Sunat aka khatan

Lewat malam tadi, sewaktu melayan kerenah anak-anak yang hendak tidur, sempat juga menonton sebuah drama berjodol “sunat”.

Ia sebuah cerita mudah. Ada tiga Plot. Satu berkait dengan sepasang suami isteri yang baru dapat anak lelaki dan mereka hendak sunatkan budak itu pada usia masih bayi. Plot kedua berkait dengan seorang remaja yang kebingungan dan ketakutan untuk bersunat walaupun usianya telah jauh dewasa. Plot ketiga berkait dengan seorang mamat orang putih yang hendak masuk islam dan dalam masa yang sama takut untuk bersunat.

Ia memang sebuah cerita yang sangat gembira. Tidak wujud langsung tekanan. Ia memang sebuah drama yang menghiburkan. Pemilihan topik sunat juga menarik apatah lagi sudah tiba musim untuk melihat anak-anak menjerit ketakutan dan ada yang berlari satu kampung ketakutan.

Walaupun drama ini memaparkan sedikit krisis budaya berkait dengan bersunat di kampung dihadapan mudim atau di bandar berhadapan dengan doktor, ia masih relevan dengan persoalan yang basa-basi dalam masyarakat. Kini walaupun selesa dengan doktor, peranan mudim masih ada kalau mahu diusahakan.

Tahukah anda bahawa rekod terawal berkait dengan sunat/khatan ini tercatat pada batu bersurat Mesir purba di Saqqara. (Aku dah sampai tempat ni, tapi tak tahu pulak batu bersurat itu merujuk pada aktiviti bersunat. kalau tahu, confirm aku akan kaji kerana ia berkait dengan budaya yang kita guna pakai hari ini.)

Sekadar menzahirkan gembira menonton drama sebegitu. Ia benar-benar menghantar aku pulang dalam kenangan. Masih ingat lagi gembiranya bila dah bersunat. Rasa dah bersedia nak khawin aje.. hahaha.

Masih ingat lagi cerita-cerita kawan yang melalui detik-detik untuk dewasa itu. Macam-macam cerita suka dan gembira. Memang, bersunat adalah salah satu budaya yang sungguh gembira bila dilaksanakan…

Waktu itu juga aku berfikir, anak aku nanti nak aku sunatkan kat kampung atau di bandar?

Korang macam mana?

Entry ini tidak ada gambar disertakan. Kalau ada, confirm dilabel lucah. hehe

4 Respons to “Sunat aka khatan”

  1. alah……ingatkan ada lah gambar-gambar ker apa ker…hahahaha

  2. dah agak dah… mesti nak tengok gambar ajer.. hahaha

  3. yea.. i pun tgk cerita ni.. coghito org kampung den harus kono tengok.. ingat kecik2 pi nyakat sepupu lelaki.. cakap kat diorang tuk mudim potong habis “benda” tu.. and saja jer bagi kerengga masa diorang baring..

  4. Hehehe, jai..
    Sekarang tengah fikir nak sunatkan anak… nak buat kampung atau kat bandar?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: