Promosi Alexander Bukan Zulkarnain (2)

* Diambil tanpa ubah suai dari web budiey.com. Terima kasih atas rencana yang menarik!

”ALEXANDER BUKAN ZULKARNAIN”
Sebuah lagi dokumentari hebat yang bakal bersiaran di Astro Oasis, saluran inspirasi sanubari!

Astro  Entertainment Sdn. Bhd, FM Production dan Celcom (Malaysia) Berhad telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Dokumentari ”Alexander Bukan Zulkarnain”. Dalam masa yang sama pra tonton petikan dokumentari khas tersebut turut ditayangkan.

Dokumentari tersebut, yang bakal bersiaran di Astro Oasis menerusi Saluran 106 Astro, mengupas dengan lebih mendalam tentang Alexander The Great; penakluk terhebat yang namanya tercatat dalam sejarah panjang sebagai pemimpin pertama yang telah menguasai Timur dan Barat. Hingga kini, nama beliau kekal sebagai penakluk paling berjaya dalam sejarah ketamadunan manusia. Keagungannya telah menjalar hingga ke Nusantara dan diberi gelaran “Iskandar Zulkarnain”.

Dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain ini telah menerima dana sebanyak RM1 juta daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk disiapkan, menjadikannya antara dokumentari hebat dan berkualiti tinggi yang pernah dibuat. Kejayaan penghasilan dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain adalah daripada persetujuan yang telah termeterai di Majlis Menandatangani Perjanjian tersebut. Hadir di majlis tersebut termasuklah Dr. Mohd Ali Bin Mohamad Nor, Setiausaha Bahagian Komunikasi, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), Encik Mohamed Sharil Tarmizi, Ketua Pegawai Operasi SKMM, Dato’ Najmuddin Abdullah, Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Celcom (Malaysia) Berhad serta Encik Zainir Aminullah, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd.

Menurut Pengarah Eksekusif Astro Entertainment Sdn. Bhd, Encik Zainir Aminullah “Sebagai pengumpul dan pencipta pengisian kandungan, Astro amat gigih dalam menyokong perkembangan industri pengisian kandungan di Malaysia. Sejajar dengan visi kerajaan untuk mengembangkan dan memantapkan lagi industri ini, Astro begitu komited dalam menyediakan platfom dengan tujuan untuk menggalakkan lagi persaingan secara global dan meningkatkan industri komunikasi dan multimedia yang efisien bagi  memenuhi keperluan daripada segi ekonomi dan sosial di Malaysia. Sehubungan dengan itu, Astro amat berbesar hati untuk bergading bahu dengan SKMM dalam menyediakan platfom ini untuk menyemai bakat-bakat rakyat Malaysia serta menggilap daya kreativiti mereka untuk menyumbang dalam industri pengisian kandungan yang cemerlang. Hingga kini, Astro sebagai pelabur yang tertinggi dalam bidang pengisian kandungan terutamanya dalam pembangunan pengisian kandungan tempatan dan akan sentiasa beusaha untuk kekal komited dalam menjayakan usaha ini.”

Dalam menjayakan dokumentari lima episod ini, kami juga telah bergabung tenaga dengan penuntut cemerlang daripada Universiti Islam Antarabangsa yang telah membuat kaji selidik dan kertas kerja secara mendalam mengenai dua tokoh hebat ini untuk menyokong lagi fakta yang ada. Hasrat Astro dalam memainkan peranan utama sebagai sumber pembelajaran sepanjang hayat yang berterusan diharap dapat dicapai menerusi program ini,” ujar Zainir lagi.

Encik Mohamed Sharil Tarmizi berkata di Majlis tersebut, ”Salah satu usaha yang telah dilakukan oleh KTAK dan SKMM ialah dengan mewujudkan Geran Pembangunan Kandungan Rangkaian (Networked Content Development Grant) yang dilancarkan pada Julai 2007. Pihak kami amat berbangga dengan FM Productions yang merupakan salah satu daripada penerima Geran tersebut kerana menghasilkan kandungan yang berkualiti seperti dokumentari ini dan dalam masa yang sama telah memasuki usahasama komersial dengan Astro dan Celcom untuk menyiarkan kandungan tersebut ke muka dunia. Kami berharap kejayaan ini akan memberi inspirasi dan galakan kepada penghasil kandungan dan karya yang lain untuk memohon sumbangan Geran NCDG dan menyahut cabaran penghasilan kandungan bagi melahirkan lebih ramai usahawan kandungan atau contentpreneurs yang berpotensi menghasilkan kandungan rangkaian berdaya maju serta memiliki potensi komersial yang tinggi.”

“Sebagai rakan siaran Alexander Bukan Zulkarnain melalui talian Celcom 3G, pihak Celcom amat berbesar hati kerana dapat bekerjsama bersama SKMM dan FM Production untuk menyiarkan program ini kepada para pelanggan kami melalui telefon bimbit mereka,” kata Dato’ Najmuddin Abdullah, Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Celcom (Malaysia) Berhad. “Program ini disebarkan secara langsung melalui perisian mudah alih Celcom dan para pelanggan hanya perlu membuat panggilan video Celcom 3G dengan menekan *8884,” tambah beliau lagi.

Melalui perisian mudah alih ini, para pengguna juga dapat melihat laporan harian enam kali sehari untuk mendapatkan maklumat terkini yang dikirim oleh krew penggambaran terus kepada pengguna Celcom di Malaysia. Selain itu, perisian tersebut akan dikemaskinikan dengan pelbagai visual menarik termasuk fakta mengenai kota-kota lama yang dikaitkan dengan Alexander bermula di Pella dan Acropolis (Greece), Alexandria (Mesir) dan beberapa lagi tinggalan sejarah penting di Yaman, Iran, Uzbekistan dan Rusia yang dikaitkan dengan Cyrus the Great dan Raja Himyar yang dipercayai juga adalah Zulkarnain.

Perisian mudah alih ini boleh didapati menerusi saluran perisian Celcom yang terbaru iaitu Channel C, yang boleh diakses dengan hanya mendial *119# dari telefon bimbit. Channel C menawarkan pelbagai perisian seperti kandungan berunsurkan keislaman dan juga berita hiburan.

Alexander Bukan Zulkarnain merupakan sebuah dokumentari hebat yang menganalisis secara komprehensif terhadap persoalan siapakah Zulkarnain yang disebut dalam Surah Al-Kahfi. Tiga tokoh utama yang menjadi sandaran ialah Alexander The Great, Cyrus The Great dan salah seorang raja dari Empayar Himyar.

Pencarian ini akan berlandaskan situasi sejarah dan lokasi, persoalan di mana tembok Yakjuj dan Makjuj, lokasi laut berlumpur hitam dan sumbangan tokoh-tokoh ini yang mempunyai perkaitan dengan ciri-ciri yang disebut dalam Al-Quran.

Selain itu, dokumentari ini juga memberi tumpuan kepada mesej besar yang cuba disampaikan lewat ayat 83-98 dari Surah Al-Kahfi. Antara yang utama ialah hak-hak orang tua, wanita dan kanak-kanak dalam peperangan serta konsep peperangan yang disarankan dalam Islam.

Ketahui hasil pencarian dokumentari ini. Selain daripada usaha tersebut, apa yang lebih penting, ia juga telah membuka satu lagi perspektif baru. Jalinan antara tafsiran surah Al-Kahfi pula memberi mesej global bahawa peperangan bukanlah satu perkara yang indah tetapi jika ia mesti dilaksanakan, lakukanlah dengan penuh perikemanusiaan.

Nantikan dokumentari hebat ini yang akan bersiaran menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) pada setiap hari Jumaat jam 10 malam, bermula 9 Januari 2009 ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: