Bubur Asyura

img_2084

Hari ini chef nak kongsi dengan semua tentang bagaimana nak masuk bubur asyura.

Tahu tak bubur asyura nie? Ha tahu pun… tak payah chef bagi tahu. hehe

Bubur ni sebenarnya dimasak paling afdal pada 10 Muharam, merujuk kepada Hari Asyura. Tapi dek chef nie busy, chef masak bubur asyura nie 1 Muharam. Kira bolehlah kan…

Mula-mula sediakan tungku, kuali besar, api dan tukang nyalakan api. Tukang nyalakan api, abang ipar chef… hehe

img_2085

Beras dibasuh bersih. Berapa banyak? Hentam ajelah labu…

Paling penting, ini chef nak kongsi apa beza bubur biasa dan bubur asyura. Ok, bubur asyura wajib mempunyai 10 ramuan. Kalau kurang dari 10, itu kira bubur biasa. Ramuan nie… ha, nanti chef cerita.

img_2091

Kita kalau boleh biar orang lain yang tolong kacaukan. tengok chef tu, just tengok dan komen ajer. Kalau nak bagus masak bubur asyura di tepi jalan. Biar orang jelous. Kalau rezeki baik ada yang berhenti nak tengok, kita boleh suruh dia tolong kacaukan…

Tapi YB Kemasik lalu ajer sambil angkat tangan ajer. Tak berhenti pun. Chef tak bagilah bubur kat rumah dia bila dah siap nanti. hehe

img_2115

Api kena jaga betul-betul. Tak boleh terlalu kuat. Nanti hangit bubur kita. Kacau kena terus dan jangan berhenti…

Ni Chef nak tanya, semua tahu ke apa antara sejarah yang berkait dengan  Hari Asyura ni? Tak tahu? La, betul-betul tahu makan ajer.. Nie rapat sikit chef nak cerita salah satu peristiwa sejarah paling penting.. Dengar betul-betul, karang chef nak tanya…

Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang.

Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali  orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu.

Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kemudian oleh Ibnu Ziyad mereka dibawa menghadap Khalifah di Damaskus, dan kemudian yang selamat dikembalikan ke Madinah.

Ha, gitulah ceritanya… Pandai tak chef? Mestilah pandai, chef ambik kat wikipedia.

img_2126

Peringkat awal begitulah bentuknya. Kacau dan terus kacau. Chef hanya suruh orang kacau ajer..

img_2153

Chef terlupa pulak yang Terenganu sekarang musim hujan. Tengah masak hujan la pula. Jangan cemas.

Chef dengan relaxnya suruh orang pasangkan payung besar. Hujan nampaknya tak akan menganggu bubur asyura yang chef masak nie…

img_2160

Ha, ini jiran. Dia pun terlibat sama dengan aktiviti kacau. Chef hanya pandang dan ambik gambar.

Kacau lagi… kuat-kuat sikit…

img_2145

Seterusnya adalah mencampurkan ramuan-ramuan yang ada. Boleh letak jagung, labu, ikan, ayam, daging, sayuran atau apa sahaja lah. Jangan lupa pulak letak jintan manis, jintan putih, dan apa-apa jintan dan bahan-bahan yang perlu.

Kira bahan-bahan ini kira bergantung kepada citarasa orang yang membuatnya. Masukkan pun ikut sukatan yang logik.

img_2138

Gula putih pun boleh masukkan, tapi chef masukan gula merah nie. Letak banyak-banyak sampai terasa manisnya..

img_2147

Hujan makin lebat pulak. Payung besar tu tak mampu menampung. Apa lagi, chef suruhlah warga Kemasik untuk memasang khemah.

Ha, itulah istimewanya chef. Biasanya orang pasang khemah dulu baru memasak, chef terbalik. Memang chef dah rancang dah semua nie…

img_2157

Ini lagi satu kepakaran chef, alang-alang dah ada api tu, kita boleh jugak bakar ikan kat situ. Ha, bijak tak… makan ikan bakar kita tengahari nie..

Yang lain, jangan lupa kacau bubur tu… chef nak makan jap.

img_2161

Akhirnya. siaplah bubur asyura yang chef masak di Kemasik ni. Dah masak tu, kita letak dia dalam dulang supaya cepat sejuk.

Dah boleh makan dah.. sila, sila…

Tambah satu dulang lagi.. silalah makan, jangan malu-malu.. heheeh

*layan ajer lah yer.. tengah biol sikit

8 Respons to “Bubur Asyura”

  1. awat macam wajik jer ???

  2. amboi sekang dah bergelar ‘Chef’,meletopps!

  3. ye ker… letih chef masak tau.. hehe

  4. Biasalah.. dah letih jadi producer. Nak jadi chef pulak

  5. ermm..lama tak makan bubur asyura…sedapnya..tolong masak bleh chef????!!!

  6. hmm.. jang.. ko uboh banyak bona gulo meghah .. ko gulo anau tu? .. dah ghopo ghojek la pulak..

  7. ontahlah.. belasah ajo

  8. […] jangan tak percaya…betul malam tadi…Aku pun terlibat sama menjayakannya. Ingat Chef Syirfan jer pandai??? […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: