Hebatnya Thailand…

Dengan apa yang berlaku di Thailand, aku merencana untuk menerbitkan satu dokumentari berbau politik disana. Senario politik dan bagaimana berkuasanya rakyat sangat unik walaupun ia membawa kesan negatif untuk jangka masa panjang.

Terbaru Parti Kuasa Rakyat (PPP) serta tiga parti sekutu dibubarkan atas keputusan Mahkamah Perlembangaan. Perlu diketahui bahawa PPP adalah parti pemerintah. Bayangkan senario UMNO/MCA/MIC diarah bubur oleh kerajaan. Bukankah haru jadinya.

Kini tertubuh pula parti baru – Parti Pheu Thai (Parti Untuk Thai) yang merupakan parti atas kesinambungan PPP. Sejauh mana hayatnya serta bagaimana menyelesaikan isu yang sedia menjadi sejarah hitam kepada Thailand akan terus dianalisis oleh penduduk dunia.

Dengan variasi ini, ia boleh memberi kelainan pada penghasilan dokumentari cadangan aku ini. Namun fikir semula, selamat ke aku nanti kat sana?

* Teringat pada Ram Kam Heng Road yang sangat melayu itu. Kalau bawa Bro Akmal mesti dia suka kerana kerana ada kedai jual teh tarik paling sedap di Bangkok. Ingat juga kenangan temankan Dato Zainuddin Maidin setiap malam cari teh tarik setiap kali berkunjung ke sini.

5 Respons to “Hebatnya Thailand…”

  1. Cantek….bila na pi kena teh tarik kat Ram Kam Heng Road tu?

  2. wah….best nyer nak buat dokumentari kat thailand… boleh la dengar lagu CERITA DARI THAILAND. hehehe

  3. sedap. dah rasa dah. masah buat dokumentari ‘you know who lah!!!’ nak sebut nama tajuk doku tu dah tak larat dah. nak muntah.

  4. Ram Kam Heang Road tu dekat dengan je dengan Ram Kam Haeng University … tempat Aishah study.

  5. Bro, Lan, Lin..
    Ini sekadar angan-angan yang serius. Tapi untuk masa ini dengan tekanan kerja dan kakak angkat kita kat ASTRO tu, tak mengapalah. Saya sedia tunggu lepas dia tak de. hehehehe.

    Yap, Ram Kam Heang Road memang dekat universiti. Kat situlah tempat Aishah (Mahsuri) study. Jalan utama itu dipenuhi dengan orang-orang melayu Thailand. Dekat situ kan ada sungai yang sangat besar dan busuk itu. Nama sungai itu dalam bahasa Melayu ialah – Sungai Air Mata. Panjang sejarah melayunya di sungai dan penempatan sepanjang sungai itu. Jom lah kita pergi jalan-jalan. Saya boleh tunjukkan satu-satu. Hotel murah dan makanan halal mudah diperolehi. Teh tarik pun ada. Sutera Thai yang terkenal juga bermula dari sisi kecil sungai ini. Jomlah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: