Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (12)

dsc_73111

Beberapa hari lalu sehingga hari ini laman blog ini dikunjungi oleh beberapa “rakan misteri” yang menyelongkar khazanah Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain.

Saya sangat gembira dengan kehadiran kalian semua. Besar hati saya jika kajian ini boleh ditambah nilai dan disembahkan dalam ruang ilmiah yang lain. Jika wujud kesilapan pada pemahaman atau idea kepada kajian/dokumentari ini, saya sedia untuk berbincang dan memperbetulkannya.

Kepada “adik-adik UiTM” atau adik-adik dari mana-mana menara gading yang menggunakan analisis ini untuk kertas kerja /tugasan / tesis atau seumpamanya, jika wujud kemusykilan atau masalah, saya sedia bertemu dengan adik-adik semua untuk membantu apa yang saya terdaya.

Moga kebaikan ini kita kongsi bersama.

Teringat pada kata seorang guru, “mahasiswa apabila berhadapan dengan ilmu, dia bukan seorang pesalah”

6 Respons to “Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (12)”

  1. Salam, terima kasih atas komen anda pada blog saya. Dah nak last episode dah ? Saya banyak termiss sebenarnya. But I am really interested in watching your whole documentary.. Kat mana agaknya bole dapat copy of the documentary ? Thanks and congratulations for such a wonderful job you guys did!

  2. Dora,
    terima kasih atas sokongan. Dokumentari ini akan dikeluarkan dalam bentuk VCD. Kalau dah keluar nanti saya update. tq

  3. Salam.

    Tahniah atas siaran dokumentari yg menarik ini. Termiss bbrp episod. so saya akan menanti kemunculan VCD itu. Format DVD xnak buat sekali ke. Dan bila keluar nanti, adakah akan dijual di outlet tertentu shj atau mcm mana. Harap senang didapati.

  4. Yus..
    Kami sedang usahakannya menjadi realiti. Jgn lupa episod akhir malam ini. Terima kasih atas sokongan

  5. Zulkifli Noriman Says:

    Sebelum dokumentari ini ditayangkan saya sudah pun membaca buku mengenai Zulkarnain yang ditulis oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf dari bahagian pertama dan kedua ( 3 lelaki misteri dalam Al Quran ). Saya sangat tertarik dengan usaha anda semua dan mengucapkan syabas diatas kejayaan menghasil dokumentari yang sangat penting ini untuk panduan generasi muda islam kita pada hari ini. Memandangkan minat saya terhadap sejarah begitu mendalam terutamanya mengenai sejarah pemerintah atau pun pahlawan islam yang hebat pada zaman dulu, jadi semua episod dalam dokumentari ini dapat saya ikuti.

    Saya harap anda semua dapat meneruskan kajian atau pencarian mengenai sejarah pemerintah / pahlawan islam yang tidak disejarahkan oleh pihak barat seperti Salahudin Al Ayubi, Imaduddin Zanki, nurudin mahmud, Al Qutuz (Yang Mengalahkan tentera Mongol dlm peperangan Ain Jalut) dan yang lain-lain.

    Wasallam

  6. sauadara Zulkifli…
    Terima kasih atas keperihatinan. Moga ia bawa kebaikan. Kami memang dalam rangka untuk merealisasikan Salahudin Al Ayubi. Doalah ia berjaya. terima kasih atas cadangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: