Membina Istana

Membina istana
(untuk di mengertikan)

Ingin rasa dirikan sebuah istana
Nun, jauh di dalam belantara.

Ingin ku cipta bentuknya
Dari lapisan langit yang jujur
Atapnya nanti biarlah awan semangat
Dindingnya angin gerak manja
Lantai tanah sumpah: api dan air.

Pakis, meranti,senduduk dan selasih…
Kuang, reriang, kelkatu dan kancil…
Bersatu…pasti…

Matari akan tertangguh-tangguh
Masa menyiram cahaya
Pelangi kian segan untuk muncul
Dalam ritma bengkoknya.

Bulan akan jadi lampu tidur
Selimut adalah bayu telus
Bintang ketawa
Bersama riang unggas belantara.

Kita lihat nanti
Berudu di tasik masa
Memadu cinta hingga ke tua
Walaupun ia sedar
Usianya sejengkal cuma.

Kita petik nanti
Zat-zat dedaun tegar
Biarkan embun segar
Menumpang kasih
Lalu titik
Dalam lirik alir lembut matamu.
Akan terluah nanti
Tangis pungguk
Tangis gembira
Tangis bangga
Bila rembulan mula tunduk
Mencari makna: sejahtera sebuah istana

Kita resapi nanti
Ulas-ulas makna kata-kata ahli rimba
Menyahut, menjerit, merintih, meminta
Supaya istana kita jadi kota…
Untuk biarkan kita jadi raja.

 

syirfan

*Sekadar sebuah karya yang dah lama bersembunyi…

5 Respons to “Membina Istana”

  1. Alah Kassim…..Kau pun sama gak

  2. bucungdotcom Says:

    Bro,

    Macam ku pernah dengar sajak ini tapi dimana ya

  3. Bro Akmal…
    terlepas lah. Tak boleh tahan dah.. hehehe

    Bro,
    Kalau kau rasa kau pernah membacanya, maknanya kenangan tahun 1999/2000 cukup kuat di hati kau… hehehe

  4. bucungdotcom Says:

    Bro,

    yup, aku masih ingat lagi. Tapi sampai sekarang macam dulu jugak aku masih lagi tak faham maksudnya yg terlalu simbolik. Tapi aku suka susunan kata-kata sajak ni. Tersusun dengan rhythmnya yg tersendiri. Boleh buat lagu nih.. hehe

  5. Bro,
    Dah 8 tahun. Takkan tak dapat lagi maksudnya? hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: