Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (8)

alex

Semalaman saya menghabiskan waktu untuk singgah di hampir keseluruhan blog-blog yang memberi input kepada penghasilan dokumentari “Alexander Bukan Zulkarnain”.

Kami di FM Production sangat menghargai setiap komentar dan ucap selamat yang diucapkan dari bloggers semua. Kami juga berharap akan usaha kecil ini boleh memberi kesan yang besar kepada kepercayan yang berkait dengan budaya dan keyakinan yang berkait dengan agama.

Secara peribadi, saya juga menghargai setiap sokongan dan dorongan yang diberi. Saya cuba sebaik mungkin untuk singgah di semua blog-blog yang berkait dengan penghasilan dokumentari ini dan meninggalkan barang sebaris ucapan.

Masih banyak lagi blog yang tidak lagi saya terokai, namun insyaalah… sebagai menghargai sokongan -sokongan tersebut, saya akan cuba sebaik mungkin untuk singgah. Terima kasih dari akal dan hati saya yang paling jauh.

Sekadar menjawap beberapa persoalan teman yang memberi komentar tentang promo Alexander Bukan Zulkarnain yang dianggap “usaha produksi untuk melepaskan batuk di tangga”,  “malas berfikir” dan “aku tak percaya kau boleh hasilkan promo yang macam tu…”, izinkan saya menjawap bahawa – promo Alexander Bukan Zulkarnain dihasilkan oleh pihak ASTRO sendiri dan pihak produksi tidak terlibat secara langsung. Kami di FM Production menyedari hakikat itu. Terima kasih atas keperihatinan.

Revolusi itu telah bermula!

4 Respons to “Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (8)”

  1. bucungdotcom Says:

    bro, mano nak dapek t-shirt ni. lawa gak

  2. Bro, limited edition la. Kalau ada confirm gua ingat kat lu…

  3. Salam,

    Bro, kalau t-shirt ni ada jual utk umum, aku pun nak satu.

    Secara jujurnya, sejak beberapa minggu kebelakangan ni selepas Alexander bukan Zulkarnain disiarkan, aku byk mencari artikel2 berkaitan Alexander & Cyrus untuk dibaca dan membuat perbandingan. Cuma artikel mengenai Raja Himyar tu je blum jumpa. Rasanya, setakat ni belum ada lagi episod yang menyebut dimana mungkin letaknya “Laut Berlumpur Hitam” seperti yang tersebut dalam surah al-Kahfi. InsyaAllah aku akan tunggu episod seterusnya.

    BTW, thanks singgah ke blog aku semalam.

  4. Azharzul,
    Maaf, t-shirt tu buakn untuk dijual. Sekadar ingatan pada krew penerbitan sahaja.
    Tahniah kerana makin geram pada sejarah yang disalah tafsir. Tugas kita sekarang adalah untuk memperbetulkannya.
    Jangan lupa episod akhir jumaat ini. Saya berikan tafsiran terkini dimana lokasi tembok Yakjuj dan Makjuj serta analisis terkini dimana “laut berlumpur hitam” mengikut kepada analisis dimana tembok itu sebenarnya.

    Moga kita mendapat kebaikan darinya.
    p/s Take care isteri tu.. heheh. tahniah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: