Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit

dsc_8221

Debar sudah semakin laju. Nafas bagaikan sudah tidak teratur lagi. Kini sibuk menghitung hari.

Alexander Bukan Zulkarnain akan muncul di kaca televisyen tidak lama lagi. Entah apa komen dan cacian yang akan terjelma. Semuanya buat mata ini tidur selalu tak lena…

Kini semua orang dah mula bercakap tentang Alexander, tentang Zulkarnain, tentang sejarah… Dari satu sudut, dokumentari ini telah berjaya membuka dunia baru pada masyarakat Melayu/Islam terutamanya melihat sejarah secara total.

Kini Alexander Bukan Zulkarnain harus hadir sebagai pemain dalam persepsi sejarah itu. Kesan dari instumen itu yang jadi persoalan!!!

Hanya takut penonton mengharapkan doku ini memberi jawapan yang total. Percayalah, sejarah dibina atas kepercayaan yang paling kuat dan bukan keyakinan. Sejarah akan dinilai dan akan berubah. Semuanya bergantung pada analisis dan persepsi zaman.

Dari sudut kecil yang lain, penghasilan dokumentari ini adalah satu sindiran sayang dan sinis pada saintis, sejarawan, ulama, budayawan dan seumpamanya. Ini kerana tugas mereka yang sewajarnya memberi jawapan yang tuntas, namun yang terhasil dari mereka hanyalah kekeliruan yang kian menyerabutkan. Budaya dan agama berbaur sudah!

Bangsa kita telah tersesat sekian lama. Sesat dalam kepercayaan dan bukan keyakinan. Setiap jalan adalah jalan mati. Kita tak mampu meneruskannya jika kita tak pegang pada apa yang dikenali sebagai sejarah.

Adakah Alexander Bukan Zulkanain ini jalan keluarnya?

Promo sikit : Nantikan kemunculan Alexander Bukan Zulkarnain di ruang tamu anda.. bermula 9 jan 09 ini jam 10 malam di Astro Oasis.

2 Respons to “Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit”

  1. 9 Jan? alahai..sama plak gan hari SOGO SALE! masalah gak tu, sempat ke diaorang tengok…hehe….apa pun..TAHNIAaaaaaHhhhhh..

  2. Sogo Sale dua hari. 10 Jan boleh pergi… hehee. Tq. Tidak akan berjaya doku ini tanpa sekongan semua. Tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: