Sabtu dan Ahad yang Lalu…

141220080161

 Apo kono eh jang, kau monong ajo, orang ke bulan,  ekau dimano? 

14122008008

Minggu lalu memang minggu yang menyesakkan nafas dan fikiran. Minggu yang meletihkan. banyak yang berlaku dan hampir tak mampu ditanggung oleh tangan dan akal.

Hari sabtu, aku mengambil keputusan untuk bercuti. Lokasi yang aku pilih sendiri adalah kembali ke akar umbi. Aku kembali ke negeri yang pastinya paling rapat dan leluhur ku. Jatuh bangun aku disini. Tempat jatuh lagi dikenang, inikah pula tempat bercinta monyet.. hehehe.

Seremban yang aku pilih sebenarnya dah jauh berubah. Aku pun tak sedar wujudnya Dataran Seremban. Sudah bertambah hotel-hotel besar. Namun yang kekal adalah bandar yang mati pada sebelah malam… Semua orang seremban tidur awal… heehe

13122008013

Oleh kerana Putera Syahmi dan Puteri Syahmina dah dieksport balik ke kampung, aku dan isteri yang baru  habis pantang dapat menghabiskan masa bersama dengan Putera Syamil. Mungkin inilah masa emas kami bertiga.

Putera Syamil lena sungguh tidurnya…

Dek kerana lamanya tak ke bandar Seremban, tak tahu pula kebanyakan hotel di Seremban dan bertukar nama. Dulu ada Royal Adelphi, kemudian tukar kepada Hilton. Tiba-tiba namanya sekarang Royal Bintang.

Hadirnya aku kesini, pastilah ke hotel yang istimewa ini jadi pilihan. Mungkin dek kenangan lama-lama. Sampaikan waktu check-in aku tengok borang yang perlu ditandatangani itu tertera nama- Syirfan (RTM Kuala Lumpur).

Perg, lama gila mereka simpan data aku. Cepat-cepat aku suruh tukar. hehehe

141220080071

Selain dari berehat, aku cuba juga menjana idea baru dokumentari untuk tahun 2009. Aku mula akui bahawa telah mula bernafas dokumentari-dokumentari berat dan sudah mula diterima masyarakat.

Aku mula perasan bila ada yang menyapa aku dipasar “eh, abang ini yang buat dokumentari Alexander tu kan. Dah jumpa Alexander?. Saya tengok abang kat Celcom…”

Bangga juga. Namun yang paling penting bahawa ada segelintir yang berminat untuk mengetahui hal-hal yang berat sebegitu.

Bezanya ialah dokumentari tika ini perlukan sentuhan kreatif yang lebih dan dalam masa yang sama menyulam kehendak menghibur dan mendidik. Kata mudahnya ialah revolusi penerbitan dokumentari.

Sudah tibakah revolusi itu?

Balik dari cuti, keletihan mula terasa. Sampai aje rumah malam itu, kami bertiga tertidur di ruang tamu. Sedar-sedar, matahari isnin dah memancar!

5 Respons to “Sabtu dan Ahad yang Lalu…”

  1. 001beautifulcrazy Says:

    Alhamdullilah .. ada gak yang tengok Alexander kat Celcom itu . Ke orang itu kerja di Celcom dan buat promosi untuk Alexander :p

  2. beautifulcrazy,
    Agaknya nyer ler, mamat tu siap tanya tau, producer Malaysiana tu sapa? hehehe

  3. lain kali dtg semban inform dulu, leh lunch n dinner kat jelebu save cikit baget 2, krm salam ngan wife n baby k

  4. Suzi..
    Tak tahu pulak rupanya kat jelebu. ingat kat inas… Thanks Suzi. Salam juga untuk keluarga. Lama betul kita tak jumpa yer..

  5. lama dah tak balik kampung…terasa rindu plak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: