Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (5)

aku-dan-epetSyukur… Alexander Bukan Zulkarnain telah mula jadi ramuan dalam bicara di kedai kopi, bilik-bilik syarahan universiti, blog, forum, ym, dan sebagainya. Tidak dapat disembahkan rasa gembiranya bila hasil buat tangan FM Production ini mula membiakkan hasil.

Namun, ia bukanlah bunga cantik, mekar dan wangi semata-mata. Ia terselit juga tajam duri yang bisa mengalirkan darah merah. Namun ia pengajaran yang cukup tuntas. Kita tidak akan mampu memuaskan semuanya.

Terima kasih pada semua yang bersusah payah mendirikan semula menara kepercayaan ini. Moga usaha bersejarah ini akan dikenang oleh anak cucu kita. Tidaklah nanti anak cucu menyumpah kita walaupun tulang kita telah sedia luluh di mamah bumi.

Terima kasih pada semua kenalan baru yang menyambut salam ukhwah ini dengan rasa kesedaran yang tinggi bahawa kita semua yang menentukan sejarah masa hadapan. Mungkin ruang berbicara kita kecil, kita harap tingkah gemanya tersahut serata alam.

Terima ksih semua. Jika wujud 1000 lagi perkataan baru, percayalah… ia masih tidak mampu menyampaikan sepenuhnya rasa hati saya. Terima kasih sekali lagi.

Sudilah bersama jumaat ini untuk Alexander Bukan Zulkarnain – episod 1. Saya sediakan sinopsis sebagai cenderahati…

Episod 1

Episod ini akan membicarakan kepercayaan masyarakat Malaysia mengaitkan “Alexander The Great” dengan Iskandar Zulkarnain. Buku-buku lama terutamanya “Sejarah Melayu” turut mencatatkan bahawa keturunan Raja-Raja Melayu mempunyai susur galur tokoh lagenda itu. Malah ramai masyarakat melayu yang mengaku mempunyai pertalian darah dengan tokoh yang hanya sampai ke sempadan India dalam kembaranya ke Timur. Sejauh manakah kepercayaan ini boleh diterima pakai?

Surah Al-Kahfi ayat 83-98 ada menyebut tentang seorang lelaki bernama Zulkarnain yang telah mengembara dan meluaskan empayarnya dari Barat ke Timur. Tokoh ini dikatakan mempunyai ciri-ciri yang cukup istimewa sehinggakan diberi kepercayaan untuk membina tembok Yakjuj dan Makjuj. Apakah keistimewaan beliau sehingga namanya tercatat dalam Al-Quran?

Selamat menjamah sejarah!

8 Respons to “Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (5)”

  1. Adakalanya Allah menguji semangat kita utk menyelamatkan jiwa kita..
    Adakalanya Allah beri kita kesakitan agar kita jadi lebih kuat…

    Apa yg mampu sy katakan …sekali lg Tahniah buat abg syirfan… jgn lupa belanja seafood…hehehehehe dah lama kita tak bersua..hampir 10 tahun …

  2. Annasz,
    Terima kasih kerana hadir sebagai seorang kawan, adik dan sahabat.

  3. Aik…Ada gak adik angkat? Ingat Akob je yang the last breed

  4. salam… nanti suggest kt fm production supaya jual dlm bentuk dvd

  5. Bukan adik angkat la bro… adik sebab umur berbeza…adik yang mematangkan usia seorang yg lebih berusia…adik yang adakalanya tiada hubungan saudara namun lebih memahami dari saudara sendiri…

  6. Gerektua..
    Terima kasih atas cadangan. Kami memandang serius usaha itu. Moga terus menyokong usaha pembikin dokumentari tempatan.

  7. Ooo itu macam ke? Kat sini (FM) pantang disebut perkataan adik tu…mesti lain jadinya

  8. sebaliktabir Says:

    biasala bro John, sekolah asrama lagi banyak… heheheh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: