Alexander bukan Zulkarnain?

*Sekadar berkongsi artikel yang tersiar di harian metro ahad lepas. Sebenarnya membacanya di dada akhbar lebih menarik dengan adunan gambar-gambar pengembaraan kami.  Hayatilah rencana ini sekadarnya. Terima kasih

Alexander bukan Zulkarnain?

Oleh FIRDAUS SAHAT

Islam indah dan kekuasaan Allah SWT pula meliputi seluruh alam semesta yang sukar untuk kita ungkaikan. Namun sebagai manusia, ia menjadi lumrah untuk kita mengkaji kebesaran Allah. Dalam al-Quran menerusi surah Al-Khafi ada menceritakan mengenai siapa Zulkarnain.

Namun jangan pula kita bandingkan sejarah yang ditulis dengan tangan sendiri menerusi apa yang dinyatakan dalam al-Quran. Yang kita tahu, Zulkarnain pemerintah Islam yang agung. Karektornya berbeza jika hendak disamakan dengan Alexander.

Dalam pemerintahan Zulkarnain, pemerintah Islam ini tidak mengangkat pedangnya terhadap kanak-kanak dan wanita, tetapi Alexander pula menghapuskan sesiapa saja yang menjadi penghalangnya.

Malah, kajian ilmuan dan sarjana Islam seperti Seyyed Ahmad Khan (pentafsir Quran terkenal), Molana Abolkalam Azad (Menteri Kebudayaan India), Baha’eddin Khomrashahi dan Dr Muhammad Ebrahim Bastabi Parizi turut menyangkal Alexander adalah Zulkarnain.

Sedikit sebanyak, perkara sekecil ini cukup untuk membuatkan kita berfikir. Malah, ia juga menggerakkan anak tempatan untuk mengkaji dan merakamnya dalam bentuk dokumentari siapakah Zulkarnain dan Alexander The Great.

Menurut pengarah dokumentari berjudul Alexander Bukan Zulkarnain iaitu Syirfan Indra Mitra Surya Husin, dalam kepercayaan masyarakat Melayu, Alexander dan Zulkarnain adalah orang sama. Katanya, sejarah itu sudah tertulis berabad-abad lamanya, jadi ini menjadi ikutan masyarakat kita.

“Begitupun jika dikaji semula, banyak persoalan yang timbul mengenai dua tokoh ini. Sekalipun masyarakat dunia turut mempercayai mereka orang sama, kebenaran itu belum diketahui.

“Selepas kajian selama dua tahun sebelum bergerak menjelajah dunia, kami mendapati banyak persoalan dan pendapat yang bercanggah.

“Begitu juga ketika mencari bukti dan peninggalan dua tokoh ini di serata dunia, banyak juga persoalan yang menafikan mereka orang sama. Lagipun, kajian tokoh agama juga menafikan mereka orang sama.

Jadi, sekumpulan produksi dari Firdaus Maju Production (FMP) ditubuhkan untuk merakam dokumentari ini. Bukan mahu menidakkan sejarah, tetapi apabila ia berkaitan sejarah Islam, menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menerokanya. Bukankah Islam itu luas isinya?” katanya.

Tambah Syirfan, idea sebenar untuk merakam dokumentari ini datangnya daripada Afareez Abdul Razak, bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir, yang kini melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa.

“Pelajar ini mengkaji perkara sama. Selepas semua kajiannya selesai, dia membawa tesisnya kepada kami untuk dijadikan dokumentari. Selepas melihatnya, kami terpegun dengan kajian dilakukannya. Jadi, sebagai orang Islam, kami juga mahu tahu perkara sebenar.

“Lagipun, perkara ini bukan sesuatu yang kita bualkan bersama rakan. Kurangnya ilmu menyebabkan kita hanya menurut sejarah sedia ada walaupun banyak perkara yang bercanggah dengan Islam. Jadi, idea menarik ini kami adunkan dalam satu dokumentari untuk rakyat negara dan tontonan masyarakat dunia.

Namun, mengkaji sesuatu yang tertulis dalam kalam Tuhan bukan perkara mudah. Banyak kajian secara ilmiah, hadis serta tokoh agama perlu dilakukan supaya tidak tersalah fakta. Lagipun, manusia dicipta untuk berfikir mengenai besarnya keagungan Allah,” katanya.

Menurut pengarah bersama dokumentari ini, Azizul Hisham Azizan, pihaknya juga sedar perkara sama. Sebab itu sebelum memulakan penggambaran, mereka melakukan kajian secara terperinci yang memakan masa dua tahun.

“Selain Alexander dan Zulkarnain, kami mengkaji tokoh sezaman dengan mereka, contohnya Raja Himyar dari Yaman dan Cyrus The Great yang turut dikaitkan dengan Zulkarnain dari Parsi. Kami tidak boleh tertumpu kepada satu tokoh saja kerana sejarah Islam terlalu besar untuk diterokai.

“Kami turut mengkaji apa yang tertulis dalam al-Quran dan hadis serta bertanya golongan bijak pandai dalam agama. Pendek kata, terlalu banyak kajian yang kami lakukan supaya dokumentari ini ditampilkan dengan jelas dan penuh dengan ilmiah.

“Selepas itu baru kami mengatur langkah merakam dokumentari ini. Dua kumpulan dibahagikan, di mana kumpulan produksi pertama menuju Rusia, Greece, Mesir dan Indonesia, manakala sekumpulan lagi bergerak ke Yaman, Iran dan Uzbekistan. Setiap negara yang kami tuju mempunyai sejarah dan kepercayaan berbeza. Kebanyakannya turut mempercayai Alexander adalah Zulkarnain,” katanya.

Menjawab persoalan apakah ada bukti Alexander dan Zulkarnain memang bukan orang sama, Azizan menjelaskan, buktinya memang wujud. Begitupun, bukan tugas mereka untuk menyatakannya.

“Kami orang biasa. Jadi, dokumentari ini bertujuan membawa isu global kepada kaca mata masyarakat. Kami timbulkan banyak persoalan yang boleh diterima semua. Dari situ, penonton perlu berfikir dengan apa yang kami tampilkan,” katanya.

Penggambaran bersejarah ini bakal disiarkan awal tahun depan menerusi saluran Astro Oasis dan History Channel. Namun, bagi mereka yang mahu melihat bagaimana proses dokumentari itu dirakam dan cerita pendek mengenainya boleh melayari fmptvbloq.wordpress.com.

Pengguna Celcom pula boleh menontonnya menerusi telefon bimbit dengan hanya mendail *8884 atau menerusi Malaysiana Mobile Content menerusi *8885.

5 Respons to “Alexander bukan Zulkarnain?”

  1. bro,
    rasanya tak terlewat ucap tahniah di atas kehadiran orang baru, maksud aku, baby baru tau (kang adalak yang tersalah tafsir, ahaks)
    cuma lepas ni siaplah anak kau nak tulis nama kat buku2 sekolah diaorang, panjang siot. Tu belum campur nama bapaknya.

    pasal metro tuh, banggalak baca artikel yang ditulis. Nice reporting. Kalau ada gambar scan lah sekali.

    pasal anugerah skrin tu, biasalah. Tuan rumah mesti ada kelebihan, namun kualiti depa belum tentu. Ini realiti, wat dunno je

    Oh yea, katanya ofis makin banyak class dan tutorial. Tahniah. Inilah perubahan yang bos mahukan. Now they got a rite person to execute.
    Aku hanya berdoa dari jauh agar kejayaan akan terus mengiringi kau dan budak-budak kita

    Sekadar nasihat, jagalah staf kita macam mana kita jaga diri kita sendiri. Sayangilah mereka. Kejayaan kita adalah berkat doa mereka dan begitulah sebaliknya

    Salam dari kejauhan.

  2. Bro…
    Terima kasih atas segalanya. Nampaknya anak saya berkongsi zodiak yang sama dengan bro. Mohonnya biarlah anak saya cekal, tabah, berjiwa besar (mohon badan tak besar, haha), dan berpandangan jauh seperti bro.

    Terima kasih sekali lagi. sekadar melaksanakan yang mampu…

  3. assalamualaikum..
    tahniah sbb bejaya buat dokumentari ni.
    saya mmg dh lm terfikir kebenaran sebenar antara zulkarnain dan alexander..sy pnh tgk cite ‘ALEXANDER’ yg diterbit kn hollywood beberapa thn lps..selepas sy tgk cite tu,sy ykn alexander mmg bkn zulkarnain tp sy msh mencari bukti2 lain yg menyokong pendapat sy…sy harap persoalan sy + kemuskilan sy akan terjawap lepas menonton dokumentari ni..
    bnd yg sy plg ykn alexander bkn zulkarnain ialah alexander seorang GAY jadi kt situ mmg bercanggah dgn sifat sebenar ZULKARNAIN..

    tak sabar tunggu 9 jan 2009…

    tahniah bro

  4. Wan…
    Terima kasih atas sokongan. Moga penerbitan ini membawa satu lagi cetusan dan pemikiran baru. Nantikan kemunculannya 9 jan ini…

  5. greenforce15 Says:

    atas nama yang maha berkasih sayang tahniah atas dokumentari saudara mengenai nabi zulkarnain insan terpilih yang hebat yang dapat bergerak melintasi masa dengan jalan-jalan macam time tunnel filem yahudi apabila di sebut nabi beliau adalah lone ranger .tiada umat .beliau merentasi masa sebagai orang ajaib apabila sampai pada sesuatu kaum yang mempunyai masalah beliau selesaikan dengan berhemah dan mempunyai kehebatan agama tauhid yang tinggi baginda tetap baginda tiada yang layak menyamainya atas kehebatan yang allah taala kurniakan kepadanya baginda adalah insan misteri yang ajaib dan mendapat wahyu.semoga kita semua pikirkan tiada perselisihan dalam kitab yang bercahaya sekiranya beliau zulkarnain tetap zulkarnain yang ajaib dan misteri andaian nama lain dari ini adalah menuju kekufuran.salamullah segala puji-puji bagi allah seru sekalian alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: