Politik yang makin kALuT…

dsc_6632

Politik yang makin kalut…

Itulah yang sedang kita nikmati sekarang. Nafikan setimbun mana, namun realitinya begitu. Kritikan masyarakat kini bukan sahaja pada parti-parti tertentu, tetapi kepada semua kepala-kepala pemimpin yang makin lupa pada janji – “kami lakukan untuk rakyat”. Kini jelas benar “apa yang kami lakukan demi kuasa!”

Kembalilah pada asas perjuangan. Masyarakat kian muak. Loya dengan senario sebegini. Pada tika ekonomi dunia merudum, kita masih berbicara kerusi ini siapa yang punya. Ingat-ingatlah pada rakyat yang dibuang kerja. Ingatlah kini sudah ada rakyat yang mencuri untuk beri anak susu!

Adakah perlu terbentang di dada akhbar rakyat Malaysia mati tak makan baru nak berkata -” kami sedang berusaha!”

Carilah teori atau pendekatan politik yang sehebat mana pun. Kami sebagai rakyat tetap mencari pemimpin berasaskan pesan nenek moyang kami..

Pilih-pilih tempat mandi,

Pertama teluk, kedua pantai,

Pilih- pilih biar menjadi

Pertama elok, kedua pandai!

Politik kita memang makin kalut serta makin kolot!

6 Respons to “Politik yang makin kALuT…”

  1. Salam, Bang Syirfan

    Saya tak faham politik di Malaysia, tetapi saya rasa sama juga politik di Indonesia. Semua pemimpin sibuk mencari kuasa. Saling bertarung untuk memperebutkan posisi dan kekuasaan. Apalagi sekarang menjelang Pemilihan Presiden, para pemimpin menawarkan janji-janji manis, agar bisa merebut hati rakyat.

    Semogalah Malaysia dan Indonesia akan memiliki pemimpin yang elok di masa mendatang.

    Salam,

  2. Mbak,
    Senarionya hampir sama. Kuasa dikejar hingga lupa pada tanggungjawab. Iyer, moga kita di Nusantara di kurniakan pemimpin yang elok dan pandai. Terima kasih kerana singgah.

  3. Ulu Seperi hutan nan dara
    nasi ditanak segantang jagung
    Berbaring di jalan nak tunjuk wira
    si sepet ketawa bermain mahjong!

  4. sebaliktabir Says:

    Tergelak bila MB Terengganu cakap…
    Ada yang yang sanggup mati berbaring tengah jalan nak halang kenderaan, tapi baring tutup hidung sebab takut habuk masuk ! ahahahahahh… Rasanya kalau hantar diaorang pergi Palestin lari tak Israel???

  5. hehehe. sokong tu bro.

  6. itu namanya berani tak bertempat! hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: