedarlah, orang yg dipilih oleh rakyat ialah yg dipercayai oleh rakyat, contohilah perjuangan orang terdahulu. Bukanlah seperti perjuangan orang yg dipilih oleh rakyat sekarang ini, sanggup melobi rakyat demi kepentingan peribadi, rakyat ramai tapi ada yg sanggup dilobi, nampak sudah terbalik, siapa pilih siapa, rakyat pilih pemimpin ke, pemimpin pilih rakyat yg nak pemimpin itu memimpin lagi walaupun tak layak memimpin. Janganlah kita pilih buaya yg habiskan balak dihutan tapi rakyat tertipu dengan kehijauan hutan simpan kekal yang telah ditebang balaknya. Jangan lah kita tertipu dengan buaya yg sanggup meminta orang kampung menggadaikan tanah pusaka dengan harga murah tetapi yg kaya raya orang lain bukannya orang kampung tu sendiri. Kita sebagai rakyat bukaklah mata dan minda seluas-luasnya, kita jengok-jengok pemimpin zaman sekarang ni berebut-rebut nak jadi pemimpin sanggup jatuh menjatuhkan untuk apa. Kalau aku tak tebang habis balak-balak ni nanti kalau aku jatuh, orang yg naik pulak akan tebang habis. Sifat tamak seperti ni yg kita tak mahu. Habis apa yang tinggal untuk generasi kita yg seterusnya. Jangan sampai tanah, air, harta di perut bumi, kesuburan muka bumi dan negara kita tergadai dek kelemahan dan kesilapan kita sendiri. Fikir-fikirkanlah dan bertindaklah sekarang.

  3. ermmm….byk gak yg sy dengar cakap begitu…tak apa…kami akan sampaikan kepada pok najib tentang ini…kalau dia tak mampu teraju tanpa byk soal undi dia akan terjejas bila tiba election…cuma setakat ni dia amat dihormati dan disayangi di Pekan sebab dia amat menjaga warga Pekan tanpa mengira darjat dan parti politik…..dia tau warga Pekan tak bodoh, kalau tak masakan 5 tahun yang lepas dia nyaris2 jatuh….

  4. manusia memang mudah untuk menuduh sesuatu yg buruk kepada orang lain, padahal belum terbukti dimahkamah manusia sekalipun. Hanya Allah Yang Maha Esa tahu segalanya. Penggunaan nama “raja liw*t” amat tidak sesuai di dalam komen ini… jika mau silalah ke ruangan blog lain pohonnya. Kita terima Qada dan Qadar, siapa pemimpin kita terima, yang baik kita sokong, yang tak baik kita tegur. Jangan hanya jadi angguk-angguk, tak geleng-tak geleng.

  5. Dno,
    email den, syirfanindra@yahoo.com

    Zenal,
    Apo cerito? Lamo tak dongar cerito…

  6. to syir…
    pohon izin guna blog ni nak balas apa zenal says…

    en zenal…if u nak tahu bagaimana gelaran “raja …..” itu diberi di kalangan media tempatan, saya mohon supaya anda hadir di mahkamah dan dengar sendiri..bukannya hanya baca di surat khabar yang hanya diselitkan sedikit daripada perkara sebenar…(sebab tak ada page & arahan pihak atasan, akhbar pembangkang lagi teruk sebab selalu tersilap tulis sebab tak faham prosiding)… seperti yang u kata hanya Allah yang tahu.. tetapi sebelum kita sama-sama tahu diakhirat nanti..jomlah kita dengar di mahkamah..

    tertuduh sukar mengelak daripada menipu setelah bersumpah dengan nama Allah tetapi peguam boleh mengelak ketika trial & submission bagi melepaskan tertuduh dengan landasan undang2 mengikut ciptaan pengamal undang-undang terdahulu.. keputusan hakim di mahkamah kebiasaannya bergantung kepada akta dan lengguk peguam membawa pemikiran hakim sama ada mensabitkan atau melepaskan…sory..jangan mare..pengunjung blog kan bebas menyampaikan pemikiran masing-masing.. jangan lupa datang ke kompleks mahkamah jalan duta 31 okt nanti, boleh u amati sendiri kes itu..

    gelaran itu..hanya sekadar ikut keadaan semasa, harap u tak terlalu sensitif..lepas ni bleh bagi gelaran lain plak..cam “raja kelentong ker”, “raja reformasi ker”..he he..jangan marah.. memang kes tu belum diputuskan di mahkamah tetapi jangan lupa dengan kes yang sama pada 1998 di mahkamah tinggi, cuma libatkan mangsa berbeza, tapi kes itu dah diputuskan mempunyai beberapa kesilapan teknikal dan tuduhan digugurkan ketika sampai ke mahkamah persekutuan…namun intipati sepanjang perbicaraan masih ada yang tidak diketahui umum..

    satu lagi…bagaimana kita nak tahu kebolehan dan kebijaksanaan pemimpin kita? dan bagaimana cara saudara menunjukkan cara penerimaan dan teguran? amat membanggakan jika saudara boleh sampaikan pada beberapa pemimpin termasuk dari barisan kerajaan dan pembangkang supaya kurangkan agenda negatif pada masyarakat..kerana sehingga kini saya hanya mampu mendekati dan bersemuka dengan beberapa pemimpin sahaja untuk berbicara, itupun ketika di Parlimen dan hari mengundi…cakap kosong kat telepon tu ada le jugak sekali sekala…

    pernah juga sesekali saya mengangguk dan menggeleng tapi berpada-pada juga.. dengan sedikit pengalaman diri sendiri..saya ingin katakan..doa saya..janganlah Anwar jadi PM…telitilah bagaimana pendangan beliau pasal ekonomi, bijakkah dia dalam hal kewangan, bercakap sahaja tidak guna..fakta yang lebih penting, hal begini penting untuk generasi anak-anak kita, saya hanya mengenali dan mengikuti perkembangan anwar dan wan azizah ketika pilihraya, di mahkamah dan sedikit pengalaman ketika beliau masih lagi menteri kewangan dulu..dia tidaklah sehebat mana…percayalah..tapi dia hebat ketika datang ke mahkamah pada 1998 dengan gaya leher lentuknya dan berkerusi roda bagi memberi gambaran paling hebat pada penyokongnya di luar mahkamah, tetapi di dalam mahkamah….(tak perlu diberitahu rasanye..)

    silalah ke rumah barunya di Segambut, lihatlah betapa banyak harta dia walaupun sudah lama tidak memegang kerusi kerajaan dan gajinya sebagai ahli parlimen baru saja bermula…kemana hilang sakit tulang yang dia gembar gemburkan setiap kali tertekan dengan hal undang-undang negara..jomlah kita tegok sendiri… senario hebat bakal berlaku di Parlimen dalam beberapa minggu ni, jom le tengok sendiri

    sekali lagi mohon maaf jika tersilap bicara en zenal yea……

    to syir…
    hal politik tak boleh cakap kat sini ke? sekali sekala kenalah ikut rentak semasa..tapi risau gak kalu kena tahan gan ISA, cuma boleh le jumpa kekawan kat dlam tu cam uthayakumar, m.manoharan gan raja petra.

    to dno…
    mana ada jatuhkan hukuman pada orang…kita pun tahu itu dosa besar lea….hanya sekadar melontarkan harapan supaya Anwar tak menyusahkan negara kita…bukan ke dulu ekonomi dah merudum gara-gara pelaksanaan dan percaturan kewangan Anwar yang hampir memusnahkan negara?

    ideologinya yang membawa kemusnahan pegangan keharmonian masyarakat terutama sesama melayu, ramai pelajar yang tidak dapat menghabiskan pengajian kerana ditahan waktu reformasi kerana tiada yang datang menjamin, termasuk PKR yang pada ketika itu dikatakan membela nasib rakyat?

    saya harap tidak berlaku lagi perkara sebegitu, cukuplah…dah penat tengok orang melayu memekik tanpa apa-apa faedah walhal masih banyak perkara yang boleh dibuat…

    pasal sifat tamak tu, mungkin berlaku..tapi macam mana nak elak ek kalu kita dok tempat diaorang tu..boleh wat artikel ni, biar menteri bukak mata.

  7. bocong dot com Says:

    Isy Isy Isy.. (Style Pendekar Bujang Lapok)

  8. kena menyanyi lagi “Malam Bulan Di Pagar Bintang”.. baru lengkap Pendekar Bujang lapok

  9. ada juga lagu bujang lapok basikal cabuk… last sekali, oh mencece…. oh mencece… hehe.

  10. sebelum logout…
    Izana,
    tak ada salah bicaranya pun, biasa la tu. bagaimana perlu mohon maaf, siapalah saya hendak memaafkan. kiranya patut sayalah mohon maaf atas respon. Baiklah.. kita tungu dan tunggu dan tunggu. Allah akan tunjukkan yang benar.

    Syirfan,
    den macam biaso yo. Rayo tak sompek nak jalan2. kito ni stakat jumpo online yo. nanti la kito jumpo ramai2 kwn2 lamo.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: