Cinta – tidak semestinya bersatu!

Cinta – tidak semestinya bersatu.

Pasti kita pernah mendengar / membaca ayat ini, namun sejauh mana realitinya?

img_3163

Di Sibu, aku bertemu dengan wanita istimewa ini. Ini pertemuan kali kedua kami.

Beliaulah wanita yang berjaya memikat hati Rosli Dhobi. Beliaulah yang banyak menyimpan rahsia hidup Rosli Dhobi.

Namun cinta mereka tidak berakhir di jinjang pelamin. Seperti yang diketahui, Rosli Dhobi mati digantung selepas berjaya dalam misinya untuk membunuh Gabenor British yang kedua Sir Duncan Steward.

Cinta mereka terhalang antara kehendak diri atau negara. Terhalang antara terjajah atau merdeka.

Cinta mereka terhalang kerana  kehidupan dan kematian.

Uniknya, sehingga hari ini – Hajjah Ani masih belum berkahwin. Cintanya pada Rosli dibawa hingga hari ini walaupun jasad Rosli telah lama dimamah bumi.

Inilah yang dikatakan, Cinta – tidak semestinya bersatu. Paling penting, sejauh mana menghargai insan yang pernah kita cintai.

Ada sesiapa yang punya cinta sedemikian?

14 Respons to “Cinta – tidak semestinya bersatu!”

  1. sebaliktabir Says:

    Namun cintanya bersemadi di hati… 🙂

    Hehehe. power ayat.

  2. kebykn kita cuma menghargainya bila yg dicintai sudah tiada.. bile di depan mata, kita lupa untuk menghargainya..

    Sokong! ada pengalaman ker? hehehe. moga semuanya sukses yer..

  3. 001beautifulcrazy Says:

    Ada tak pix masa muda … mesti dia cantikkan… kan.. kan…

    Tak ada pic masa muda. dah kena rampas kat British. Tapi confirm cantik.

  4. bucungdotcom Says:

    ada.. saya la.

    betuk ker? ahhak

  5. ayat ayat cinta🙂 nanti minta email ya. ada perkara yang ingin dipersoalkan. my email lyricaldj@yahoo.com . terima kasih🙂

  6. Sukar nak jmpa cinta begitu di zaman moden ni. Kebanyakan skrg cinta materialistik. Sbb realitinya skrg tiada duit semua xjadi.

    Betul, betul… Tapi saya kira cinta aia pasti tulus kan..

  7. kasihfieha Says:

    hmmmm….cinta ..cinta…cinta! Bersatu kita kerana cinta,berpisah juga kerana cinta Jadi apa bezanya bersatu atau berpisah…kerna cinta itu tetap ada…

    power nyer falsafah… heheheh. selamat bercinta. bila nak kahwin? hehehe

  8. B.A.Dhoby Says:

    Assalamualaikum Sdra. Syirfan,

    Saya bagi pihak keluarga Arwah Rosli Dhoby ingin mengucapkan terima kasih diatas usaha sdra untuk membangkitkan sejarah pejuang kemerdekaan orang KITA. Semoga anak anak yang lahir selepas merdeka dapat mengetahui bepata sukarnya orang KITA berjuang demi untuk AGAMA, BANGSA & TANAH AIR. Syabas dan Tahniah ///

    Salam
    Terima kasih kembali. Kepedihan tuan sekelurga mengharung tekanans ejarah dan persepsi lebih menyakitkan. Moga usaha sedikit ini membuka ruang baru yang lebih besar. Tq

  9. ‘Cinta tak semestinya bersatu’…aduh!! rasa macam kena je dgn saya.
    walaupun tak ditakdirkan bersama, tetapi si dia tetap menjadi pojaan hatiku…saya minat sangat lagu Dealova, cuba awak hayati liriknya..
    ada awak ingat kat sape-sape???

    cinta sememangnya begitu….

  10. Inilah cinta yg abadi.

    macam cerita Titanic.

    Rosli Dhoby meninggal sebagai pejuang di usia 17 tahun.

    di mana kita di usia tersebut??

  11. saya baru berfikir, mcm mana rupa Hajjah Ani semasa muda, adakah dia chantek seperti pelakon perempuan dalam cerita Warkah Terakhir? tapi nasib tak menyebelahi diri, British sudah ambil gambar-gambarnya. jahat la! hehe. apalah nasib ni. tapi tak mengapa. teringin sungguh hendak berjumpa dengan Hajjah Ani. InsyaAllah. saudara Syirfan, tahu kah dimana boleh saya mencari salinan surat-surat yang pernah ditulis oleh RD?🙂

    Aleen,
    Hubungi saya di syirfan@fmp.com.my saya bantu dapatkannya…

  12. ermm… sdeh nyer…..insyaallah.one day nanti akan bertemu di tempat yang indah nanti……….amin~~~~~~~~~

  13. sedihnya… betapa perit nya nak di tanggung orang yang disayang hilang lenyap di depan mata. mungkin keberanian dan pengorbanan rosli dhobi yang menyebabkan wanita ni merasakan tiada gantinya rosli di hatinya… kan? namun keperitan yangditangung bukanlah mudah..

  14. Miss,
    benarkan Cinta tak semestinya bersatu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: