Arkib untuk Februari 9, 2009

Alexander Bukan Zulkarnain : Mohon Pandangan

Posted in Uncategorized on Februari 9, 2009 by syirfan

Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (12)

Posted in Buah Fikiran, Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Februari 9, 2009 by syirfan

dsc_73111

Beberapa hari lalu sehingga hari ini laman blog ini dikunjungi oleh beberapa “rakan misteri” yang menyelongkar khazanah Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain.

Saya sangat gembira dengan kehadiran kalian semua. Besar hati saya jika kajian ini boleh ditambah nilai dan disembahkan dalam ruang ilmiah yang lain. Jika wujud kesilapan pada pemahaman atau idea kepada kajian/dokumentari ini, saya sedia untuk berbincang dan memperbetulkannya.

Kepada “adik-adik UiTM” atau adik-adik dari mana-mana menara gading yang menggunakan analisis ini untuk kertas kerja /tugasan / tesis atau seumpamanya, jika wujud kemusykilan atau masalah, saya sedia bertemu dengan adik-adik semua untuk membantu apa yang saya terdaya.

Moga kebaikan ini kita kongsi bersama.

Teringat pada kata seorang guru, “mahasiswa apabila berhadapan dengan ilmu, dia bukan seorang pesalah”

Politik yang makin kALuT…

Posted in Buah Fikiran on Februari 9, 2009 by syirfan

dsc_6632

Politik yang makin kalut…

Itulah yang sedang kita nikmati sekarang. Nafikan setimbun mana, namun realitinya begitu. Kritikan masyarakat kini bukan sahaja pada parti-parti tertentu, tetapi kepada semua kepala-kepala pemimpin yang makin lupa pada janji – “kami lakukan untuk rakyat”. Kini jelas benar “apa yang kami lakukan demi kuasa!”

Kembalilah pada asas perjuangan. Masyarakat kian muak. Loya dengan senario sebegini. Pada tika ekonomi dunia merudum, kita masih berbicara kerusi ini siapa yang punya. Ingat-ingatlah pada rakyat yang dibuang kerja. Ingatlah kini sudah ada rakyat yang mencuri untuk beri anak susu!

Adakah perlu terbentang di dada akhbar rakyat Malaysia mati tak makan baru nak berkata -” kami sedang berusaha!”

Carilah teori atau pendekatan politik yang sehebat mana pun. Kami sebagai rakyat tetap mencari pemimpin berasaskan pesan nenek moyang kami..

Pilih-pilih tempat mandi,

Pertama teluk, kedua pantai,

Pilih- pilih biar menjadi

Pertama elok, kedua pandai!

Politik kita memang makin kalut serta makin kolot!