Promo Alexander Bukan Zulkarnain (5)

 * Diambil tanpa ubah suai dari Harian Metro 2 Januari 2009

Mencari Iskandar Zulkarnain

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

Hingga kini, nama beliau kekal sebagai penakluk paling berjaya dalam sejarah tamadun manusia. Keagungannya menjalar hingga ke Nusantara dan diberi gelaran Iskandar Zulkarnain.

Demi memberi gambaran jelas mengenai kehebatan Iskandar Zulkarnain, Astro Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama FM Production dan Celcom Berhad, menghasilkan dokumentari khas, Alexander Bukan Zulkarnain yang disiarkan menerusi saluran 106, Astro Oasis, setiap Jumaat, jam 10 malam mulai 9 Januari ini.

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) baru-baru ini menyaksikan penghasilan dokumentari menarik yang mengupas mengenai sejarah Alexander The Great.

Dokumentari yang menerima dana RM1 juta daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk disiapkan, menjadikannya antara dokumentari hebat dan berkualiti tinggi yang pernah dihasilkan.

Pengarah Eksekusif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, berkata sebagai pengumpul dan pencipta pengisian kandungan, Astro amat gigih dalam menyokong perkembangan industri pengisian kandungan di Malaysia.

“Sejajar dengan visi kerajaan untuk mengembangkan dan memantapkan lagi industri ini, Astro begitu komited dalam menyediakan platform dengan tujuan untuk menggalakkan lagi persaingan secara global dan meningkatkan industri komunikasi dan multimedia yang efektif bagi memenuhi keperluan dari segi ekonomi dan sosial di Malaysia.

“Sehubungan itu, kami amat berbesar hati berganding bahu dengan SKMM dalam menyediakan platform ini bagi menyemai bakat rakyat Malaysia serta menggilap daya kreativiti mereka untuk menyumbang dalam industri pengisian kandungan yang cemerlang.

“Sehingga kini, Astro sebagai pelabur yang tertinggi dalam bidang pengisian kandungan terutama dalam pembangunan pengisian kandungan tempatan akan sentiasa berusaha untuk kekal komited dalam menjayakan usaha ini,” katanya ketika pelancarannya, baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Komunikasi, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), Dr Mohd Ali Mohamad Nor; Ketua Pegawai Eksekutif FM Production, Zainal Rashid Ahmad; Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mohamed Sharil Tarmizi dan Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Celcom (Malaysia) Berhad, Datuk Najmuddin Abdullah.

Dalam menjayakan dokumentari lima episod itu, Astro turut bergabung dengan penuntut cemerlang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membuat kaji selidik dan kertas kerja secara mendalam mengenai dua tokoh hebat ini untuk menyokong lagi fakta sedia ada.

Celcom turut memberikan khidmat eksklusif secara langsung menerusi perisian mudah alih dan pelanggan hanya perlu membuat panggilan video Celcom 3G dengan menekan *8884.

Melalui perisian mudah alih berkenaan, pengguna dapat melihat laporan harian enam kali sehari untuk mendapatkan maklumat terkini yang dikirim kru penggambaran terus kepada pengguna Celcom di Malaysia.

Selain itu, perisian berkenaan akan dikemas kini dengan pelbagai visual menarik termasuk fakta mengenai kota usang yang dikaitkan dengan Alexander bermula di Pella dan Acropolis (Greece), Alexandria (Mesir) dan beberapa lagi tinggalan sejarah penting di Yaman, Iran, Uzbekistan dan Russia yang dikaitkan dengan Cyrus the Great dan Raja Himyar yang dipercayai juga adalah Zulkarnain.

Perisian mudah alih ini boleh didapati menerusi saluran perisian Celcom yang terbaru iaitu Channel C, yang boleh diakses dengan hanya mendail *119# daripada telefon bimbit. Channel C menawarkan pelbagai perisian seperti kandungan berunsurkan keislaman dan juga berita hiburan.

Dokumentari menarik itu akan menganalisis secara komprehensif terhadap persoalan siapakah Zulkarnain yang disebut dalam Surah Al-Kahfi. Tiga tokoh utama yang menjadi sandaran ialah Alexander The Great, Cyrus The Great dan salah seorang raja daripada Empayar Himyar.

Pencarian ini akan berlandaskan situasi sejarah dan lokasi, persoalan di mana tembok Yakjuj dan Makjuj, lokasi laut berlumpur hitam dan sumbangan tokoh ini yang berkaitan dengan ciri-ciri yang disebut dalam al-Quran.

Selain itu, dokumentari berkenaan juga memberi tumpuan kepada mesej besar yang cuba disampaikan lewat ayat 83-98 daripada Surah Al-Kahfi. Antara yang utama ialah hak orang tua, wanita dan kanak-kanak dalam peperangan serta konsep peperangan yang disarankan dalam Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: