Tahniah dik…

Dua bulan lepas aku dikunjungi oleh sekumpulan pelajar UiTM yang mohon bantuan. Mereka dalam proses untuk menerbitkan (konon-kononnya) sebuah program TV. Ini adalah projek yang mesti mereka laksanakan untuk tujuan mata pelajaran mereka di universiti.

Walaupun (konon-konon), tapi mereka masih terpaksa menerbitkan sebuah program berdurasi 30 minit untuk terbitan TV. Ini termasuklah melayan segala karenah kreatif produksi dan melayan karenah aku sebagai mentor projek ini.

Selepas presentation pertama mereka yang aku reject secara kejam, mereka sangat sabar melayan setiap perubahan dan idea-idea baru yang aku timbulkan saban masa mereka bertemu dengan aku.

Teori dan falsafah baru dalam penerbitan dokumentari tiba-tiba jadi pelik bagi mereka walaupun telah menghadam semuanya di dalam kuliah. Dik, inilah realitinya!

Walaupun sangat baru dan sangat terperanjat dengan dunia realiti kewartawanan yang sebenar, mereka gigih dan tabah walaupun terpaksa menukar talent selepas penggambaran bermula.

Semalam mereka membawa khabar gembira. Projek mereka diumumkan sebagai projek penerbitan TV terbaik semester ini. Syukur, tak sia-sia segala penat lelah yang mereka terima.

Untuk semua adik-adik yang terlibat, tahniah. Anda semua memang layan menerimanya dan selamat datang dalam realiti yang sebenar!

* Entry ini saja aku buat sebab aku tahu mereka adalah pembaca misteri blog ini. Aku tinggalkan satu soalan pada mereka – bila nak belanja abang makan lah?

2 Respons to “Tahniah dik…”

  1. sebaliktabir Says:

    Abg punya idea memang selalunya yang sukar dijangka…dan selalunya itulah yang akan membuatkan orang teruja. Hah! teringat sesuatu waktu dulu…. “tayangan kontroversi” Senario The Movie…last2 orang terima juga.
    Nyai mana?

  2. ibukumbang Says:

    Eleh… sebenarnya abg syirfan nak letak soklan tu kat atas skalikan? tahniah untuk dorang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: