Ini barulah Malaysia!

Tengahari tadi aku ke klinik kerajaan buat kali ke 3 dalam tempoh seminggu. Ini kerana putera kecilku – Putera Syamil Zafran ada ciri-ciri untuk mendapat Jaundis (demam kuning), terpaksalah kembali ke klinik kerajaan ini untuk membuat ujian darah.

Oleh kerana dah lama tak hadir ke klinik kerajaan, mata dan akalnya jauh menerobos setiap sistem, tingkah laku dan perlambangan yang hadir di sini. Akhirnya pada tika aku keluar dari klinik dengan perasaan gembira bila Syamil bebas dari Jaundis, aku juga tersenyum faham pada petikan kata – Inilah Malaysia!

Sistem yang digunakan di klinik kerajaan sangatlah manual dan rumitnya. Tidak perlulah diterangkan lebih, tapi bukankah itu Malaysia? Hahaha. Namun jauh dari itu, kita boleh fahami apa itu Malaysia hanya dari dalam sebuah klinik kerajaan.

Pada tika aku beratur untuk ke kaunter, ada seorang mamat cina dihadapan. Tiba-tiba dia berpusing dan bertanya – Assalamualaikum, tumpang tanya… kalau pertama kali bawa isteri untuk periksa mengandung kena beratur di sini yer?

Pada tika kami menunggu giliran, tiba-tiba ada seorang perempuan Melayu yang duduk disebelah memegang pipi Syamil dan meminta untuk mendukungnya.

Dibelakang orang rumah ku, ada sepasang suami isteri India bercerita dengan pasangan Cina tentang masalah-masalah kelahiran bayi.

Kelihatan juga sepasang pasangan Melayu yang hadir untuk medapatkan ujian darah HIV untuk menikah sedang bermain-main dengan anak kecil berbangsa Cina.

Doktor yang mengambil darah Syamil adalah seorang perempuan Cina. Dengan penuh sifat keibuan dia mengacah Syamil – Ala baby, baby, jangan menangis ye sayang. Untie ambik darah sikit aje. Nanti baby tak payah datang klinik lagi yer…

Menunggu lagi. Ada kanak-kanak kecil India merapat pada kami untukmelihat Syamil dan ibu bapanya memandang dengan gembira.

Masih menunggu. Sepasang suami isteri Cina kurang upaya yang hadir di klinik ini bersama anak kembarnya sering mendapat sapaan. “Comelnya baby…”  Hampir semua yang lalu memegang pipi bayinya.

Bila berjumpa dengan nurse yang bertanggungjawab, (perempuan melayu yang sudah agak berumur)beliau bercerita dan menasihati kami bagai dia sedang menasihati anak-anaknya…

Tika aku keluar dari klinik, wajarkah aku berkata – Inilah Malaysia dan ia harus kekal begini!

2 Respons to “Ini barulah Malaysia!”

  1. Lama tak berkunjung, ini putera abang yang ketiga ya? Selamat deh atas kelahiran Syamil. Semoga bertumbuh menjadi anak yang sholeh dan menjadi kebanggaan papa dan mamanya.

    Semoga Syamil tidak kena Jaundis, cepat besar dan tumbuh sehat. thanks

  2. Yulism,
    Terima kasih atas doanya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: