… dah mati

Di ofis aku, ada seekor ikan laga yang sangat glamour. Ikan ini pernah terlibat menjadi pelakon tambahan dalam dokumentari Kisah Ina: Balada Gadis HIV. Untuk makluman tentang dokumentari ini, klik sini.

Ikan laga ini telah mendiami meja aku hampir 2 tahun. Survival ikan ini memang sangat teruji dan dipuji. Pada tika ikan-ikan peliharaan di ofis lebih awal terapung kaku, si ikan laga terus meriah berpesta bersendiri dalam bekas kaca kecil di atas meja kerja aku.

Ikan laga inilah yang sering aku sinonimkan dengan perjuangan dalam penerbitkan dokumentari. Biar pun sendiri, kelangsungan perjuangan ini harus diteruskan.

2 hari lepas aku dikejutkan dengan kakunya si ikan laga. Terapung. Si ikan laga dah mati!

Kini bekas kaca itu kosong walaupun masih setia di atas meja kerja aku. Tiba-tiba terasa ikan laga telah tiada. Batu-batu hiasan nampaknya sudah tiada makna.

Adakah perlu cari pengganti atau biarkan kosong begitu – sebagai tanda bahawa dalam karier aku, pernah ada seekor ikan laga yang pernah membawa aku di puncak pujian…

  • Teringat ina – watak utama dokumentari ini. Adakah masih terkangkang, melacur diri di lorong sempit… atau telah kembali ke pangkuan-Nya.

8 Respons to “… dah mati”

  1. sebaliktabir Says:

    Mulakan dengan yang baru.
    Semoga terangkat lagi ke satu puncak.
    Harapnya watak itu kembali ke jalanNYA sebelum pulang ke pangkuanNYA.

  2. 001beautifulcrazy Says:

    Dah mati!!!!!!!… dia lebih survive daripada ikan saya.. walaupun sudah diberi mak angkat (cleaner) mereka tetap mati… ingat nak bela monyet ajalah…

  3. aduhai ikan laga, kecundang jua kau akhirnya….
    abang tak bg makan ker nih…. adusssss… tu la… pegi wat alexander tinggalkan dia sekor sekor… lain kali kene bawak skali… merajuk dah tuh…. huwaaaaaaaaa….

  4. aduhai…
    kesian ikan karing tu(kalu org kedah cakap)…
    kasih sayang yang abg bg pada ikan tu akhirnya…MATI…huhuh…
    tp kalu ina bela ikan,jap jer mati…hahahahaha…
    kire abg leh tahan lama gak ler…
    xper la…next time abg bela buaya lak ea…
    hahahahahaha…..

  5. kasihfieha Says:

    HAha..rasanyer baik bela diri sendiri….maklimlah dah gawat ni!

  6. 001beautifulcrazy Says:

    Azharrrrrrrrrrrrrrr….. dah takdir ..ikan emas tu mati… kekekekeke

  7. takziah..

  8. bela ikan kelisa plak kali nih!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: