Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (14)

Ilustrasi pembinaan tembok

Ilustrasi pembinaan tembok

Gembira dan kecewa.

Ada yang memuji tentang keberanian “Alexander Bukan Zulkarnain” untuk beritahu masyarakat Islam Malaysia di mana tembok Yakjuj dan Makjuj itu berada pada masa cerita di mana lokasi tembok ini hanyalah cerita mulut ke mulut dan kajian yang tidak pernah selesai. Saya terimanya dengan gembira.

Ada yang mengkritik kerana katanya fakta itu salah. Ada fakta-fakta lain yang tidak disampaikan. Saya terima komen itu dengan gembira.

Ada juga yang menyatakan, “ala, fakta tu boleh ambil dari wikipedia….”. Saya kecewa dengan komen itu…

9 Respons to “Alexander Bukan Zulkarnain : “Helah” Sang Penerbit (14)”

  1. salam.

    alhamdulillah berkesempatan tgk episod akhir waima 30jam terakhir jer (sbb berebut dgn anak🙂.. ). So kesimpulannya buat masa ini, secara ilmiahnya insan yg paling hampir dgn fakta2 mengenai Zulkarnain ni adalah Cyrus The Great (Raja Khorus Agung) lah yer.. Saya rasa dokumentari ini memberi ‘buah’ untuk difikirkan sendiri oleh pembaca dan tidak hanya bulat2 me’nyuap’kan fakta untuk ditelan. Saya rasa perlu membaca sedikit mengenai Zoroastura. Setahu saya ini asal usul agama Majusi (kafir). Tp Zulkarnain kan insan beriman? hmmm.. Apa2 pun, Terima kasih.

  2. Yus…
    Kalau perlu tontonlah ulangannya nanti.

    Saya setuju tentang Zoestor. Namun yang perlu kita fahami adalah Zulkarnain menyembah tuhan yang satu. Konsep Zoester juga menyembah tuhan yang satu. Bukankah Zoester juga salah satu agama samawi tetapi sayangnya diubah menjadi Majusi. Saya sempat berkenalan penganut Zoester di Iran. Mereka sudah tidak sembah api tetapi benda yang bercahaya. Bagi mereka api/ cahaya hanyalah falsafah. yang pasti sesuatu yang terang. KAlau ada maklumat, marilah berkongsi. salam

  3. nuraini binti abu bakar Says:

    saya tertari denagan kisah alander the great

    Terima kasih Nuraini. Segalanya hanya untuk kebaikan…

  4. syabas encik syifan..

    Terima kasih. Salam untuk kenalan di Sibu

  5. Salam Saudara,

    Pada pendapat saya, Cyrus the Great adalah Dzuqarnain tetapi ada mesej yang jauh lebih penting disebalik cerita Dzulqarnain. Allah ingin menunjukkan kita siapa itu Yajuj dan Majuj yangmana kaum ini tinggal disebalik tembok yang di bina Dzulqarnain. Banyak berpendapat yang tembok ini adalah the Daryall pass di Caucusus Mountain di utara Empire yang di kuasai oleh Cyrus iaitu the Archemid empire iaitu empire kuno Persia. Cyrus telah menakluki barat Persia, kemudian timur Persia dan kemudian ke utara di mana terletaknya the Caucusus Mountain Range. Jikalau benar ia bermakna bahawa Yajuj Majuj tinggal di utara the Caucusus Mountain, maka mengikut sejarah kaum yang tinggal diutara Caucusus Mountain adalah bangsa Khazar, dari kaum turkic yang sering berperang dan membuat rusuhan kepada kaum persekitaranya.

    Yang lebih penting adalah Bangsa Khazar ini sekitar tahun 700AD bertukar agama daripada menganut berhala kepada agama Judaism. Untuk lanjut googlelah khazar ataupun pergi ke website http://www.khazaria.com yang menjelaskan asal usul khazar judaism. Bangsa khazar ini adalah pengasas kepada ashkenazi jews yang berbeza daripada bani israel sepertimana yang termaktub didalam semua kitab yakni Quran, Injil dan Taurat. Jikalau benarlah bahawa Ashekenazi jew ini adalah yajuj dan majuj sepertimana yang tertera didalm Quran maka ia bermakna bahawa Yajuj dan Majuj kini menguasai Isrel keran 90% daripada jewry didunia ini adalah daripada Ashkenazi Jews dan mereka berkuasa di Israel dan bukannya bani Israel.

    Scary don’t you think. Mungkinkah kisah Dzulqarnain ini adalah penunjuk daripada Allah supaya kita dapat mencari dan mengenali siapa itu Yajuj Majuj.

    I have a story for you which is more intriguing than kisah Dzulqarnain. Please call me at 0122812213. It will make a very interesting story

  6. Sherryda Says:

    assalammualaikum..
    Kita semua tahu buku-buku karya dari Barat amat berat sebelah jika membabitkan Islam. Mereka akan mengubah-suai mengikut selera mereka. Cth: Nabi Isa A.S dikatakan anak Tuhan manakala Alexander dikatakan Anak Dewa Zeus & Dewa Ammon. Pada zaman sebelum kedatangan nabi Muhammad S.A.W, pengikut agama yahudi & nasrani yg dibawa oleh nabi2 sebelumnya digelar ahli kitab. Pada zaman itu arak masih belum diharamkan lagi dan Alexander bukan penyembah berhala dewa-dewi Athens. Beliau juga bukan gay seperti yg digambarkan org barat.
    Maaf jika saya silap, tujuan saya bukan ntuk menyinggung perasaan saudara, saya ingin syorkan saudara membaca buku Alexander adalah Zulkarnain karya Muhammad Alexander. Belia juga penulis Yakjuj & Makjuj Bencana di sebalik gunung. Insya’allah kita juga mungkin boleh berjumpa tembok yg dibina Alexander bg menghalang Yakjuj & Makjuj. Di dalamnya turut diceritakan siapa Socrates sebenarnya..beliau mungkin Luqman Al-hakim yang mati dihukum minum racun kerana menegegakkan kebenaran.

  7. Sherryda Says:

    Salam…saya harap saudara tidak terlalu terpengaruh dgn tulisan karya Afareez Abd Razak Al-hafiz -“Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain”. Satu penulisan yang agak bagus…tetapi penghuraian fakta sejarah boleh dikatakan kurang sempurna kerana berlandaskan pada sumber yang terhad, tidak seperti karya Muhamad Alexander – “Alexander Adalah Zulqarnain”, yang menggunakan 3 sumber teras utama iaitu Al-Quran dan Hadis, Kitab Bani Israel dan Sumber sejarah kuno dan moden. Jadi, bagi saya penulis sepatutnya memperbanyakkan lagi kajian apabila berhadapan dengan proses penyimpulan sesuatu fakta. Tambahan lagi, ketebalan penulisan yang terlalu nipis jika dibandingkan dengan penulisan Muhamad Alexander menjadi penyebab kepada keraguan sebilangan pembaca dalam mempercayai karya ini.
    Walaubagaimanapun, dlm buku ini dikata Cyrus the Great bukan Zulqarnain, dgn dua pertimbangan:
    1. fakta sejarah spt yg ditulis Herodotus Halicarnus (484-424SM), dlm buku The Histories, book I Clio, no.211bahwa Cyrus terbunuh dlm kempen perang di asia tengah. Cyrus dibunuh oleh Ratu Tomyres, ratu daripada bangsa Yakjuj Makjuj Scythian Massagetae. Berdasar fakta ini bagaimana seorang calon Zulqarnain dapat dikalahkan oleh Yakjuj Makjuj. Oleh itu Cyrus bukan Zulqarnain. (sila tengok laman 121-124 buku ni)
    2. Fakta Geografi, Kempen Cyrus menuju ke Barat menaklukkan kerajaan Lydia di Asia Minor (skrang Turki moden, di sebelah selatan Laut Hitam/Pontus Euxinus). Jika memang Laut Hitam itu adalah ‘ainin hammiah (mata air hitam berlumpur) maka Cyrus pasti tak dapat melihat matahari terbenam jika dia berdiri di sblh selatan laut hitam itu. Ini kerena Laut hitam berada pada 43 drajah U, sementara itu garis edar matahari paling utara adalah hanya sampai pada 23’5 drajah U, maka Siapapun tak dapat melihat matahari terbenam jika berdiri di selatan laut hitam itu. Cyrus boleh melihat matahari terbenam jika Cyrus berada di sebelah utara laut hitam, namun fakta sejarah membuktikan bahwa cyrus tidak pernah menginjakkan kaki hingga ke utara laut hitam. dan Memang Laut Hitam bukan mata air hitam berlumpur. (sila tengok buku ni laman 317-320, 371). Mata air hitam berumpur yang pernah ditemui oleh Zulqarnain ada di Mesir moden yang sekarang disebut “Qattara Depression” (mendapan Qattara) berkedalaman -134 m dari paras laut. lokasi ini pernah dijejak oleh Alexander the Great tahun 331 SM dalam kempen ke arah matahari terbenam (barat) bagi berdakwah kepada bangsa pagan kuil ammon di siwah oasisi.
    masih banyak lagi hujah ilmiah dlm buku ini yang membuktikan bahwa Cyrus the Great bukan Zulqarnain. Bacalah dulu baru beri kommen agar tidak jauh tersilap
    Wallahu’alam…

  8. Sherryla,
    Saya hanyalah penerbit dokumentari. Saya menerbitkan doku ini berasaskan persepsi semasa bahawa sejarah akan sentiasa berubah mengikut aliran masa dan kefahaman. Saya tidak memberi keputusan siapakan Zulkarnain itu. Saya merasakan tugas itu wajar dilunaskan oleh para sejarawan, ilmuan, saintis dan seumpamanya. Saya hanya membuka dimensi fikir dan analisis. Selebihnya saya serahkan kepada semua…

    Terima kasih atas segalanya…

  9. Salam

    Elok sekiranya ada usaha tuan untuk bertemu dengan saudara Muhammad Alexander penulis buku Alexander adalah Zulkarnain untuk menerbitkan dokumentari Alexander adalah Iskandar Zulkarnain.
    Saya percaya jika kita mampu mengungkap bahawa Alexander adalah Iskandar Zulkarnain ia adalah sejarah baru dalam dunia Islam yang mampu menyangkal pelbagai tuduhan dan tohmahan liar lagi sesat para orientalis barat dan kafir terhadap tokoh pahlawan agung ini. Insya Allah.
    Harap kerajaan Malaysia dan Indonesia boleh berganding bahu menerbitkan dokumentari agung tersebut kerana dunia Arab tidak berminat melakukannya sebaliknya menerima bulat-bulat persepsi buruk terhadap Alexander The Great. Oleh sebab itu selama-lamanya nama alexander tidak dapat dibersihkan oleh umat Islam. Wallahualam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: