Aqiqah – Bahagian 1

Aqiqah ialah penyembelihan  ternakan yang dilakukan untuk anak  yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.

Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muaakkad . Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan:

“Hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham”.

                                                                                                                               Wikipedia.org

Berikut adalah antara gambar-gambar majlis Aqiqah Syamil yang baru dilaksanakan baru-baru ini. Ini adalah gambar sehari sebelum majlis.

img_1847

Makcik-makcik disekeliling rumah aku yang menghulurkan tangan membantu

img_1828

Buat kerja sambil bergosip. Best dengar makcik-makcik ini bergosip…

img_1839

Ikan sembilang salai. Antara menu untuk esok. Ikan sembilang disalai sehari lebih awal. Ikan sembilang salai ini akan dimasak lemak cili api. Perg!!!

img_1833

Ini bukan abang aku, tapi adik aku bersama anak sulungnya, Aqilah. Aqilah inilah yang bakal jadi kawan Syamil nanti kerana umur mereka sebaya. Untung emak dan ayah aku dapat 2 oarang cucu tahun ini.

img_18341

Syahmi mungkin tertanya-tanya, apakah yang sebenarnya sedang berlaku.

img_18301

Cenderahati untuk tetamu. Selain bunga telur dan dodol, kami sertakan sekali Surah Yassin. Mohonya ada keberkatan…

img_1845

Syahmi pula sibuk dengan kawan-kawan di kampung. Mereka leka bermain di atas pondok yang masih belum siap. Pondok ini dibina olah ayah aku untuk cucu-cucunya bermain. Kira atas pokoklah. Ini adalah permintaan Syahmi dan Syahmina yang mahukan pondok atas pokok yang macam dalam cerita “Kampung Boy”.

Syahmi kata “kat rumah ayah tu bukan pondok. Itu khemah. Kat rumah atok barulah namanya pondok. Abang nak yang macam inilah…”

Iyerlah tu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: