Apa Kata aku Tukar Kerjaya?

Apa kata aku tukar kerjaya…

Bukanlah aku menyatakan bahawa aku benci pada kerjaya aku sekarang. Aku cukup senang  dengan apa yang aku perolehi dan capai hingga entry ini ditaip.

Secara jujurnya, aku merasakan aku telah mencapai tahap baru dalam kerjaya yang aku ceburi sekarang. Pastinya banyak lagi yang perlu aku terokai, namun tahap hari ini bolehlah aku sendiri katakan – tahap yang membanggakan.

Hanya seminggu dua ini aku mula berangan pada kerjaya yang lain.

Apa kata kalau aku join politik secara serius? Bukan sekadar  menyindir atau memperkatakan sesuatu isu dalam konteks yang kecil, tetapi dalam medium yang lebih jelas, terarah, menyeluruh dan menghasilkan impak yang jauh lebih besar.

Pengalaman aku sebagai wartawan, penulis skrip, penyelidik, penerbit, pengarah, dan pengurus editorial/content mungkin boleh membantu.

Maksudnya bukanlah sekadar masuk tetapi terlibat secara langsung. Aku jadi Setiausaha Akhbar Menteri ke, Pegawai Khas Menteri ke atau seumpamanya? Tapi setakat ini tak adalah tawaran atau aku menawarkan diri pada menteri-menteri baru ini. Sekadar meluahkan idea…

Apa komen kawan-kawan semua?

15 Respons to “Apa Kata aku Tukar Kerjaya?”

  1. sesuai…setiausaha akhbar menteri…paling elok kalau dapat duduk bawah kesenian warisan apa tuh kan…try ah

    Umimia..
    kena try ker? hahahaha. Ingat layak jadi director Jentayu ajer

  2. zahar adnan Says:

    bakat sudah ada…
    kebarangkalian nk dpt tu mmg senang…tp kne cr kaki yg bagus…
    br sama2 naik ngan menteri tu…
    sy pun suka ngan politik ni…hehehehe…
    tp permasalahan yg timbul skrg….
    adakah abg akan dilepaskan dr genggaman bos…
    abg kn di umpamakan ‘anak emas’…hehehehehehe…
    tp kalu dpt tu…ambik la sy sama…hehehehehe…

    anak emas? hahahaha. biarr betul

  3. kasihfieha Says:

    sudah sampai masanya !

    mmmmmmmm.. lama berfikir nie.. mmmmmm

  4. KJ @Rembau Says:

    1.Jaya sedang Menunggu..he..he (Tanggang)

  5. KJ @Rembau Says:

    1.Jaya sedang Menunggu..he..he (Tanggang)
    elok la brenti

    nak berhenti, kojo apo boleh den buek? hahaha

  6. jesselane Says:

    menggelengkan kepala.
    ermm ….
    hehehe ….

    saya pun menggeleng kepala sendiri.. hehehe

  7. tok rais tunggu kau tu..pi offer cepat… ke jelobak ke jelobu

    adus bro..

  8. seribulan Says:

    ermmm..bagus! bila diri rasa sudah bersedia utk ke tahap yang lebih
    tinggi, apa lagi yang difikirkan..ayuh! mulakan langkah seterusnya.

    seribulan,
    nak mula, tapi masih berkira-kira… terima kasih kerana singgah

  9. 001beautifulcrazy Says:

    Benih yang baik kalau dicampak ke tanah jadi gunung, kalau ke laut jadi pulau.. ahaks…renung-renungkan dan selamat beramal…

    tambah sikit… dicampak ke langit menjadi kejora.. hahahah

  10. ya betul zaidi, saya sokong!! klu rasa da bersedia…
    apa tunggu lagi..mulakan langkah seterusnyer…

  11. ibukumbang Says:

    yup.. sesuwei sangat.. Emi penah keje ngan abang syirfan masa zaman kanak2 rebina dulu. saya rasa sgt rugi kalu abang syirfan tak gunakan bakat yang ada.. semoga berjaya..

    adus… malu hamba…

  12. sesuai……tp mcm biasa le ayat wajip org melayu….
    “dah kaya nti jgn lupa kat den tau….kot2 mana la tahu dpt den tanah se ekar dua ke…den skrg nie ado tanah utk pancakkan dua tiang tu je…..”
    Jgn maree ya….

    sabrina, angan angan ajer tu… terima kasih kerana singgah

  13. bucungdotcom Says:

    Join politik bagus, tapi tu la challenge paling besar kot bertujuan nak troubleshoot politik. Recommended after 40

  14. Salam…

    Kalau anda serius…
    Sekali anda masuk ke dunia ini, anda tidak boleh putar semula hidup anda seperti sebelumnya…
    Dunia ini ada 2 laluan iaitu antara jalan yang putih atau hitam
    Pilihlah yang mana terbaik…
    Pendapat saya, lebih baik saya jadi orang biasa saja…
    Saya lebih suka lihat anda seperti dulu kini dan selamanya…🙂

  15. Hi, cool post. I have been wondering about this topic,so thanks for blogging. I’ll probably be subscribing to your posts. Keep up the good posts

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: