Bantal oh bantal…

Cuti yang lalu aku banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan pastinya meluangkan lebih banyak masa untuk isteri yang sedang menunggu untuk melahirkan cahaya mata kami yang ketiga.

Salah satu aktiviti kami berdua adalah shopping!

Pada fikiran aku yang agak kuno ini, shopping bolehlah dianggap terapi pada si isteri yang sedang tertekan untuk melahirkan cahaya mata kami. Malah mengikut sejarah kelahiran anak-anak kami yang lepas, sebelum kami ke hospital untuk melahirkan baby, confirm kami bermula di pusat membeli belah dan kemudian barulah ke wad bersalin.

Untuk kali ini, jangkaannya begitu juga. Berputar-putarlah kami berdua di pusat membeli belah dan gudang jualan perhabisan stok. Sampai hari ini, baby tak keluar-keluar lagi. Mungkin masih selesa dalam kandungan uminya.

Kali ini yang tercetus pada fikiran ku bukanlah pasal kelahiran baby, tetapi pasal bantal!

Sewaktu kami berputar-putar di salah satu jualan gudang yang kami kunjungi setiap hari, 2 kali sehari.. ternampaklah bantal yang sangat istimewa. Harganya, sebelum potongan adalah RM1100. Selepas potongan bolehlah dibeli pada harga RM550.

Ia agak murah selepas potongan harga. Persoalannya, mengapa bantal ini dijual dengan harga yang sebegitu tinggi. Bantal yang kami gunakan dengan harga yang jauh lebih rendah tetap membuat tidur kami lena.

Adakah dengan menggunakan bantal seperti ini akan menyebabkan mimpi akan lebih indah atau mimpi akan berbau wangi?

Entahlah, sehingga kini kami berdua masih terfikir tentang mereka yang membeli bantal-bantal istimewa ini…

5 Respons to “Bantal oh bantal…”

  1. Ha’ah yer..pelik jugak kenapa mahal sangat…maybe utk org imsonia kot…letak2 jer kepala atas bantal tu boleh terus tidur..sbb dia letak ubat tidur..huhuhuhu..(apsal rasa cam budak pompuan dlm higglytown heroes jer ni)

  2. Hehehe
    Mungkin ler. Ingat kalau pakai bantal yang mahal kita boleh tentukan mimpi apa kita malam ini.. heheh

  3. gila nya mahal tu.kau kena dapat ‘Dato’ dulu bro baru ada class beli…
    hehehe

  4. Memang bro.. kalau setakat gaji 4 angka memang tak sesuai. hahaha

  5. no komen,but,erm hari ni aku jatuh cinta lg sekali kt wife aku,bila aku bgun tidur tengok muka dia yg tengah tidur pehhhhhhhhhhhh,you are wornderful lady,make me………… apapun kenapa dah 10 tahun kwn bru aku perasan kecantikan wife aku? ermm from today anything from me only for you.i love you.ada kaitan x dengan bantal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: