Anugerah Oskar yang mengecewakan…

Oskar

Tajuk entry dah memberi jawapan kepada apa yang ingin aku sampaikan. Ia adalah pandangan peribadi dan bagi penggiat seni yang merasakan ia tidak wajar bolehlah berhenti membaca setakat ini.

Semalam aku menerima jemputan untuk hadir dalam malam Anugerah Oskar Malaysia 2008 kali ke-7. Menghadirkan diri untuk memeriah majlis, bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan dan pastinya untuk melihat nasib – manalah tahu dokumentariku Kisah Ina : Balada Gadis HIV mendapat kemenangan. Selain itu, company kami turut menerima pencalonan untuk dokumentari – Palestin.

Anugerah Oskar Malaysia adalah anugerah yang merujuk kepada mereka yang terbabit dibelakang kejayaan sesebuah program TV, filem, telefilem, drama, dokumentar dan sebagainya. Sewajarnyanya majlis ini dipenuhi dengan krew-krew, penulis skrip, pengarah dan sebagainya. Oskar tahun ini pula membawa tema – tegar.

Sebelum ini ramai yang menyatakan Oskar ini adalah anugerah “kelas kedua” dan sering dipertikaikan. Selepas malam tadi, aku sendiri berani menyatakan ia adalah sebuah malam anugerah yang bukan sahaja “kelas kedua” tetapi malam anugerah yang turut memusnahkan industri.

Dari awal hingga akhir, tema tegar itu tidak kelihatan malah lelah dan longlai sekali. Adunan pengacara Roslan Syah dan Ifa Raziah hanya membingitkan telinga. Pilihan lagu dan penyampai anugerah jelas melihatkan satu usaha yang dikenali sebagai – melepaskan batuk di tangga.

Hancur dan lebur. Kesalahan demi kesalahan pada pengumuman pemenang serta paparan skrin yang tunggang langgang kian memualkan. Rasanya kalau majlis ini diuruskan oleh mahasiswa universiti, pasti nampak lebih meriah, tersusun dan membawa makna pada industri.

Aku tidaklah berniat hendak mempertikaikan keputusan juri. Hanya aku terfikir bagaimana filem Antoo Fighter yang akan ke pawagam hujung bulan ini boleh memenangi anugerah-anugerah penting dan mengalahkan filem-filem yang terbukti hebat dan mendapat anugerah “kelas satu” sebelum ini?

Malah salah satu persembahan yang dipilih adalah nyanyian dan tarian dari aktor dan pengarah filem Antoo Fighter. Apa ni? Antoo Fighter bayar ke nak menang dan membolehkan mereka mempromosi filem melalui medium yang sepatutnya dikongsi sama dalam industri.

oskar 1

Mungkin ada yang berkata aku cemburu kerana Kisah Ina : Balada Gadis HIV tak menang apa-apa. Jujurnya aku memang mengharapkan kemenangan dengan gaya experimental yang dibawa. Memang aku terkilan tetapi jauh dari itu aku berfikir, jika anugerah sebegini berterusan dalam industri, ia akan terus dikenali sebagai anugerah “kelas kedua” dan mungkin lebih teruk dari itu.

Masih ada ruang untuk Persatuan Pekerja Filem Malaysia memberi nafas baru pada Oskar ini. Masih ada kesempatan untuk membawa anugerah ini sama tarafnya dengan anugerah-anugerah lain. Biarpun anugerah lain merujuk kepada artis-artis dan glamournya, biarkan anugerah Oskar merujuk kepada “The one behind the stars”.

Apa pun tahniah pada bos aku – Zainal Rashid Ahmad (Pengarah terbaik) dan Azman Kassim (Jurukamera terbaik) menerusi dokumentari – Palestin.

Aku dan teman-teman lain pulang dengan rasa tanggungjawab yang lebih – sudahlah kita perlu berusaha untuk membawa dokumentari bertaraf antarabangsa, kita juga perlu memberi kefahaman bahawa industri ini perlukan pengurusan, perhatian dan perancangan.

Tahun hadapan kalau dijemput dan dicalonkan, kami akan hadir lagi. Mohonnya pada anugerah tahun hadapan kita boleh berjabat tangan dan berkata “tahniah- kita kini jelas sedang menyusun langkah untuk bergelar pembikin filem/ dokumentari bertaraf antarabangsa”.

4 Respons to “Anugerah Oskar yang mengecewakan…”

  1. Saudara,
    mengantarabangsakan produk kita belum cukup dengan melakukan penggambaran di luar negara

    cinta antara benua pun menjalani penggambaran di luar negara tetapi hasilnya jauh lebih rendah daripada drama rashid sibir yang menjalani penggambaran di Sungai Udang, Melaka

    balada ina hiv sebagai contoh, hanya shoot di Chow Kit, tetapi jauh lebih menarik dari drama Salam Taj Mahal terbitan Kuasatek tu

    saya sangat menantikan produk antarabangsa saudara, ingin benar rasanya melihat naskah Alexander di tangan anak Kuala Pilah ini

    tak sabar menanti masak lemak cili api dimasak di dalam peperoni, tak sabar merasai rendang kerbau disalut sos mozarela

    pasti ada kelainan!

    harap juri PPFM tahun depan bolehlah ditukar orangnya, jangan Roslan Shah jadi ketua juri sudah…

  2. Bro,
    Terima kasih atas sokongan dan galakan yang telah, sedang dan akan diberikan. Saya amat menghargainya.

  3. bro…mereka yang menjurikan pemenang-pemenang itu masih lagi ditakuk lama pemikirannya. Maklumlah..orang orang lama yang duduk.

    Balada Ina HIV patut diberi kemenangan atas pendedahan sebuah cerita dokumentari berbentuk kisah masyarakat.

  4. Tq bro..
    Harap untuk next anugerah, doku bro – Cerita Dari Mindanao akan mendapat perhatian juri… doa kami mengiringi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: