Shamsiah Fakeh dan “Keadilan Sejarah”

 

20 Oktober 2008, perginya “Wanita Komunis Terakhir” – Shamsiah Fakeh jauh dari kita. Pergi untuk melengkapkan kembaranya. Pada jam 5.30 petang, diiringi dengan tangisan, jenazah Allahyarhamah Shamsiah Fakeh dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Perginya dengan meninggalkan tanda tanya dalam sejarah…

Shamsiah Fakeh dilahirkan pada tahun 1924 di Kampung Gemuruh kira-kira satu batu dari pekan Kuala Pilah. Shamsiah merupakan puteri kepada Sutan bin Sulaiman dan Saamah bte Nonggok.

Pada peringkat awal perjuangan menuntut kemerdekaan, lahir beberapa parti politik berhaluan kiri umpamanya API atau Angkatan Pemuda Insaf yang diketuai Ahmad Boestamam dan AWAS ataupun Angkatan Wanita Sedar yang diketuai oleh Shamsiah. Penglibatan dalam parti inilah yang membuahkan semangat nasionlisme yang tinggi pada Shamsiah

Shamsiah  Fakeh berkahwin sebanyak 5 kali dan perkahwinannya dengan Ibrahim Mohamad adalah yang terakhir baginya. Beliau juga pernah berkahwin dengan Ahmad Boestamam namun Boestamam tidak pernah menulis darihal perkahwinan ini dalam mana-mana karya beliau.

Perkahwinannya dengan Boestamam terganggu dengan penahanan Boestamam oleh kerajaan penjajah British pada April 1947. Dalam hal ini Shamsiah menyatakan betapa Boestamam telah diheret ke mahkamah atas pertuduhan menghasut melalui karya panas beliau “Testamen API” yang telah diharamkan oleh pihak penjajah. Boetamam telah didapati bersalah dan kemudiannya didenda seribu dua ratus ringgit ataupun 9 bulan penjara. Boestamam telah membayar denda tersebut dan kemudiannya telah dibebaskan.

Isu nya bermula disini. Pada Shamsiah, seorang nasionalis akan lebih rela merengkok di dalam penjara. Namun bagi Ahmad Boestamam, beliau lebih diperlukan diluar. Tindakan Boestamam membayar denda dan tidak rela dipenjara membuatkan Shamsiah Fakeh kecewa dan dikatakan itulah puncanya mereka bercerai.

Apabila penjajah British mula mengekang gerakan politik Melayu yang dianggap ekstrim dan kiri, Shamsiah dan rakan-rakannya mula terasa tertekan. Penahanan Boestamam dan ramai lagi mengakibatkan API dan badan-badan gerakan kebangsaan lain kemudiannya diharamkan dan lumpuh. Akibat daripada tekanan pihak penjajah yang berterusan inilah akhirnya Shamsiah membuat keputusan menurut jejak langkah rakan-rakan seperjuangannya untuk lari masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan bersenjata dari sana.

“Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Aku pun masuk hutan dan bermulalah era aku berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanahair dan Kemerdekaan serta kesetiaan kepada perjuangan telah mebuat aku teguh dan sanggup masuk hutan. Yang penting ialah mencapai Kemerdekaan. Pada fikiranku setelah Merdeka maka segala-galanya akan dapat diselesaikan.”

Hutan  akhirnya mendewasakan Shamsiah dan memantapkan lagi pegangan beliau terhadap perjuangannya.

Seterusnya dari hutan pada tahun 1956 Shamsiah berhijrah dengan suaminya Ibrahim Mohamad ke China, dihantar oleh PKM untuk belajar. Pasangan ini terus berada di sana dan memegang berbagai peranan termasuklah bertugas bagi siaran Melayu Radio Beijing antarabangsa. Pada tahun 1965 mereka ditugaskan ke Indonesia yang ketika itu mengamalkan NASAKOM iaitu Nasionalisma, Sosialisma dan Komunisma sebagai ideologi kebangsaan di bawah Soekarno. Kehadiran Shamsiah adalah untuk kemudiannya menubuhkan pejabat perwakilan Liga Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia.

Mereka bebas beroperasi sehinggalah tercetusnya ketegangan di Jakarta apabila berlaku rampasan kuasa tentera dan Suharto mengambil-alih kuasa pemerintahan. Beliau dan rakan-rakannya ditangkap oleh penguasa Indonesia pada tahun 1965 sehinggalah dibebaskan pada tahun 1967 dengan bantuan kedutaan Vietnam. Dan dari sana beliau diterbangkan ke Vietnam dan kemudian kembali ke China.

Shamsiah kemudiannya menghadapi situasi pergolakan dalam PKM sehinggalah beliau dan suaminya dipecat dari parti yang mereka anggotai itu lalu menjadi rakyat biasa di China sehinggalah berjaya pulang ke tanahair pada tahun 1994 atas keizinan kerajaan Malaysia. Kepulangannya ekoran perjanjian perdamaian antara kerajaan Malaysia dan PKM pada tahun 1989 yang bagi beliau menandakan tamatnya permusuhan 41 tahun kedua-dua pihak.

Uniknya perjuangan Shamsiah, beliau dikatakan tidak pernah pun membunuh malah menembak tentera Melayu.

“Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka.”

Namun sebagai seorang pejuang tulen, bagi Shamsiah perjanjian itu bukan bermakna pihak kerajaan telah menang di medan perang. Ianya lebih merupakan kejayaan kedua-dua pihak di meja perundingan.

Bagi Shamsiah beliau adalah pejuang kemerdekaan Negara walaupun tidak diiktiraf demikian oleh kerajaan. Sumbangan beliau dan rakan-rakannya akan tetap berada di lipatan sejarah walaupun cuba dinafikan oleh pihak-pihak tertentu.

“Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.”

Sejauh mana kita boleh menerima perbezaan ini? Sejauh mana pula memberi tafsiran pada setiap tindakan dan fahaman yang dipegang hingga mati oleh Shamsiah Fakeh. Perlu kita ketahu bahawa derita Shamsiah tidak pernah berakhir

Cuma yang paling beliau kesalkan adalah apabila bekas Pengerusi PKM Musa Ahmad pernah semasa wawancara di RTM pada tahun 1981 menyatakan bahawa Shamsiah telah mencampakkan sendiri anaknya ke sungai untuk mati. Dan dalam Utusan Malaysia pada tahun 1987 seorang yang mengaku sebagai bekas teman sekolahnya telah menyatakan bahawa Shamsiah telah menghempaskan anaknya ke batu setelah mengetahui suaminya menyerah diri kepada polis.

Kedua-dua kenyataan tersebut dinafikan oleh Shamsiah Fakeh.

Lantaran itu karya beliau yang telah diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia berjudul Memoir Shamsiah Fakeh Dari AWAS ke Rejimen ke-10 harus dianggap usaha mulia walaupun sedikit lewat.

Mungkin buku ini tidaklah seberapa jika dikira dari sudut nilai harganya ataupun keuntungannya, tetapi membaca buku ini sekurang-kurangnya memberi keadilan sejarah pada Shamsiah Fakeh. Mungkin cerita-cerita Shamsiah Fakeh telah tabu dalam kotak pemikiran kita, namun berilah sedikit ruang untuk mengetahui apakah sebenarnya dalam kotak pemikiran wanita komunis terakhir.

Apapun, pemergian Allahyarhamah akan terus dirasai pada tika mula berfikir tentang “keadilan sejarah”.

Al-fatihah.

33 Respons to “Shamsiah Fakeh dan “Keadilan Sejarah””

  1. info menarik….suka..suka….nak cari lah buku ni…

  2. bucungdotcom Says:

    Pernah dengar dari seorang tua, Allahuyarham ni tinggi ilmu agamanya dan tinggi juga ilmu kebatinannya. Wallhua’lam

  3. Ketika masih disekolah kami juga belajar mengenai sejarah dunia, tetapi saya pribadi masih belum tahu banyak mengenai sejarah Malaysia. Senang membacanya jadi ada tambahan wawasan mengenai sejarah negara tetangga. Thanks

  4. emmm..menarik,sya yang tak tahu sgt pasal sejarah juga terpanggil untuk membeli buku itu..thanks!

  5. Salam semua…

    Terima kasih kerana singgah dan terima kasih kerana mula berfikir tentang Shamsiah Fakeh.

    Apakah yang boleh kita pelajari dari senario yang dialami oleh Shamsiah Fakeh? Pada pendapat saya, usaha untuk membetulkan sejarah sememangnya satu usaha yang sangat sukar. Apatah lagi kita telah dibentuk dengan gaya berfikir dan dihadamkan dengan sejarah yang pastinya ditulis oleh penjajah.

    Kita perlu tahu bahawa sejarah ditulis oleh orang-orang yang menang. Tapi sudah tiba masanya kita mula menginsafi bahawa semua yang kita tahu tentang sejarah belum tentu wujud kebenarannya.

    Kali ini mari kita lihat sejarah dengan mata fikir baru sebagai orang timur, yang terdidik dengan kemodenan barat tetapi disempurnakan dengan alam melayu.

    Salam untuk semua

  6. Aku ada terbaca artikel tentang shamsiah fakeh.Bagi aku perjuangan beliau betul.CUMA kalau la boleh aku ‘Back to Future’ nak sangat aku tgk apa sebenar yang berlaku…

    ???

  7. Bro,
    memang istimewa shamsiah fakeh ini. dia dah tak ada baru terasa nak buat dokumentari dia. rugi, rugi

  8. sejarah merupakan keutamaan saya..1st time baca psl shamsiah fakeh mcm ada satu kuasa yg membuatkan saya terus ingin mengenali beliau…mcm2 artikel saya cari mengenai samsiah fakeh…bila tahu dia dah meninggal,semacam satu kerugian bagi saya kerana kita belum mengetahui kisah sebenar yang berlaku dalam perjalanan pejuangannya…inillah contoh pejuang sebenar..biar mcm2 org ckp mengenai dia,dia tetap dengan pendiriannya bahawa dia tidak mengkhianat….so proud to her..

  9. mgkn sy terlewat mengetahui blog abg syirfan… igt lg falsafah sejarah (game) yg kita mainkan waktu orientasi budak junior? heheheheh

  10. Misis zun…Terima kasih kerana singgah. Sejarah sememangnya sebuah filosofi yang mengajar dengan contoh. Shamsiah Fakeh adalah contoh terbaik. Saya pun terkilan kerana tidak sempat membuat dokumentari tentang beliau pada masa beliau masih hidup… Moga Allah mencucuri rahmatnya kepada Allahyarhamah…

  11. Annazs,
    Mana mungkin saya lupa pada setiap kenangan. Terima kasih kerana hadir pada setiap kenangan itu…

  12. Salam,

    Memang sejarah dibuat, diolah, disesuaikan dan yang betul diketepikan oleh yang menang.

    Siapa yang menang, dia akan mengolah sejarah, mensesuaikannya dan mengokohkan kemenangannya.

  13. Saudara Hamdan…
    Terima kasih kerana memberi sokongan pada usaha memberi perspektif yang betul pada sejarah…

  14. aku seorang pelajar seni halus d sebuah universiti..aku akan cuba menaikkan pejuang2 ini sbg satu medium untk memberitahu kpd smua mereka ini lah pejuang juga yg patuh kita hayati pengorbanan,perjuangan dan susah senang mereka dahulu..bg aku mereka juga harus mendapat sedikit hak untk di tantang juga spt pejuang2 negara kita yg d angkat namanya di lipatan sejarah.

  15. Aman Hakim
    Terima kasih kerana singgah dan terima kasih kerana kerana berusaha membawa “pejuang kiri” ini dalam sejarah yang wajar. Tq

  16. suhaimi bin othman Says:

    Arwah ayahanda bekas polis hutan pernah bercerita sewaktu bertugas di Temerloh , Pahang sewaktu menjalani operasi di Sungai Pahang bertembung dengan Shamsiah sedang memandikan bayinya di tepi sungai tersebut, suatu keajaiban telah berlaku; arwah telah menembak Shamsiah ketika itu apa yang terjadi Shamsiah dan bayinya ghaib selepas itu. Shamsiah pernah belajar pondok bersama Aishah Ghani, bekas Ketua Wanita Umno Malaysia di Sumatera dikatakan Shamsiah seorang yang kuat hafalan bacaan ayat-ayat suci al Qurannya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat yang melimpah ruah ke atas rohnya

  17. saye kagum sungguh kepada org2 yg memperjuangkan tanah air kite..
    tkde sayap kiri..tak tahu la negara kite jd ape..
    bro takde ke ttng ibrahim libya??

  18. Acong…
    Betul tu. Tanpa mereka siapalah kita yang mengecap merdeka ini… nak juga cari tentang ibrahim libya ini. tq

  19. Banyak tokoh lain seperti beliau yang telah disorok @ dilupakan…

  20. Zarizi, benar. Banayk lagi usaha yang harus kita laksanakan…

  21. Memang benar perjuangan menentang penjajahan seharusnya dipuji. Namun motif perjuangan kemerdekaan tidak menghalalkan cara perjuangan itu. Tahun 1957 Malaya merdeka, tetapi kenapa tiada kesungguhan beliau untuk menyertai pemenrintah Malaya yang sudah merdeka? Sebaliknya beliau masih berfikiran bahawa kemerdekaan Malaya menjadi realiti sekiranya Malaya jatuh ke tangan fahaman komunisme. Wallahu’alam.

    Saudara,
    Saya setuju…

  22. kita x boleh refer pd buku sahaja..kita kena byk lagi mencari rujukan memlalui org2 yg pernah melalui zaman darurat…jika beliau benar-benar anak jati negara bertuah ini menagapa dia x menyertai atau memberi sokongan pd tanah melayu?sebenarnya sy teramat risau jika terdapat pihak yg cuba mengembalikan fahaman komunis ini.fahaman begini tiada faedahnya…

  23. kita tak pasti apa sbenar yg terjd dahulu, sbb itu perlu ada saksi yg masih hidup skrg utk menceritakan smula sejarah yg sbenar. kita tak boleh terlalu bergantung pd sumber sjarah yg ditulis oleh pjajah atau disokong oleh sumber2 penjajah walaupun ada pihak mengatakan sejarah tak boleh ditipu ttp penulis sejarah itu cuma insan biasa dan ada kelemahan dan kepentingan. kita cuba lihat sejarah itu dr sudut persepsi mereka yg pernah bersama dgn peristiwa sejarah itu (itupun kalau masih ada).

    cuma yg saya tak bersetuju dgn pejuang ini adalah kenapa perlu memilih haluan bersama fahaman komunis. kenapa tidak sj jd pembangkang dlm menentang kerajaan memerintah setelah merdeka. walau apapun memang diakui juga mereka merupakan pejuang kemerdekaan tetapi setelah merdeka mereka masih lagi berjuang menentang pemerintah yg mereka anggap sbgai talibarut penjajah. matlamat tidak menghalalkan cara. sesuaikan cara itu dgn perkembangan tamadun utk mencapai matlamat yg dianggap murni. berunding, berdialog, menang-menang dan bkn dgn keganasan membunuh rakyat awam yg tidak menyokong perjuangan mereka.

    walau bagaimanapun, sejarah sudah berlaku sebegitu kita cuma boleh ambil tauladan spya pd masa depan tak ada lagi pihak yg masih berfahaman kolot dan tidak bertamadun yg masih menentang dgn kekerasan dan keganasan. Kerajaan yg memerintah pun begitu mesti beri ruang utk pihak yg tak sependapat memberi pandangan dan harapan mereka spya dgn memahami mereka maka situasi MENANG-MENANG boleh dipersetujui bersama.

  24. harryat Says:

    aku sbnrnye obses dgn perjuangan nasionalisme brbntuk radikal cth nya API,AWAS, KMM tp ada phak trtentu mngatakn mereka ni petualang negara tp sebenarnya TIDAK! mereka mahu membebaskan tanahair dari cengkaman british wei.. camne nk dptkn buku memoir shamsiah fakeh.. aku SALUTE pada Dr burhanuddin helmi,pak sako,ahmad boestamam, n Ibrahim Yaakob REVOLUSI!!!

  25. walau apa pun caranya, setiap insan mempunyai cara tersendiri. terima kasih kerana geng2 kamu lah kitorg lahir sebagai anak merdeka. hidup pejuang!

  26. rahimirahman Says:

    Shamsiah fakeh adalah antara pejuang kemerdekaan yang dinafikan haknya,walaupun dia berhaluan kiri tetapi rentak perjuangannya ialah untuk memerdekakan tanah melayu,bak kata shamsiah yang ditulis oleh seorang penulis buku m*t*k* “ikut bila kita mempercayainya dan tinggalkan bila hilang kepercayaan”.Dari situ dapat kita FAHAMI mengapa beliau mengambil keputusan untuk mengangkat senjata menentang penjajah,mungkin baginya ketika itu dasar perjuangannya adalah selari dengan nalurinya sebagai srikandi yang agresif.Sejarah memang ditulis oleh mereka yang menang sehingga ada ketika kita tidak mengetahui siapa pejuang bangsa yang sebenarnya.
    Bab shamsiah dituduh oleh sesetengah pihak yang ia membunuh anaknya bagi saya adalah rekaan semata-mata,cubalah kita bayangkan selama ia menjadi komunis tidak penah sekali pun dia membunuh walaupun seorang askar melayu dan pistol yang tersisip dipinggangnya tidak pernah meletup kerana dia tidak sanggup membunuh orang yang sebangsa dan seagama dengannya,jadi bagaimana mungkin ia boleh membunuh anak dari darah dagingnya sendiri dengan kejam.Itulah nasib yang terpaksa diterima oleh shamsiah fakeh atas dasar perjuangannya hingga menjadi teladan oleh kaum ibu dulu-dulu”Jangan jadi shamsiah fakeh sanggup bunuh anak sendiri sebab nak selamatkan diri”.Itulah ayat yang selalu saya dengar ketika kecil dahulu.
    Kalaulah Shamsiah Fakeh tidak Cina dan mengiktiraf perjuangan perjuang berhaluan kanan ketika itu mungkin sejarah yang tertulis berbeza sekarang,mungkin namanya akan terukir dalam sejarah sebagai srikandi bangsa melayu atau mungkin dia memegang jawatan yang penting dalam kabinet Tunku Abd Rahman.Saya kata kalaulah………..!.
    Kematiannya juga akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara dan mendapat liputan luas media eletrik dan cetak,tetapi sejarah telah tertulis
    sebaliknya,sekarang Shamsiah Fakeh hanya tinggal nama dan sebuah buku Memoir untuk kita mengenangnya dan berterimakasih diatas perjuangannya yang tak kesampaian tetapi namanya sedikit sebanyak tetap terukir dalam sejarah tanah air kita,AL FATIHAH

  27. ucop seven Says:

    salam…
    Pada keseluruhannya semua kita yg masih hidup ketika ini harus berterima kasih dgn para pejuang2 dahulu w’lau pn di anggap berhaluan kiri.. jika tidak kerna perjuangan dn pengorbanan mrk maka belum tentu kita hidup dlm keadaan selesa tanpa penjajahan secara langsung skg ini…
    W’lau pn hak mrk d nafikn tp cuba kaji blk matlamat mrk dn kita adalah sama utk memastikn tidak di cengkam dibwh penjajah!
    mmg jika ingin mmbetulkn kembali sejarah negara yg tlh di ubah oleh pihak yg menang adalah sukar tp kitalah perlu fahami dn mencari kebenaran itu dn sampai kn pd generasi yg sedia ada dn akan datang…semoga perjuangan org2 terdahulu tdk d nafikn sumbangan mereka…

  28. Kisah sedih seorang pejuang. Hidup matinya utk Tanah air, tetapi sejarah ditulis oleh orang yg menang. Almarhumah ada jasa tetapi ada silapnya. Semoga Allah mengampunkan kesilapan almarhumah. Ianya kekal sebagai salah satu mata rantai sejarah Tanah air. utk Almarhumah al-Fatihah

  29. actually i need this book…utk my assgment..selepas dripada kuliah pensejarahan malaysia yg dismpaikan oleh pensyarah saya..dan saya berminat utk meyelidik ttg perjuangan shamsiah fakeh..tpi malangnya kata pensyarah saya buku ini sudah di “banned” dan tiada dipasaran lagi….so..kalau boleh saya ingin tahu jika masih ada buku memoir ini yg masih berada dipasaran…tq..

  30. Luciana,
    Memang sukar mendapatkan buku ini. Boleh dapatkan terus buku ini dari penerbitnya.

  31. azmy abdullah Says:

    buku ini boleh di peroleh di MPH..bhg fiksyen Melayu..emmm saya cukup mengkagumi ketabahan, kecekalan liku2 perjuangan allahyarhamah..pada saya sukar mencari ketulenan perjuang wanita seperti beliau..kalu lelaki yg terlibat dalam gerakan dan revolusi kemerdekaan dalam hutan ni biasa la..tp kalau wanita ni..emmm kagum kehebatannya..tp syukur alhamdulillah memori perjuangan beliau dapat diterbitkan sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. banyak kemusykilan dan kesilapan fakta mengenai beliau dapat diperbetulkan..antaranya beliau menafikan Tan Sri Aishah Ghani sebagai ketua wanita AWAS yang pertama seperti teks sejarah yang kita pelajari dulu..menerusi kajian Datin Fatini Yaakob dan penulis terkini banyak yang kita pelajari mengenai apa itu PERJUANG apa itu NASIONALISME yang tulin..al fatihah – moga Allah cucuri rahmat atas rohnya dan terima kasih juga pada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir membenarkan beliau pulang ke tanahair dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Malaysia..

  32. salam

    ulasan menarik. cuma ada satu pembetulan .
    NASAKOM (nasionalisme, agama & Komunisme) bukan sosialisme.
    atau daripada mana sumber itu datang.

    terima kasih

  33. sesiapa yang ingin mencari buku-buku biografi,politik,ideologi,sastera dan sebagai nya.. boleh cari kat sini…
    http://thekedaihitamputih.blogspot.com/search/label/list%20buku

    sama2 kita mencari ilmu yang hilang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: