Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (6)

Semalam aku dan Halim, rakan dari bahagian promosi dan pemasaran ke Utusan untuk satu temubual dengan wartawan disana. Ia sekadar temubual biasa untuk mempromosi Alexander Bukan Zulkarnain.

Namun ia tidak menjadi begitu…

Rupanya kehadiran kami disana telah dinanti! Bukan sahaja di dinanti oleh wartawan tetapi dinanti oleh dua orang wanita yang MENGAKU MEREKA ADALAH KETURUNAN ALEXANDER THE GREAT / ISKANDAR ZULKARNAIN!

Dari jangkan sebuah temubual biasa menjadi debat ilmu. Namun dari situ aku sedar semakin sukar rupanya untuk mengubah kepercayaan yang telah berakar umbi dalam budaya. Namun dari satu sudut dapat dilihat bahawa penghasilan dokumentari yang sistematik, tersusun da terarah boleh memberi kesan yang besar kepada sosial budaya dan ruang ilmiah. Mungkin inilah yang wajar diusahakan oleh pembikin dokumentari pasca moden ini.

Wanita tersebut hadir dengan sekeping kertas yang memaparkan salasilah nabi-nabi dan kemudian terselit Phillip dan Iskandar. Dari susur galur itu jelas tertulis asal keturunan keluarganya. Aku tidak berminat untuk mempertikaikannya. Hanya aku mula melihat bahawa wujud lompong sejarah yang ketara dan ia perlu tindakan segera pakar sejarah, budayawan, ulama, saintis dan seumpamanya.

Ini kerana wujud kepercayaan bahawa Alexander telah berkahwin dengan Roxane (jelas tertulis dalam sejarah) dan melahirkan seorang bayi bernama Alexander. Wanita yang aku temui itu menyatakan bahawa mereka berasal dari perkahwinan ini. Logik sejarahnya ialah : Bagaimana anak Alexander boleh mengzahirkan keturunan bila anak Alexander itu mati dibunuh pada umur 13 tahun!!!!

2 jam berbicara, sahut-menyahut dan bertingkah kata. Flash hadir menggusarkan bicara. Aku hanya benar-benar bernafas lega bila Halim berkata ” jangan risau, kita menang besar!”

Kini, aku perlu lebih bersedia. Peristiwa ini akan berlaku lagi. Tidak tahu dimana dan bila, tapi ia akan mula membuka ruang bicara. Episod malam ini pasti membawa sesuatu!

Harapnya aku kekar dan tegar dengan nasihat, ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak…

26 Respons to “Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (6)”

  1. bravo!!

  2. Go ..Abg Syirfan..go! Inilah waktu yang penting dan mencabar untuk mengubah sejarah,selepas ini lagi ramai yang akan tampil dengan pertikaian ,perdebatan ,penghujahan..ini bermakna dokumentari ini bener-benar mencuri perhatian! Syabas!

  3. sebaliktabir Says:

    Saya tau abg syirfan macam mana… disebalik kata tersurat ada makna tersirat, dan disebalik yang tersirat membongkar segala yang berselirat… Tanda-tanda usaha kalian telah terpapar di mata,menusuk ke jiwa dan tertanam di minda….. TAHNIAH !!!

  4. adui … rugi Halim tak rakam kat HP kalau tak boleh tengok! ishhh … erm saudara … boleh tak jawab persoalan yang saya tanya kat blog saya?šŸ™‚ tolong yer … hehehehe

  5. Salam,
    Saya amat berharap dokumentari Alexander bukan Zulkarnain ini dapat dikompilasikan dalam bentuk CD/DVD atau sebagainya. Melalui kajian penyelidikan terancang, pelbagai maklumat dirangkum menjadi satu dokumentari. Ini adalah satu usaha mengkaji kesahihan satu sejarah yang sering diperkatakan dan menggalakkan masyarakat untuk berfikir dan bukan menerima bulat-bulat.

  6. Tq Liz, mana resume? hehehe

  7. Terima kasih Fiha. Terima kasih kerana tak putus beri semangat.

  8. Sebalik tabir,
    Terima kasih kerana tidak pernah bosan untuk cuba memahami pemikiran penerbit cabok ini.

  9. Boleh Ainur… sebentar lagi saya jawapkan…

  10. Terima kasih Sazlina,
    Ruang lompong dalam sejarah memang perlu diberi perhatian serius agar ia tidak merosakkan kepercayaan. Terima kasih atas cadangan dan dorongan.

  11. sebaliktabir Says:

    Bang betullah kena keluarkan DVD untuk projek ni… maklumlah saya pun salah seorang bukan pelanggan astro… hehehehhe…tapi memang teruja nak tengok keseluruhan cerita..termasuklah “the making” dan yang penting orang-orang di sebalik tabir……

  12. kena langgan la bro.. hehehe

  13. sebaliktabir Says:

    akan ku tunggu kemunculan DVD ini…tak kira…nak jugak…!

  14. Semakin berduri nampaknya perjalanan membongkar siapa Zulkarnain dan siapa Alexander. Jika barat yang membuat dokumentari ini, sudah pasti tidak banyak percanggahan yang wujud. Kerana pada dasarnya , masyarakat dunia memandang kajian Barat adalah yang terkini, terbaik dan paling telus.

    Mungkin pencarian ini melibatkan ‘global’, dan pengkajinya adalah kita, masyarakat yang kurang dipandang oleh masyarakat dunia, maka ianya menjadi sanggah-menyanggah.

    kepada team ‘Alexander bukan Zulkarnain’, usah patah semangat. teruskan usaha. masih banyak yang perlu digali.

  15. Saudari Bayan,
    Begitulah nampaknya rentak yang sedang berdendang. Namun terima kasih pada saudari yang sudi dan terus memberi sokongan. Moga terjana pemikiran baru sejarah dan terbentuk pola baru pemikiran masa hadapan. Sejarah sememangnya satu filosofi yang mengajar dengan contoh…

    Terima kasih kerana sudi hadir pada masa ini. Terima kasih daun keladi

  16. Bro,
    Chegu saya pernah cakap, “Dalam sejarah tamadun manusia, tidak ada satu benda dalam dunia ini yang orang tidak pertikaikan. Semua benda akan dipertikaikan dan dipersoalkan. Agama sekalipun orang akan persoalkan. Kita diberikan akal utk berhujah. Jadi, bersedia utk pertahankan ‘kepercayaan’ kita”

  17. hello I am from indonesian, see my blog is beautiful, the article is very interesting, see the http://www.herbaqu.co.cc

  18. bang, ‘big bos’ tak bg la.. huhuhu.. takut saham jatuh la tuh…

  19. loko9691963 Says:

    Erm.stuju dgn cadangan supaya dikeluarkan dalam bentuk cd/dvd..semangat nak tonton hari tu, tp demi tugas.apakan daya.

  20. betul gak tu.. kompilasi dlm DVD..

  21. Dasyat betul ek, orang mengaku2 ni…btw congratulations on you guys work…semoga lebih success…

  22. tq Anna… Terima kasih atas sokongan

  23. bucungdotcom Says:

    saye ada buat digital copy dari oasis ke dlm pc, so saye akan cetak ke dalam dvd. saper yg nak boleh dapatkan dari saya.

    (Bro.. hehe.. acah ajer)

    but truly, to me it is a masterpiece!

  24. Bro…

    but truly, to me it is a masterpiece???

    Biar betul bro. banyak cacat celanya. Tapi terima kasih kerana beri saya sokongan tanpa henti dari dulu. Saya sangat menghargainya.

  25. bucungdotcom Says:

    yup a masterpiece, something that is no duplication & proven hardwork. Den banggo dongan kau. Den ni ado minat jgk dgn sejarah lamo2.

    Bro, apa kata kalau kau cuba teroka balik sejarah gangga negara, kota kulit kerang & metos lancang kuning yang dikatakan ada kesan-kesan peninggalan di Kg Kota, Beruas Perak. Cadangan den la, menarik jgk tu pado aku. Takde keluar TV lagik tu

  26. bro, kau buat den malu yo.. heheh
    Memang ada cadangannya untuk meneroka lokasi-lokasi itu. Insyaallah, jika ada keupayaan kewangan dan semangat, dokumentari tentang lokasi-lokasi sejarah yang ditinggalkan akan muncul di kaca TV. tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: