Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (3)

Kemaskini : 10:05 malam

Selesai… Kini menunggu komen..

Kemaskini : 9:05 malam

Pizza telah sedia. Debar makin memuncak…

Kemaskini : 7:45 petang

Makin berdebar. SMS kawan-kawan yang menyatakan  akan menonton malam ini kian mengusarkan.

Apalah komen mereka agaknya?

Kemaskini : 4:40 petang

Hujan semakin lebat. Sejuk kian menggigit. Debar semakin gempa!

Kemaskini : 4:20 petang

Hanya teringat salah satu kisah Alexander sewaktu meninggalkan Macedonia untuk menakluk dunia. Beliau turun takhta dan kemudiannya memberi semua hartanya kepada orang lain. Ada yang bertanya, “apa yang kau tinggalkan untuk diri kau, Alexander?”

Beliau menjawap, “Harapan!”

Kemaskini : 2.40 petang

Paulline muncul dengan idea untuk makan pizza malam ini tika menonton Alexander Bukan Zulkarnain. Ada sesiapa nak join?

Paling penting, ada sesiapa nak belanja?

kemaskini : 2 petang

“Syirfan, kau tahu tak Iskandar Zulkarnain pernah sampai ke Tanah Melayu. Dia pusing sampai ke Kelantan tau. Aku ada baca dalam satu blog tu..”

Biar betul!!!

Asal
Moscow, Rusia

Moscow, Rusia

Inilah harinya!

Hari yang ditunggu-tunggu. Hari yang akan memulakan satu sejarah baru. 600 tahun kita telah ditipu oleh sejarah yang direka oleh barat. Inilah harinya untuk merubah kepercayaan kepada keyakinan.

Hari ini, Alexander Bukan Zulkarnain – The Making akan muncul di ruang tamu…

14 Respons to “Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (3)”

  1. setelah mengepau … dapatlah duit untuk dibelanjakan makan pizza… hehehehe … thanks to our sponsors!

  2. rosadaasrada Says:

    amat menunggu tayangan rancangan ini. baru saksikan the making. syabas buat semua yg terlibat.

  3. Saya menonton The Making Alexander bukan Zulkarnain malam tadi.
    Usaha menggali dan membetulkan sejarah bukan mudah. Kita dihadapkan dengan isu benar atau palsu.

    Namun mengubah persepsi masyarakat tentang sesuatu harus ditunjangi hujah dan dalil yang jitu. Kenapa pengkaji barat sentiasa berjaya meyakinkan masyarakat dunia? Hal itu kita harus teliti.

    Tahniah buat crew Alexander bukan Zulkarnain yang bertungkus lumus menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain. Semoga ianya bermanfaat. Dan bersedia menghadapi komentar serta hujah daripada pelbagi pihak.

  4. 001beautifulcrazy Says:

    Mak ayam buat tugasan tak .. make up team yang diinterview????

  5. Tq sekali pada our sponsors. Jumaat nie boleh sponsors lagi? hehehe

  6. Rosadaasrada,
    Terima kasih. Moga ia bawa perubahan positif pada bangsa dan agama. Marilah bersama berusaha kearah itu.

  7. Bayan,
    Terima kasih daun keladi atas segala sokongan. Moga yang sedang kita usahakan mampu mendewasakan semua. Memang sukar, tetapi kita harus juga laksanakan. Jika tidak kita akan terus tersepit dalam sejarah yang berat sebelah. Tak mahu nanti anak cucu mencerca kita, “ini salah datuk moyang kita. dah tahu sejarah dan kepercayaan dah salah kenapa tidak diperbetulkan…”

  8. Beutifulcrazy…
    Hehehe. g marah mak yam

  9. tak sabar rasanya nak menonton Alexander bukan Zulkarnain. Semenjak menonton filem Alexander lakonon Colin Farrell, amat ketara bahawa itu bukannya Zulkarnain. Tetapi tiada yang berusaha memperbetulkan persepsi itu.

    Tahniah atas usaha kalian.

  10. Lilue..
    Terima kasih. Moga ia bawa kebaikan pada semua.

  11. TAHNIAH !

  12. Congrats to u and ur team…tak sempat tengok smalam..walaupun dah cop channel ngan husband and Mia…tetiba ada orang datang umah plak…ada ulang tayang tak???

  13. TQ Annasz

  14. Umimia…
    Program tu sentiasa diulang tayang di Astro Oasis. Sudi-sudilah.. Terima kasih atas semangat dan perhatian yang diberikan. Saya sangat menghargainya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: