Bersama Ketua Hakim Negara

Ceritanya bermula begini…

Isteri kesayangan aku dijemput oleh Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad ke rumahnya. Tertanya juga, ramai ke yang dijemput? Menurut menantunya, hanya beberapa orang wartawan mahkamah yang dijemput. Oleh kerana dijemput dalam bulan syawal, pastinyalah jemputan itu berkait dengan jemputan rumah terbuka.

Aku malaslah nak pergi bersama. Maklumlah, rumah Ketua Hakim Negara pula tu. Lepas tolak dan tambah, kami pun pergilah bersama. Anak-anak pun kami bawa sekali. Maklumlah, dijemput  hadir ke rumah Ketua Hakim Negara merupakan peluang yang tidaklah wajar kami lepaskan. Untuk maklumam, Ketua Hakim negara kini sedang berada di hujung-hujung perkhidmatannya. Mungkin Ketua Hakim Negara yang baru nanti tidak akan menjemput kami ke rumahnya.

Hadirlah kami di hadapan rumah Tun Abdul Hamid yang terletak agak tersembunyi di Putrajaya. Suasana dan besarnya rumah itu sangatlah menggerunkan. Yang lebih menarik lagi, kami sahaja yang datang sekeluarga. Siap bawa anak lagi. Yang lain semua datang sorang-sorang.

Masuk ajelah…

Sememangnya hanya beberapa orang wartawan mahkamah yang dijemput. Aku kira-kiranya tak termasuk dalam kategori wartawan mahkamah. Tapi dek kenal semua wartawan tu dan mereka semua kenal aku, tidaklah malu sangat. Layan ajelah makanan yang sedia terhidang.

Tun Abdul Hamid sememangnya menjemput wartawan-wartawan mahkamah untuk sesi ramah mesra dan berbincang beberapa isu yang berkait dengan kehakiman negara. Aku, Syahmi dan Syahmina.. duduk dan makan! 

Tun sedang menyampaikan pendapatnya tentang sistem kehakiman negara dan keputusan bersejarah yang akan dilaksanakan beberapa hari lagi. Syahmi tanpa perasaan melayan makanan.

Makan, ambil gambar dan senyum. isteri dan Syahmina dalam aksi ayu mereka.

Wartawan-wartawan mahkamah bergambar dengan Ketua Hakim Negara. Inilah wartawan-wartawan yang banyak penyimpan rahsia negara. Aku? Wartawan yang kenal dengan wartawan-wartawan yang banyak menyimpan rahsia negara. Hehehe.  

 

Sempat jugaklah kami sekeluarga bergambar dengan salah seorang tokoh penting negara. Harap-harapnya anak-anak kami sempat menyerap aura Ketua Hakim Negara. Manalah tahu, jadi Ketua Hakim Negara suatu hari nanti…

Apa pun, terima kasih pada Tun sekeluarga yang sudi menerima kami sebagai tetamu di rumah istimewa itu…

 

6 Respons to “Bersama Ketua Hakim Negara”

  1. “Harap-harapnya anak-anak kami sempat menyerap aura Ketua Hakim Negara. Manalah tahu, jadi Ketua Hakim Negara suatu hari nanti…”

    Amien, Semoga harapannya menjadi nyata Bang. thanks

  2. Yulism…
    Mudah-mudahan… amin…

  3. bro, gua baik sangat dengan anak dia yang lelaki tu, skrg dia jadi legal adviser kat one of the minstry

    kami sama2 kat matriks dulu, bro wife dia chinese kan? coz anak dia tu sebiji muka cam cina

  4. Bro..
    Gua jumpa jugak dengan anak lelaki dia. Tapi senyap aje. Nak tanya soalan apa pun gua malu.. hehe. Tapi anak pompuan dia yang Melati tu sedikit heboh dan kecok. Sesuailah dengan glamournya Melati lepas menang pertandingan debat/pidato antarabangsa tu.

    isteri Tun ke bro? tak perasan pulak gua. rasanya macam melayu. Ke bro tanya isteri kepada anak lelaki dia tu… pun tak perasan pulak gua…

  5. Wartawan Mahkamah itu apa Bang? Apakah wartawan yang bertugas di pengadilan? Wah, jadi Bang Syirfan dan isteri dua-dua wartawan ya. Suai nian Bang …
    Cantik dan tampan Syahmina dan Syahmi tu. Ohya, bundanya juga tentu …

  6. Wartawan Mahkamah.. ya, wartawan yang bertugas melaporkan berita tentang pengadilan/kehakiman dan pstinya banyak menghabiskan masa di rumah keadilan/mahkamah…

    Tampan mungkin jatuh dari bapanya. Cantik tumpah dari ibunya. hehehe. Tidaklah… Syukur… tuhan kurniakan kami anak-anak yang sihat dan doanya akan mampu berbakti pada semua bila dewasa kelak. Insyaallah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: