Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (2)

Persepolis, Iran. Kota yang paling indah di sebelah timur...

Persepolis, Iran. Kota yang paling indah di sebelah timur...

Kerasukan kita membina empayar dan peradaban bangsa boleh terjejas jika kita tidak membawa sekali sejarah bersama. Sejarah inilah yang suatu hari nanti akan jadi panduan jika tiba-tiba keliru haluan.

Sama seperti apa yang kita sedang hadapi sekarang. Bila tiba-tiba ada yang bermain apa perkauman dan mula mempersoalkan Ketuanan Melayu – kita tiba-tiba keliru. Benarkah kita sebenarnya bukan tuan? Dek para politikus rakus menjawap segala tohmahan dengan spekualsi dan ego, lama-kelamaan lubang  menjadi semakin besar. Semua jadi keliru. Terperangkap dengan alasan dan jawapan. Kalah dengan soalan yang makin nakal menggangu.

Kenapa ini boleh berlaku? Sebab kita lupa pada sejarah. Kita ketawakan Sulatus Salatin, kita hina Hikayat Hang Tuah. Karya-karya ini kononnya tak membawa bangsa untuk maju. Karya-karya ini hanya sastera sejarah yang bodoh. Tak boleh membuktikan bahawa kita pernah punya tamadun!

Pernahkah kita lihat sastera sejarah masyarakat Eropah? Kenapa tamadun barat boleh berbangga dengan karya Homer yang berbentuk epik terutamanya Illiad dan Odyssey yang jelas berpegang pada mitos, dongeng dan sejarah. Karya ini menjadi asas kepada perubahan dan pembentukan tamadun. Apa bezanya dengan kita?

Sudah tiba masa karya sastera sejarah dilihat semula. Dinilai dan ditafsir. Dari situ kita akan lihat masa hadapan. Mungkin kita jelak bila membaca pada bab yang menyatakan kita adalah keturunan Alexander, namun satu hal yang penting disampaikan oelh penulis karya itu ialah untuk memperkasakan bangsa perlu ada model dan mentor. Untuk masa itu Alexander paling relevan. Isu sekarang ialah kita harus menjadi model dan mentor itu…

Alexander Bukan Zulkarnain hadir untuk membuktikan bahawa karya sastera sejarah ada tempat untuk bergelar bangsa terhebat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: