Arkib untuk Mac, 2009

Terima Kasih…

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on Mac 30, 2009 by syirfan

Lokasi : SMK Agama Sibu, Sarawak

img_3211

img_3208

img_3232

Terima kasih atas sokongan. Doa saya agar adik-adik semua berjaya!

Terima kasih sekali lagi.

Cinta – tidak semestinya bersatu!

Posted in Buah Fikiran, World Documentary on Mac 25, 2009 by syirfan

Cinta – tidak semestinya bersatu.

Pasti kita pernah mendengar / membaca ayat ini, namun sejauh mana realitinya?

img_3163

Di Sibu, aku bertemu dengan wanita istimewa ini. Ini pertemuan kali kedua kami.

Beliaulah wanita yang berjaya memikat hati Rosli Dhobi. Beliaulah yang banyak menyimpan rahsia hidup Rosli Dhobi.

Namun cinta mereka tidak berakhir di jinjang pelamin. Seperti yang diketahui, Rosli Dhobi mati digantung selepas berjaya dalam misinya untuk membunuh Gabenor British yang kedua Sir Duncan Steward.

Cinta mereka terhalang antara kehendak diri atau negara. Terhalang antara terjajah atau merdeka.

Cinta mereka terhalang kerana  kehidupan dan kematian.

Uniknya, sehingga hari ini – Hajjah Ani masih belum berkahwin. Cintanya pada Rosli dibawa hingga hari ini walaupun jasad Rosli telah lama dimamah bumi.

Inilah yang dikatakan, Cinta – tidak semestinya bersatu. Paling penting, sejauh mana menghargai insan yang pernah kita cintai.

Ada sesiapa yang punya cinta sedemikian?

lenalah tuan disana…

Posted in Buah Fikiran, World Documentary on Mac 24, 2009 by syirfan

Lokasi : Malam Pahlawan, Sibu Sarawak

img_3157

img_3158

img_3154

img_3151

Rosli Dhoby – Rakyat Sarawak pertama yang dihukum gantung sampai mati. Waktu itu, umurnya baru 17 tahun!

Selepas digantung pada 2 Mac 1950 bersama 3 lagi rakannya, mayatnya dikuburkan di dalam penjara. Hanya selepas beberapa siri permintaan, permohonan dan rayuan dari pihak keluarga, pada 1996 barulah kubur tokoh-tokoh ini dikeluarkan dari penjara dan dikuburkan sekali lagi dengan cara terhormat.

Rosli Dhoby – lenalah tuan disana. Al-Fatihah.

Pelangi…

Posted in Buah Fikiran on Mac 24, 2009 by syirfan

Telah kembali lewat malam tadi. Di sibu tak berkesempatan untuk mengemaskini blog.

img_3132

Di Sibu, hampir setiap hari aku dikurniakan untuk melihat pelangi… Tertanya juga, sangat beruntungkah aku yang melihat pelangi saban hari? atau…

img_3063

atau mungkin sepanjang kembara aku kali ini aku cuba mengkhatam dan menghadam buku Lasyar Pelangi – The Phenomenon yang dikirim oleh Ikram (PTS) beberapa hari yang lalu.

Apa pun, membaca Lasyar Pelangi – The Phenomenon sama asyiknya melihat pelangi. Hanya akal kuat berputar mengingatkan formula untuk menyusun warna-warna pelangi. Ada sesiapa yang ingat?

Terbang ke Sibu…

Posted in World Documentary on Mac 20, 2009 by syirfan

Sebentar lagi aku kembali terbang. Kali ini ke Sibu, Sarawak. Sekadar terbang untuk melengkapkan dokumentari “Rosly Dhobi” yang telah terkandas lebih dari setahun.

Dek kerana leka mencari Alexander (tokoh antarangsa), lupa pada Rosly Dhobi (tokoh tempatan). Namun cerita Rosly Dhobi tidak kurang hebatnya. Pada umur 16 tahun, beliau sudah bermimpi tentang kemerdekaan dan menyerahkan dirinya untuk negara. Siapa kita pada umur 16 tahun?

Kali ini, terbang ke Sibu turut bersama dengan tugasan lain. Aku akan menyampaikan ucapan kepada pelajar di SMK Agama Sibu. Permintaan yang dipohon ini tidak boleh aku elakkan. Maklumlah, ramai dari mereka adalah peminat “Alexander Bukan Zulkarnain”. heheheh. Tak sangka, aku ada peminat di Sibu.

Lama juga aku berfikir tentang isi ucapan yang nak disampaikan pada adik-adik di Sibu. Tapi peristiwa semalam membangkitkan idea. Setakat ini aku nak bercakap tentang – sejauh mana kita harus memahami diri dan sejarah. Menarik tak?

Jumpa di Sibu!

Sekadar teringat…

Posted in Uncategorized on Mac 19, 2009 by syirfan

*Sekadar teringat – Seroja!

seketika di dalam tren komuter…

Posted in Buah Fikiran, Senyum Tangis 'Aku' on Mac 19, 2009 by syirfan

Hari ini aku kembali menaiki tren komuter dari Serdang ke Shah Alam. Seperti juga biasa, tren komuter hadir lewat dan sentiasa tidak tepat pada masa.

Seperti biasa juga, pelbagai peristiwa, aksi dan watak boleh disaksikan. Ada yang memualkan, menjengkelkan, meloyakan, menjijikan, dan apa sahaja yang seumpamanya dengannya. Bangga dan gembira hanya hadir “kadang-kadang”.

Minggu ini ada sedikit perbezaan. Tren dipenuhi oleh pelajar-pelajar sekolah yang sedang menikmati cuti sekolah mereka. Pelbagai gaya. Silap-silap model antarabangsa pun boleh mengalir air mata.

Mereka ini hadir berkumpulan dan pastinya turun di perhentian Mid Valley. Oleh kerana mereka terlalu ramai, mereka mula rasa tren itu emak-bapak mereka yang punya. Bercakap kuat-kuat. Ketawa tak sedar diri. Di hujung tren sebelah kanan, mereka praktis menari walaupun tren itu sedia sempit.

Dihujung sebelah sana, mereka boleh praktis kawad kaki! Dah tak ada padang kawad agaknya. Kalau hebat sangat pun, agak-agaklah. Ini dalam tren komuter dik!

Ada juga yang hadir berpasangan. Pergh! bercinta sakan. Macam belangkas. Tak sedar nak belanja awek tu pakai duit emak bapak!

Aku yang berdiri ditengah-tengah tren jadi keliru. Aku yang jadi pening. Sekumpulan anak-anak muda di depan aku bertekak siapa yang wajar tersingkir minggu ini dalam Akademi Fantasi.

Yang kat belakang masih berbincang filem mana yang mesti mereka tonton sebentar lagi. “yang romen-romen ada tak? Upin dan Ipin cerita budak-budaklah…”

Orang-orang yang berumur sedikit dalam tren itu hanya mampu menggeleng kepala. Hanya berharap tren ini segera sampai ke perhentian yang sepatutnya.

Sampai di Mid Valley, semua mereka ini turun sambil ketawa gembira. “Eh, kita minum kat Starbuck dulu yer…”

Pada tika pintu tren tertutup dan suasana dalam tren kembali sunyi, aku tertanya sendiri – di mana mereka bila malam menjelang tiba?