Kembali… untuk mencipta cerita baru…

Salam…

Kembali dari cuti yang agak panjang…

Sebenarnya usai sahaja Sidang Media Alexander Bukan Zulkarnain (nanti aku buka entry pasal sidang media ini) aku terus balik kampung. Kepenatan benar-benar terasa pada akal dan nafas. Aku hanya tahu bahawa badan ini telah merintih-rintih untuk berehat.

Atas jasa baik bos aku, dia bagi aku cuti sampai tahun depan. Lama juga tu. Bolehlah aku bercuti dan memulakan kembara akal yang baru.

Berpeluanglah aku mentafsir semula setiap gerak dan mentakrif kembali setiap hasrat. Mohonnya bila kembali bertugas nanti, ada sesuatu yang baru ingin dibawa.

Aku pula mengambil keputusan untuk tidak mengunjungi blog ini sepanjang berada dalam percutian di kampung halaman. Hanya bila kembali ke rumah hari ini, barulah kembali meneroka blog ini. Terima kasih pada semua yang masih sudi mengunjunginya dan menghantar sms bertanyakan khabar bila blog ini tidak diĀ kemaskini lebih seminggu.

Banyak yang berlaku sejak seminggu yang lalu. Insyaalah, akan aku ceritakan satu persatu. Sebelum bercerita lebih panjang, sambutlah salam perubahan sempena Maal-Hijrah…

Untuk itu, cerita baru pun bermula…

Satu Respons to “Kembali… untuk mencipta cerita baru…”

  1. Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa… -sumber unknown-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: