Ada sesiapa yang berminat?

UTUSAN – Filem dokumentari promosi negara

FILEM adalah medium hiburan yang paling banyak memberi sumbangan bagi memperkenalkan seni, budaya, masyarakat dan nama negara di peringkat antarabangsa.

Menerusi wadah perfileman, elemen tersebut boleh diketengahkan secara meluas dan kreatif, apatah lagi jalan cerita dalam filem mudah disampaikan serta dihayati oleh penonton..

Senario itu dapat dilihat berdasarkan penyertaan filem-filem tempatan di festival filem antarabangsa yang semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

Selain itu, jualan hak cipta filem termasuk drama tempatan untuk tayangan di stesen-stesen televisyen di luar negara juga semakin meningkat bilangannya. Bagaimanapun, skop itu akan diperluaskan lagi apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) merangka pelbagai strategi dengan memberi tumpuan pula kepada penerbitan filem dokumentari.

Finas yang berfungsi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) telah diberi tanggungjawab untuk melebarkan lagi peranannya itu menerusi medium penerbitan tersebut.

Medium dokumentari dilihat mempunyai prospek yang lebih luas serta mampu memainkan peranan secara terus kerana terlalu banyak elemen seni, sosio dan budaya masyarakat di negara ini yang masih belum dieksploitasi secara meluas.

Justeru, tidak hairanlah Selasa lalu, Menteri KPKKW, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan peruntukan RM4 juta kepada Finas bagi menghasilkan 26 buah dokumentari pada tahun depan. Dengan moto ‘Ke Persada Dunia’, penerbitan 26 dokumentari dengan tempoh siaran 30 minit dan satu jam itu dilihat mampu melebarkan lagi kreativiti para pembikin filem negara yang lebih tertumpu kepada pembikinan filem-filem cereka.

Menerusi inisiatif itu, Finas akan mengenal pasti kalangan penerbit, pengarah, penulis skrip dan penyelidik tempatan yang berpotensi untuk menerima pembiayaan daripada peruntukan RM4 juta itu bagi menghasilkan filem dokumentari yang mampu berperanan mendidik, menghibur serta bermaklumat untuk ditonton.

Perbadanan di bawah kementerian tersebut akan menyediakan kos pembiayaan sebanyak RM75,000 hingga RM125,000 bagi membiayai sebuah filem dokumentari selama 30 minit kepada mereka yang layak.

Untuk menggunakan filem dokumentari bagi mengangkat nama negara seperti moto program ‘Ke Persada Dunia’, perkara paling utama yang harus diberi perhatian ialah soal penyelidikan dan bahan-bahan yang akan dipaparkan kelak.

Usaha penyelidikan biasanya memerlukan kos yang tinggi untuk memastikan sesebuah dokumentari mampu menarik minat para penonton dengan penceritaan yang berlandaskan fakta, kajian, realiti dan beserta logik tersendiri.

* Ada sesiapa yang berminat?

6 Respons to “Ada sesiapa yang berminat?”

  1. saudara…saya ingin menyertainya. dan saya tetap mahu merebutnya. Tak kira macam mana pun. Saya mahu peluang melibatkan diri dalam dokumentari ini….jgn lupa petik nama saya. orait!!!

  2. 001beautifulcrazy Says:

    Fazlan.. plzzz bagi aku rasa peluang itu .. Kau duduk diam-diam aja buat Saka tu …

  3. Massa..
    Usaha tangga kejayaan… hehehe

  4. Lan, betullah.. Bagilah kat beautiful buat pulak… eh, macam dah dapat ajer…

  5. apsal kita perlu berebut-rebut pada yang satu? di mana letaknya KOLOBERASI? Beautiful ni memang pentingkan diri bro…jangan bagi kat dia, bro…. yup,betul cakap bro…beautiful ni memang dah dapat macam2 dah…. ahahahahaks…

  6. 001beautifulcrazy Says:

    Tak dapat apa da..hampeh🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: