Syahmi dan kenangan yang berulang…

picture-update-13-nov-045

Putera Syahmi Zafran melengkapkan minggu terakhir persekolahannya tahun ini dengan sebuah majlis anugerah di taskanya. Oleh kerana uminya masih lagi berpantang, aku dan Syahmina sahaja yang hadir memberi sokongan dan galakan pada Syahmi. Namun, seperti mana kemunculan abangnya, si adik juga akan muncul dengan gaya yang sama…

picture-update-13-nov-075

Salah satu pertandingan yang dilaksanakan ialah pakaian beragam. Temanya pula “Hawaii”. Oleh kerana orang rumah yang biasanya lebih pantas bertindak tidak dapat mengaktifkan dirinya, terpaksalah aku mengambil alih dengan membeli, menyediakan, dan menggayakan Syahmi dengan pakaian ala Hawaiinya itu. Syahmi (No 4) bersama pesaing-pesaing lain dalam kategori lelaki

picture-update-13-nov-094

Hasilnya, dek kerana kehensoman bapanya tumpah betul pada Syahmi (hahahahah), akhirnya Syahmi mendapat piala pertamanya. Lebih hebat lagi, Syahmi menang tempat pertama kategori lelaki. Bravo my boy!

picture-update-13-nov-107

Dan kerana terlalu patriotiknya, belum sempat kawan-kawan lain beratur dan menyanyi lagu patriotik bersama-sama, Syahmi dah menggayakan aksi seorang negarawan… Belasah la nak!!!

Syahmi benar-benar mengembalikan kenangan. Pada waktu aku berumur sepertinya, aku juga menang pakaian beragam di sekolah. Bezanya aku pakai baju melayu dengan aksi Hang Jebat nak mengamuk… Hahahaha. Confirm mak dan ayah aku tersenyum mengenangkan saat itu. Kini aku dan isteri tersenyum mengenangkan saat ini.

Ia sememangnya kenangan manis yang berulang…

5 Respons to “Syahmi dan kenangan yang berulang…”

  1. Syahmy kelihatan cute banget dengan topi, kacamata dan baju bermotif Hawaii nya. Dari gambar paling atas sudah selayaknya dia mengan. Selamat buat Syahmy. Thanks

  2. Terima kasih kembali Yulism.

  3. Adakah suatu hari nanti syahmi akan jadi presiden kolej keenam, hehehe!

  4. La bro….tak sangka pulak pernah jadi model catwalk…Kira sama tahap ngan naomi campbell, heidi klum la ni…pergh!!!!

  5. Emi..
    Nak jadi Presiden atau jadi exco kebudayaan? Bukan ke emi lagi suka saya jadi exco dari presiden… hehe

    Bro..
    Itu sejarah yang disembunyikan… hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: