Pagi ini…

Ia bermula dengan pagi yang indah.

Awal pagi hari ini adalah paling sentimental dalam minggu ini dan semuanya terlaksana dengan tersusun. Seawal 7 pagi lagi telah melayari internet sampai meneroka dan berfikir tentang kehidupan pasca 2008 serta kemungkinan-kemungkinan apa yang berlaku pada awal tahun hadapan. Sempat juga membaca beberapa buah puisi yang punya nilai unik pada diri. Berkesempatan juga membawa satu halaman buku Shiv Khera – Anda Boleh Berjaya dan menelusuri pemikiranya berkait dengan membina peribadi yang positif.

Sebelum anak-anak bangun, aku telah berkunjung ke kedai runcit membeli apa yang patut untuk keluarga. Sampai rumah, Syamil dan bangun. Sempat bercerita dengan Syamil setiap makna “Syamil” bagi penduduk Eropah dan mengzahirkan rasa bangganya punya anak yang bakal jadi pelengkap pada makna sebuah kemenangan.

Syahmi dan Syahmina bangun tidur  dan kemudian bercerita tentang apa yang mereka lakukan semalam. Untuk hari ini, mereka mahukan khemah kembara kami dipasang di halaman rumah. Aku dengan penuh rasa gembiranya memasang khemah tersebut. Ini bermakna, Syahmi, Syahmina dan Syamil akan bermain di dalam khemah dan mungkin akan tidur di dalam khemah tersebut hari ini.

8.45 pagi aku bergerak ke ofis dalam trafik yang sangat selesa. Dalam perjalanan sempat membuat panggilan pada seorang rakan yang baru sembuh dari sakit.

Sampai di ofis, sempat menjamah roti tampal dua keping.

11 pagi… segalanya bermula. Tidak pernah rasanya aku marah sebegini. Ini hanya kerana seorang minah  yang berlagak. Janji pukul 9.30 pagi, sampai pukul 11 pagi. Alasanya, trafik! Gila apa, aku yang ikut jalan yang sama tidak pula sangkut dalam kesesakan. Macam-macam alasan diberikan. Aku boleh terima jika dia lewat dan datang dengan penuh rasa rendah diri dan meminta maaf. Alasan yang mengarut mula diberikan. Aku makin naik hangin. Kertas proposal yang dia buat melayang ke dinding. Segalanya salah dan kena buat balik. Presentation akan bermula pukul 2 petang ini.

1 tengahari, semuanya belum selesai lagi. Akmal dan Akob dah bersuara lebih keras.

Minah ini kecil sungguh di mata aku… adussssss!!!! Kenapalah susah sangat nak bagi tahu minah ini bahawa dalam industri ini yang berjaya adalah mereka yang cari penyelesaian, bukan alasan.

Segala keindahan pagi ini musnah begitu sahaja!

13 Respons to “Pagi ini…”

  1. bro…i tau saper minah yang dimaksudkan tu…relax la bro.
    jgn tension diawal pagi. kan ke setiap pagi adalah hari yang baru dalam kehidupan kita. jadi…makan la cadbury!

  2. garang nyer…tatut..hahaha…

    kiranya pagi yang indah tu dah dicemari dengan sikap minah tu pulak lah yer…ruginya….

  3. bucungdotcom Says:

    Bro,

    Gua setuju dan juga mempraktikkan falsafah ‘ketegasan asas kejayaan’

  4. patutlah lain macam je hari nih..

  5. ketika suara bro akmal mula mendesing tinggin … lin masuk ke toilet … hehehehe …. dan ketika kertas itu dalam perjalanannya untuk melayang ke dinding, lin pun keluarlah dari bilik meeting itu …

  6. wow ! inilah syirfan yg aku kenal…still the same person..

  7. Annazs… hehehehe. Terima kasih kerana singgah

  8. sama ajer bro Massa121… berlakon ajer lebih. hehe

  9. Umimia,
    nak buek camno….?

  10. nursuzilawati Says:

    relakslah cipan, kesabaran 2 separuh daripada iman kita, k

  11. Lupo nak nanya, x nak wat c`te tentang keagungan dan kehebatan sekolah lama ke? ( TMS )

  12. Suzi..
    Ini dah habis bersabar dah nie… hehhe

  13. Suzi,
    Akan dibuat.. nantikan kemunculannya… hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: