Apa itu Kreatif?

creative2

Kita sering melemparkan pujian pada “si anu” dan “si polan” – “dia tu kreatif lah!”.

Persoalannya, apa itu kreatif? Apa kayu ukur yang boleh kita katakan si anu itu kreatif dan si polan yang ini kurang kreatif? Sejauh mana kita melihat dan menilai sebuah idea, tindakan waima adi karya atau magnum opus  seseorang itu layak kita beri pujian atas nilai kreativitinya?

Ia mungkin satu pelarian bila saya beri jawapan – kreatif itu ialah mempunyai kebolehan mencipta, menghasil, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Jawapan itu boleh boleh saya petik dari Kamus Dewan yang pasti memberi definasi yang sungguh holistik.

Namun bila dikecilkan dan lebih fokus, jawapan itu kian meragukan. Ia masih tidak boleh menjawap persoalan lain yang berlegar dalam skop industri kreatif yang bertolak dari ketajaman intelektual, idea, orentasi dan landas pemikiran

Ini berlaku kerana nilai kreatif itu agak “mistikal” sifatnya. Ruang masa juga boleh mengubah nilai kreatif itu. Ia terlalu subjektif. Lantas, bagaimana kreatif itu dinilai? Rating, glamour, keuntungan yang bersifat kewangan atau sekadar pujian?

Malangnya, saya berkerja dan menyara keluarga saya dalam industri yang memohon nilai kreatif yang tinggi, namun saya tidak boleh memberi jawapan pada persoalan mudah teman yang baru saya kenali di dalam gerabak Komuter awal pagi tadi – “apa itu kreatif dari sudut pandang seorang penerbit seperti awak?” 

Diam. Gerabak meluncur laju.

 

 

6 Respons to “Apa itu Kreatif?”

  1. amirul mukminin Says:

    saya harap pihak tuan dapat memaparkan maksud dengan lebih khusus lagi tentang apa itu maksud kreatif. tq

  2. serius….apa yg di papar kan x cukup ..terlalu pendek penjelasan ttg kreatif

  3. tgh bt asiment 2…lain kali bt plak pasal apa itu pmikiran kreatif k…🙂

  4. kreatif????…..

  5. oo..bru sya tw ygif itu. kreatif nie perlu ada pda dri tiap mnusia untuk mlahirkn daya kreat

    Adep,

    Ya, elemen kreatif itu harus tumbuh dari dalam. Kita semua punya elemen itu antara sedar atau tidak.

  6. Salaam…
    Sekadar perkongsian pandangan (secara peribadi). Dalam isu ini, kita bekukan seketika definisi kreatif secara teorinya berdasarkan pandangan ahli falsafah seni.

    Berbicara soal apa itu ‘kreatif’ saya fikir subjektif sifatnya lantaran luas cakupannya. Kreatif dari aspek apa? Penilaiannya pula berdasarkan kriteria yang bagaimana? Apakah label ‘kreatif’ ini hanya boleh digunapakai oleh golongan bekerjaya atau terbatas pada mereka yang berlatarbelakang bidang senilukis dan senireka? Bagaimana pula dengan golongan surirumah yang menumpukan sepenuh perhatian menguruskan tugasan harian (mengasuh anak, memasak, mengemas dan sebagainya)? Bagi surirumah yang berfikiran kreatif, kelebihan tersebut pasti diaplikasi dalam kehidupan seharian…cara mereka berfikir untuk “melekakan” anak-anak, cara mempelbagaikan masakan/ menghias hidangan untuk menarik perhatian anak-anak yang tiada/kurang berselera menjadi lebih berselera, serta cara menampilkan kelainan dalam gubahan di sudut ruang tamu, bilik tidur, halaman agar rumah kelihatan indah dan ceria. Ini semua boleh dianggap sebagai kreatif…termasuk dalam lingkungan nilai kreatif yang luas cakupannya. Tidak perlu modal yang besar untuk bergelar atau dilabelkan sebagai ‘kreatif’. Mereka yang punya idea kreatif umpamanya mampu mencipta sesuatu yang baru, mengubahsuai apa yang sedia ada dan sebagainya sehinggakan apabila “tiada rotan akar pun berguna.” Daya kreativiti ini sudah tentunya lahir dari pemikiran yang kritis.

    Bagi saya sendiri yang pernah bergelar guru pendidikan seni visual, istilah kreatif ini lebih merujuk kepada daya kreativiti murid dalam menghasilkan olahan idea. Secara mudahnya, lukiskan rupa bulat di papan putih dan minta murid-murid melakarkan apa jua bentuk objek berdasarkan rupa bulat tadi. Setiap murid akan menghasilkan bentuk yang berbeza. Mungkin ada di antara mereka menghasilkan objek yang sama, namun berbeza lakarannya. Bentuk bola walaupun bulat tetapi dihasilkan lain jenisnya oleh murid A dengan murid B atau C. Jumlah penghasilan juga pasti berbeza…ada yang hanya mampu melakarkan 3, 5, 9, 15 atau mungkin ada yang masih menggerakkan jari jemarinya menghasilkan lakaran tatkala guru menamatkan sesi pembelajaran.

    “Kreatif” 1 patah perkataan dengan 2 suku kata. Satu istilah tetapi mempunyai tafsiran yang berbeza. Nak mengaitkannya dengan satu-satu perkara pula berangkai-rangkai sehingga saya memutuskan untuk berhenti dari memetik huruf-huruf pada papan kekunci. Sehingga ke akhir catatan, saya juga sukar untuk menemukan takrifan “kreatif.” Justeru, kesimpulannya…tiada limitasi dalam melabelkan kreatif.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: