seketika di dalam tren komuter…

Hari ini aku kembali menaiki tren komuter dari Serdang ke Shah Alam. Seperti juga biasa, tren komuter hadir lewat dan sentiasa tidak tepat pada masa.

Seperti biasa juga, pelbagai peristiwa, aksi dan watak boleh disaksikan. Ada yang memualkan, menjengkelkan, meloyakan, menjijikan, dan apa sahaja yang seumpamanya dengannya. Bangga dan gembira hanya hadir “kadang-kadang”.

Minggu ini ada sedikit perbezaan. Tren dipenuhi oleh pelajar-pelajar sekolah yang sedang menikmati cuti sekolah mereka. Pelbagai gaya. Silap-silap model antarabangsa pun boleh mengalir air mata.

Mereka ini hadir berkumpulan dan pastinya turun di perhentian Mid Valley. Oleh kerana mereka terlalu ramai, mereka mula rasa tren itu emak-bapak mereka yang punya. Bercakap kuat-kuat. Ketawa tak sedar diri. Di hujung tren sebelah kanan, mereka praktis menari walaupun tren itu sedia sempit.

Dihujung sebelah sana, mereka boleh praktis kawad kaki! Dah tak ada padang kawad agaknya. Kalau hebat sangat pun, agak-agaklah. Ini dalam tren komuter dik!

Ada juga yang hadir berpasangan. Pergh! bercinta sakan. Macam belangkas. Tak sedar nak belanja awek tu pakai duit emak bapak!

Aku yang berdiri ditengah-tengah tren jadi keliru. Aku yang jadi pening. Sekumpulan anak-anak muda di depan aku bertekak siapa yang wajar tersingkir minggu ini dalam Akademi Fantasi.

Yang kat belakang masih berbincang filem mana yang mesti mereka tonton sebentar lagi. “yang romen-romen ada tak? Upin dan Ipin cerita budak-budaklah…”

Orang-orang yang berumur sedikit dalam tren itu hanya mampu menggeleng kepala. Hanya berharap tren ini segera sampai ke perhentian yang sepatutnya.

Sampai di Mid Valley, semua mereka ini turun sambil ketawa gembira. “Eh, kita minum kat Starbuck dulu yer…”

Pada tika pintu tren tertutup dan suasana dalam tren kembali sunyi, aku tertanya sendiri – di mana mereka bila malam menjelang tiba?

7 Respons to “seketika di dalam tren komuter…”

  1. slalu buat2 tido je dlm tren.. trick elak kene ngorat.. kekeke.

    Liz,
    ada yang nak ngurat ker?hehehe

  2. salam,

    yer. kdg2 risau memikirkan masa depan & anak2.

    Yus, inilah cabarannya!

  3. sebaliktabir Says:

    ermmm… gementar tubuh…luruh jiwa… bagaimana mencari pemuda&pemudi harapan bangsa…moga zuriat & pewaris kita semua dijauhkan dari yang buruk-buruk dan kecelekaan..

    Mohon kita semua diberi taufik dan hidayah-Nya…

  4. siap shuffle dlm tren yer bebudak tu…bukan main…

    betul..cabaran kita besar dlm mencorakkan masa depan anak2…risau…

    Memang risau… Dah lah tentera hamba ada 3 orang. Rose tak pelah, ada 1 jer… hehehe

  5. bang, sbb ade la buat trick mcm tu.. hehehe.. tp kalo skg ni tgh2 buncit ni naik tren, takde la kot yg nk ngorat.. dh tentu bini org.. hahaha..

    hehehehe.

  6. kadang-kadang seronok melihat telatah orang dalam tren..heheheh.xksh la tren ape..

    Betul… pernah melihat telatah yang menjelikkan tak?

  7. ana afifah hakim Says:

    “keberanian” anak2 sekarang “menakutkan”…

    Betul. Menakutkan dan menggerunkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: