Arkib untuk Februari, 2009

Blog Pilihan…

Posted in Buah Fikiran, Senyum Tangis 'Aku' on Februari 28, 2009 by syirfan

Salam…

Apakah blog pilihan anda? Blog yang anda nantikan entry baru saban hari? Blog yang anda telusuri setiap makna yang terukir oleh si penulis? Blog yang benar-benar berbekas pada diri anda? Blog yang mampu membuat anda seolah-olah berhenti bernafas?

Saya hendak kongsi sesuatu…

Saya secara tak sengaja (setelah menyelongkar blogroll “another blank page”) telah menemui sebuah blog yang cukup istimewa. Sebuah blog yang bukan bercakap tentang politik atau dunia artis. jauh hendak bercerita tentang konspirasi atau gosip terbaru.

Blog ini bercakap tentang hidup dan harapan.Blog yang memang saya nantikan setiap entry barunya dengan debar dan gusar.

Si penulis menulis apa yang dilaluinya saban hari. Bergelumang dengan harapan demi harapan, walaupun kadang kala saya rasa penulis sedar bahawa takdir sudah sedia tertulis sedemikian rupa. Namun semangat penulis benar-benar menyentuh hati saya yang sedar bahawa anak-anak adalah segalanya.

Kawan-kawan, telusurilah blog “fajar seluas angkasa” dan cuba fahamkan setiap air mata penulis. Kita akan sedar bahawa kita sudah cukup beruntung dan jika sudi, tinggalkanlah sepatah dua kata semangat.

Buat Amir Yusof – “Jika pakcik punya magic cure itu, pasti kaulah yang pertama akan pakcik beri. Bertahanlah sayang…” Tuhan, berilah mereka kekuatan…

*Kadang-kala terfikir, betapa jauh bezanya nilai blog orang lain berbanding dengan blog ini…

Advertisements

Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (17)

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Februari 24, 2009 by syirfan

Akhirnya “Alexander Bukan Zulkarnain” dicetak dan dirompak!!!

cetak-dan-rompak

cetak-dan-rompak21

cetak-dan-rompak31

Ingatkan buku, lagu, drama atau filem sahaja yang mengalami nasib sebegini… Entahlah, aku marah atau suka pun aku tak tahu…

Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (16)

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Februari 20, 2009 by syirfan

Dimaklumkan bahawa malam ini tiada siaran untuk “Alexander Bukan Zulkarnain”.

Untuk mengetahui waktu siaran ulangan, klik sini.

Kalau Khaca Menjadi Intan…

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on Februari 20, 2009 by syirfan

Ok lah…  entry ini aku dedikasikan pada semua yang terlibat dengan penerbitan teater “Nujum Pak Belalang”. Korang mesti ingat yang aku paling suka part lagu ini. Aku dera Suhaimi dan Puteri menyanyi berulang-ulang… hehehe

* “Sudah ketenung dan kupandang, makin ku renung makin sayang… Sudah ketenung dalam kitab, makin kurenung berdetup detap”… Oh menangkap!

“Ibu Kumbang” dan “Pak Belalang”…

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on Februari 18, 2009 by syirfan

Entry ini aku dedikasikan pada Emi (ibu kumbang) yang telah menumpahkan taat setia dan seluruh daya kreativitinya hingga teater “Nujum Pak Belalang” berjaya dipentaskan 10 tahun yang lalu…

Untuk Emi, saya sangat menghargai setiap kenangan bersama…

Malam Bulan Di Pagar Bintang

Posted in Kisah sebuah Istana, Senyum Tangis 'Aku' on Februari 18, 2009 by syirfan

Bila singgah di laman blog saudara Yus, aku tiba-tiba terkenang satu lagu yang memang jadi siulan aku masa kat universiti dulu. Lagu yang aku guna untuk mengurat awek yang kini dah jadi isteri dan ibu pada anak-anak aku.

Tapi kenangan yang hidup bersama lagu ini memang benar-benar mengusik dan menangkap.. adus, tiba-tiba jadi romantik…

– Rusdan: Masih ingat cerita disebalik lagu ini? hahahaha

Geng: Pengembaraan Bermula Feat Upin dan Ipin

Posted in Buah Fikiran, Senyum Tangis 'Aku' on Februari 18, 2009 by syirfan

Katalah dan pertikaikanlah apa sahaja. Gua tetap bagi 5 bintang!!!