“Warung Kita”

untitled-2

Akhirnya…

Pilot episod untuk program baru Astro berjudul “Warung Kita” diterima. Tidak tergambar senangnya hati aku dan bersyukur pada semua yang berjaya merealisasikannya. Belum pun selesai majlis “preview” pada pagi tadi, sudah tergambar bahawa program ini akan diterima Astro dengan gembira.

“Warung Kita” adalah sebuah program yang menawarkan segalanya mengenai makanan. Bezanya, lokasi yang dipilih adalah warung-warung/restoren-restoren kecil/penjaja kecilan dan seumpamanya. Maksudnya tidak akan ada pengacara yang glamour disamping tetamu yang lebih glamour sambil makan dengan garfu dan pisau. Tiada ada suasana nyaman dengan  penyaman udara. Malah tidak ada pelayan muda belia yang datang ke meja sambil menawarkan menu.

“Warung Kita” menawarkan cara makan kita – orang sederhana. Makanan yang diperlukan sekadarnya dengan poket yang antara tebal dan tidak. Makanan yang sebenarnya lebih merapatkan dan mengembalikan kita pada tradisi, budaya mahupun pada leluhur.

Sekarang tugas besar hadir pada penerbit-penerbit program baru ini. Harap mereka semua berani mencuba dan tahan cabaran. Aku doakan mereka berjaya.

Untuk semua, nantikan “Warung KIta” yang akan bersiaran tidak lama lagi. Sementara itu, kenanglah warung-warung kecil yang dah lama ditinggalkan…

10 Respons to ““Warung Kita””

  1. bocongdotcom Says:

    Syr, kat channel mana nanti

  2. suka lagi mkn kat warung…
    janji bersih & sedap…erk,alhamdulillah.

    x sbr nak tunggu program ni…

  3. Bro,

    Main kat Prima bermula 6 disember… sudi-sudilah menontonnya…

  4. Idza…

    terima kasih kerana singgah. Harap sudi menontonnya…

  5. Kalau di Indonesia, ada yang namanya ‘Warung Tegal’ atau ‘warteg’, ada ‘angkringan’ gaya Yogya, atau warung ‘Nasi Kucing’ (nasi plus lauk pauk yang dibungkus kecil-kecil, seumpama porsi makan meong … ), ada warung lesehan (makan dengan duduk di tikar).
    Macam-macamlah. Abang silakan coba kalau suatu saat ke Yogya.

  6. Sepertinya asyik nich acaranya Bang Syirfan, Jadi acara ini akan menyiarkan dan memberitakan tempat makanan yang sedap dan menarik, seperti wisata kuliner bang? Semoga abang dan programnya berjaya.

  7. bocongdotcom Says:

    Sure tengok bro.

    Byk org kita prefer warung dari restoran mewah tak lain tak bukan sebab harganya+rasanya+authenticity nya (terutama sebelah pantai timur).

  8. Mbak Tuti..
    Yogya sememangnya menawarkan variasi hidangan yang cukup unik, istimewa, sedap dan pastinya murah. Kalau kembali sekali lagi ke Yogya, saya pasti tidak mahu melepaskan warung lesehan. Rindu juga pada kopi “jozz”. Kopi yang dimasukan sedikit arang untuk mendapatkan rasa kopi yang mantap… Rindu pada Yogya…

    Yulism..
    Ia sebuah program yang berasaskan manakan. Bezanya ia hanya menyiarkan dan mepaparkan makanan-makanan yang enak yang hanya dijual di warung-warung kecil. Tiada ada restoren besar dan mewah. Semua warung-warung yang kecil-kecil saja. sesuailah dengan keadaan dunia tika ini – kemelesatan ekonomi.

    Bro…
    Banyak-banyak warung mana boleh lupa warung kat padang, serdang. Kita membesar dengan warung-warung tu oooo. jom makan kat serdang!

  9. sokong rancangn mcm ni..br la org2 mcm sy ni (gj xseberapa) bleh tau kt mn ada warung yg sedap makanan ny+ bersih dan mampu untuk cuba makanan kt c2…selalu kita disajikan dengan rancangan yg perkenalkan restoran-restoran mewah (yg org2 cm sy juz leh telan liur je tgk..hehe)..
    lagi satu ada rancangan destinasi bajet (8tv) itu pn slh satu rancangan untuk org2 yg cm bro ckp ‘poket yang antara tebal dan tidak’..

  10. wan,
    Terima kasih sekali lagi. Nantikan juga kemunculan program baru ini… Tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: