Arkib untuk Januari, 2009

Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (10)

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Januari 30, 2009 by syirfan

alex-coin

Bagi masyarakat barat, Alexander dirujuk sebagai Zulkarnain menerusi kepingan syiling yang dikeluarkan sewaktu zaman pemerintahannya. Kepingan syiling itu memperlihatkan wajah Alexander dengan dua tanduk. Tanduk itu dirujuk sebagai Zulkarnain (2 tanduk).

Sehingga kini, bandar Thessaloniki, Greece menggunakan gambar wajah Alexander bertanduk sebagai logo bandar mereka. Di sana, Alexander dikenali sebagai Alexander Zulkarnain.

Semalam, saya dikejutkan dengan sesuatu…

Rupanya wujud kajian yang boleh membuktikan bahawa gambar dalam syiling itu bukanlah Alexander. Secara automatis, ia boleh membuktikan bahawa Alexander bukanlah Zulkarnain. Nampaknya lompong sejarah yang ditinggalkan Alexander kian bersuara… Adakah satu hari nanti kita boleh meletakkan keyakinan bahawa Zulkarnain ialah ……!

Masa akan menentukan. Buat masa ini, dari sudut mana pun kajian dilaksanakan, Alexander bukanlah Zulkarnain : lelaki suci dari Al-Quran. Terima kasih sejarah.

Revolusi itu telah bermula!

Advertisements

Syahmi + Syahmina + Syamil

Posted in Kisah sebuah Istana on Januari 30, 2009 by syirfan
Anak-anak yang cukup kami sayangi...

Anak-anak yang cukup kami sayangi...

Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (9)

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Januari 30, 2009 by syirfan

kunci-makam-nabi-daniel-dan-lukman-hakim

“Dia tokoh yang dibuang keluarga pada tika masih bayi. Di harap mati dalam tandus padang pasir. Namun tuhan lebih menyayanginya. Dia membesar dengan penuh rasa kasih sayang dan kemudian kembali mendapatkan takhtanya yang pernah hilang.

Dia adil, pendamai dan mempunyai tabiat kemanusian yang terpuji dalam setiap peperangan dan penaklukan.

Dialah Koresh Al-Akhminy, orang Yahudi mengelarnya Koresh sedangkan para sejarawan muslim menggelarnya Kikhusru.

Umum mengenalinya sebagai Cyrus The Great.

 (petikan –  Episod 3, Alexander Bukan Zulkarnain)

Malam ini, “Alexander Bukan Zulkarnain” akan memaparkan tokoh yang yang paling rapat dengan ciri-ciri Zulkarnain, lelaki misteri dari Surah Al-Kahfi. Nantikan kemunculannya, 10 malam ini!

 * Anak kunci diatas adalah anak kunci makam Nabi Daniel dan Makam Lukman Hakim di Alexandria, Mesir

Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (8)

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Januari 30, 2009 by syirfan

alex

Semalaman saya menghabiskan waktu untuk singgah di hampir keseluruhan blog-blog yang memberi input kepada penghasilan dokumentari “Alexander Bukan Zulkarnain”.

Kami di FM Production sangat menghargai setiap komentar dan ucap selamat yang diucapkan dari bloggers semua. Kami juga berharap akan usaha kecil ini boleh memberi kesan yang besar kepada kepercayan yang berkait dengan budaya dan keyakinan yang berkait dengan agama.

Secara peribadi, saya juga menghargai setiap sokongan dan dorongan yang diberi. Saya cuba sebaik mungkin untuk singgah di semua blog-blog yang berkait dengan penghasilan dokumentari ini dan meninggalkan barang sebaris ucapan.

Masih banyak lagi blog yang tidak lagi saya terokai, namun insyaalah… sebagai menghargai sokongan -sokongan tersebut, saya akan cuba sebaik mungkin untuk singgah. Terima kasih dari akal dan hati saya yang paling jauh.

Sekadar menjawap beberapa persoalan teman yang memberi komentar tentang promo Alexander Bukan Zulkarnain yang dianggap “usaha produksi untuk melepaskan batuk di tangga”,  “malas berfikir” dan “aku tak percaya kau boleh hasilkan promo yang macam tu…”, izinkan saya menjawap bahawa – promo Alexander Bukan Zulkarnain dihasilkan oleh pihak ASTRO sendiri dan pihak produksi tidak terlibat secara langsung. Kami di FM Production menyedari hakikat itu. Terima kasih atas keperihatinan.

Revolusi itu telah bermula!

Syahmi + Syahmina

Posted in Kisah sebuah Istana on Januari 27, 2009 by syirfan
Anak-anak kami...

Anak-anak kami...

Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (7)

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Januari 23, 2009 by syirfan
Terperangkap!

Terperangkap!

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya”:

                                                    Surah Al-kahfi – Ayat 83

* Minggu yang menyesakkan. Cukup meletihkan.

*Alexander Bukan Zulkarnain akan kembali jumaat ini dengan kupasan khas tentang siapa Alexander yang sebenar. Satu lompong sejarah yang sering disembunyikan. Nantikan kemunculan Kota Purba Siwa yang boleh menjawap persoalan agama yang dianuti oleh Alexander. Dari situ, kita akan punya jawapan sendiri adakah Alexander layak dilabelkan sebagai Zulkarnain.

*Nantikan juga kemunculan “Firaun” dalam diri Alexander!

*Aku kini dalam proses penulisan buku travelog pencarian Zulkarnain. penulisan ini harus diselesaikan sebelum hujung Februari ini. Doalah semuanya selesai dengan baik. Harapnya buku ini boleh terbit awal April nanti.

*Sekali lagi promo, jangan lupa Alexander Bukan Zulkarnain – Jumaat, 10 malam di Astro Oasis (106).

Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (6)

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Januari 16, 2009 by syirfan

Semalam aku dan Halim, rakan dari bahagian promosi dan pemasaran ke Utusan untuk satu temubual dengan wartawan disana. Ia sekadar temubual biasa untuk mempromosi Alexander Bukan Zulkarnain.

Namun ia tidak menjadi begitu…

Rupanya kehadiran kami disana telah dinanti! Bukan sahaja di dinanti oleh wartawan tetapi dinanti oleh dua orang wanita yang MENGAKU MEREKA ADALAH KETURUNAN ALEXANDER THE GREAT / ISKANDAR ZULKARNAIN!

Dari jangkan sebuah temubual biasa menjadi debat ilmu. Namun dari situ aku sedar semakin sukar rupanya untuk mengubah kepercayaan yang telah berakar umbi dalam budaya. Namun dari satu sudut dapat dilihat bahawa penghasilan dokumentari yang sistematik, tersusun da terarah boleh memberi kesan yang besar kepada sosial budaya dan ruang ilmiah. Mungkin inilah yang wajar diusahakan oleh pembikin dokumentari pasca moden ini.

Wanita tersebut hadir dengan sekeping kertas yang memaparkan salasilah nabi-nabi dan kemudian terselit Phillip dan Iskandar. Dari susur galur itu jelas tertulis asal keturunan keluarganya. Aku tidak berminat untuk mempertikaikannya. Hanya aku mula melihat bahawa wujud lompong sejarah yang ketara dan ia perlu tindakan segera pakar sejarah, budayawan, ulama, saintis dan seumpamanya.

Ini kerana wujud kepercayaan bahawa Alexander telah berkahwin dengan Roxane (jelas tertulis dalam sejarah) dan melahirkan seorang bayi bernama Alexander. Wanita yang aku temui itu menyatakan bahawa mereka berasal dari perkahwinan ini. Logik sejarahnya ialah : Bagaimana anak Alexander boleh mengzahirkan keturunan bila anak Alexander itu mati dibunuh pada umur 13 tahun!!!!

2 jam berbicara, sahut-menyahut dan bertingkah kata. Flash hadir menggusarkan bicara. Aku hanya benar-benar bernafas lega bila Halim berkata ” jangan risau, kita menang besar!”

Kini, aku perlu lebih bersedia. Peristiwa ini akan berlaku lagi. Tidak tahu dimana dan bila, tapi ia akan mula membuka ruang bicara. Episod malam ini pasti membawa sesuatu!

Harapnya aku kekar dan tegar dengan nasihat, ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak…