Arkib untuk April, 2009

Harga ayam naik lagi…

Posted in Buah Fikiran on April 28, 2009 by syirfan

ayam

Harga ayam seluruh negara mencatatkan kenaikan antara 40 sen dan 60 sen mulai hari ini. (klik sini)

Antara yang menarik ialah kenyataan Pengerusi Unit Ayam Daging FLFAM Kwei Yew Tong yang menyatakan  faktor kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berdasarkan faktor cuaca panas ketika ini yang turut menjejaskan pembiakan ayam.

“Jika cuaca panas, pembiakan ayam serta penghasilan telur ayam juga akan terjejas tetapi jika cuaca hujan, ia mampu mengalakkan pembiakan ayam,”

Aku tak tahu pulak pembiakan ayam bergantung pada cuaca. Macam manusia pulak kan… hehehe

“Oh ayam, membiaklah banyak-banyak supaya kami masih boleh membeli ayam dengan harga yang murah…” hehehe

Kunci…

Posted in Buah Fikiran on April 28, 2009 by syirfan

Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya – dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yg salah!! (Hmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! )

*Ceduk dari lawak-lawak yang bersepah di internet. Sekadar membuang masa. Namun mesejnya tetap ada!

Apa itu Kreatif?

Posted in Senyum Tangis 'Aku', World Documentary on April 28, 2009 by syirfan

creative2

Kita sering melemparkan pujian pada “si anu” dan “si polan” – “dia tu kreatif lah!”.

Persoalannya, apa itu kreatif? Apa kayu ukur yang boleh kita katakan si anu itu kreatif dan si polan yang ini kurang kreatif? Sejauh mana kita melihat dan menilai sebuah idea, tindakan waima adi karya atau magnum opus  seseorang itu layak kita beri pujian atas nilai kreativitinya?

Ia mungkin satu pelarian bila saya beri jawapan – kreatif itu ialah mempunyai kebolehan mencipta, menghasil, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Jawapan itu boleh boleh saya petik dari Kamus Dewan yang pasti memberi definasi yang sungguh holistik.

Namun bila dikecilkan dan lebih fokus, jawapan itu kian meragukan. Ia masih tidak boleh menjawap persoalan lain yang berlegar dalam skop industri kreatif yang bertolak dari ketajaman intelektual, idea, orentasi dan landas pemikiran

Ini berlaku kerana nilai kreatif itu agak “mistikal” sifatnya. Ruang masa juga boleh mengubah nilai kreatif itu. Ia terlalu subjektif. Lantas, bagaimana kreatif itu dinilai? Rating, glamour, keuntungan yang bersifat kewangan atau sekadar pujian?

Malangnya, saya berkerja dan menyara keluarga saya dalam industri yang memohon nilai kreatif yang tinggi, namun saya tidak boleh memberi jawapan pada persoalan mudah teman yang baru saya kenali di dalam gerabak Komuter awal pagi tadi – “apa itu kreatif dari sudut pandang seorang penerbit seperti awak?” 

Diam. Gerabak meluncur laju.

 

 

Siapa yang berada disisi…

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain, Senyum Tangis 'Aku', World Documentary on April 27, 2009 by syirfan
Di tengah-tengah padang pasir Libya. Bersama kawan-kawan yang berusaha merealisasikan "Alexander Bukan Zulkarnain".

Di tengah-tengah padang pasir Libya. Bersama kawan-kawan yang berusaha merealisasikan "Alexander Bukan Zulkarnain".

Dimana kita berada bukanlah terlalu penting…

yang penting adalah, siapa yang berada disisi kita…

Sushi Haram?

Posted in Buah Fikiran on April 27, 2009 by syirfan

sushi

Keenakkan sushi yang bersalut rumpai laut berkualiti, kini menjadi idaman masyarakat Malaysia termasuk “orang melayu Islam”.

Persoalannya, adakah makanan tersebut halal?

Makanan Jepun yang menggunakan mirin dan sake sebagai sos dan sos celup ditegaskan HARAM.

Ulasan dan hujahnya merujuk kepada kedua-dua bahan tersebut diproses untuk dijadikan sebagai arak.

Maklumat lanjut, rujuk Al-Islam bulan Mei. Pertimbangkan.

*Lepas ni, boleh kita makan sushi bercelup kicap kipas udang?.. hehehe

Lukisan Zaman

Posted in Buah Fikiran, Senyum Tangis 'Aku' on April 24, 2009 by syirfan

LUKISAN ZAMAN

Berdiri di tebing kebesaran-Mu
ada air hujan
melukis lanskap sepi
di sini
sungai kehidupan yang kendur
menunda kemelut zaman
ke muara,
sesekali kita harus kembali
menyatukan keyakinan
dengan hakikat waktu
atau membancuh nilai peribadi
dan kekalutan ini
dengan warna keimanan yang kental,
sewaktu-waktunya
kita juga harus pandai meletak diri
antara sejuta garis yang menyilang
di kanvas alam-Nya
kerana kitalah
yang diamanahkan
menyiapkan lukisan ini
sebelum ia terpamer
di rumah keadilan
pada tahun yang lain

AWANG ABDULLAH

 

*** Sekadar puisi lama yang tiba-tiba baru dihati ku malam ini…

Aku terperangkap …

Posted in Buah Fikiran, Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain, Senyum Tangis 'Aku', World Documentary on April 23, 2009 by syirfan

img_05791

Pada mulanya, aku terperangkap dengan perspektif.  Kemudian aku terperangkap dengan isu. Tidak lama kemudiaan, aku terperangkap dengan masa. Tidak lama kemudian, budget pula memerangkap aku. Tidak lama selepas itu, aku kembali terperangkap dengan hujah. Idea juga mahu memerangkap aku. Menyusul, kekuatan diri pula cuba memerangkap. Peperangan juga mencuba nasib untuk memerangkap aku. Kemudian, kepercayaan dan disusuli dengan rasa rendah diri pula memerangkap diri. Kepercayaan dan keyakinan pula menambah derita dengan cuba juga memerangkap aku. Semua bagaikan mahu dan cuba memerangkap aku.

Selepas selesai semuanya, baru aku sedar – aku telah sedia terperangkap dalam SEJARAH!