Blog Pilihan…

Salam…

Apakah blog pilihan anda? Blog yang anda nantikan entry baru saban hari? Blog yang anda telusuri setiap makna yang terukir oleh si penulis? Blog yang benar-benar berbekas pada diri anda? Blog yang mampu membuat anda seolah-olah berhenti bernafas?

Saya hendak kongsi sesuatu…

Saya secara tak sengaja (setelah menyelongkar blogroll “another blank page”) telah menemui sebuah blog yang cukup istimewa. Sebuah blog yang bukan bercakap tentang politik atau dunia artis. jauh hendak bercerita tentang konspirasi atau gosip terbaru.

Blog ini bercakap tentang hidup dan harapan.Blog yang memang saya nantikan setiap entry barunya dengan debar dan gusar.

Si penulis menulis apa yang dilaluinya saban hari. Bergelumang dengan harapan demi harapan, walaupun kadang kala saya rasa penulis sedar bahawa takdir sudah sedia tertulis sedemikian rupa. Namun semangat penulis benar-benar menyentuh hati saya yang sedar bahawa anak-anak adalah segalanya.

Kawan-kawan, telusurilah blog “fajar seluas angkasa” dan cuba fahamkan setiap air mata penulis. Kita akan sedar bahawa kita sudah cukup beruntung dan jika sudi, tinggalkanlah sepatah dua kata semangat.

Buat Amir Yusof – “Jika pakcik punya magic cure itu, pasti kaulah yang pertama akan pakcik beri. Bertahanlah sayang…” Tuhan, berilah mereka kekuatan…

*Kadang-kala terfikir, betapa jauh bezanya nilai blog orang lain berbanding dengan blog ini…

11 Respons to “Blog Pilihan…”

  1. terima kasih kerana telah menyelitkan / mempromosikan blog saya.. hehe.. anyways, saudara fajar’s blog is my blog pilihan too.. semoga Allah SWT memberikan yang terbaik buat baby Amir Yusuf, InsyaAllah

  2. Setiap blog ada keistimewaan yang tersendiri.. Masing2 nak sampaikan pendapat masing2..

    Cuma yang membezakan ialah penyampaian yang kita selalu fikirkan (normal), dan yang kita tak selalu fikirkan.. kita alpa la maksudnya..

  3. saya suka….sedihnya baca…kisah mcm anak sy masa lahir dulu…cuma bezanya anak saya 4 bulan dlm NICU dan amir yusof belum keluar lagi walaupun dah 8 bulan…sedihnyaaaaaaa….

  4. tq for suggesting that blog (fajar’s). buat kita muhasabah diri juga.

  5. syirfan Says:

    Dora… hehehe. Promosi tu berbayar. boleh saya hantar bil sekarang. hehe. Anyway, marilah doa bersama baby Amir Yusof kembali sihat.

  6. syirfan Says:

    Khairuddin, setuju! Terima kasih kerana selalu singgah.

  7. syirfan Says:

    Oh yer Khairudin, bila nak minum sama? lama sudah tengok air tu tak diminum.. hehehe

  8. syirfan Says:

    Umimia…
    ketabahan u dan suami pasti akan buat anak hargai selamanya. Tahniah

  9. syirfan Says:

    Yus…
    Setiap pengalaman orang lain mungkin ilmu untuk kita. bersamlah kita menghayatinya.

  10. bucungdotcom Says:

    Bro,
    Melayari Blog Fajar seluas angkasa semacam menyaksikan satu kejadian di depan mata. Gaya penyampaian dari kisah sebenar yang begitu baik dan meruntun perasaan. Kengkorang jgn pulak lupa doa untuk baby Amir Yusuf dan keluarga dia ya

  11. syirfan Says:

    Rusdan…
    Hidup dan kehidupan, manusia dan kemanusian….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: