Di lokasi tragedi, mereka semua sama!

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, penginapan di hotel hanya dipertimbangkan khusus kepada penduduk di 14 buah banglo yang ranap dalam kejadian tanah runtuh d Bukit Antarabangsa Sabtu lalu.

”Setahu saya, pengumuman menteri itu hanya untuk penduduk 14 banglo terlibat dan penduduk sekitar lain yang diarah berpindah boleh menggunakan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang,” katanya pada sidang akhbar dekat sini hari ini. – Utusan

 

*Kenapa mesti penduduk 14 buah banglo dipertimbangkan menginap di hotel? Pemilik banglo tu kaya raya. Runtuh satu mereka boleh bina lagi besar dan lagi hebat. Apa dosa rakyat marhaen lain kena tinggal di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang…

Kenapa mangsa tragedi Pos Dipang yang dulu tidak dipertimbangkan untuk tinggal di hote? Adakah kerana mereka orang asli? Atau orang asli itu tidak ada taraf untuk tinggal di hotel?

Bapak-bapak Menteri yang dipilih oleh kami – tolonglah berfikir dengan penuh rasa kemanusiaan dan tinggalkan topeng politik dan taraf hidup itu di pejabat sahaja. Di lokasi tragedi, mereka semua sama!

9 Respons to “Di lokasi tragedi, mereka semua sama!”

  1. kesusahan yg dilalui sama…layanan yg diterima berbeza…??? mereka lupa iktibar Aidil Adha…mereka lupa makna pd pakaian bernama “Ihram”..mereka lupa tatkala selimut putih membalut tubuh.. apa bezanya???

  2. sokong!! ade jugak antara mereka tu mcm tak insaf lgsg walaupun dh ditimpa musibah.. lgsg tak bermuhasabah.. ade yg dok maki hamun petugas2 yang bersusah payah tolong dorg… bile lihat dan dengar psl mangsa2 yang byk sgt komplen tu, terdetik dlm hati.. “kalau mcm ni perangai dorg, mmg PADAN MUKA kene musibah mcm ni..”

  3. Saya turut prihatin atas tragedi yang menimpa, semoga para korban mendapat bantuan dan perlakuan yang adil dan berperikemanusiaan. Thanks

  4. take it this way la.. sesuatu musibah itu jadi bersebab..

  5. Liz,
    Harap selepas ini tak ada lagi tragedi yang mengecewakan…

  6. Yulism..
    terima kasih..

  7. Ajai..
    yap, itu yang dipanggil hikmah disebalik musibah. hehehe. Lamo tak dongar khabar berito…

  8. salam jang… den sokong pendapat ajai tuh… kadang2 tu simpati dan rese kesian gak orang2 kat sane tuh… yang kite tak suke tu tang segelintir yang tak sedar diri, mungkin ade segelintir yang x berterima kasih pun. nak tanya gak kat bro ajai ni… ni ajai taman semarak nilai ke…

  9. Dnor…
    Confirm salah. Itu bukan ijai nilai ler.. hehehe. Balik cuti tak 25 hb nie?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: