Arkib untuk Mei, 2009

Bermula!

Posted in Dokumentari : Madrasah Salasilah Rasulullah, Senyum Tangis 'Aku' on Mei 31, 2009 by syirfan

 

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengetahui… saya meninggalkan rumah cinta ini untuk sebuah kembara…

Rosli Dhoby : Cerita Penerbit 5

Posted in Dokumentari : Rosli Dhobi, Senyum Tangis 'Aku' on Mei 31, 2009 by syirfan

Bila kita mengucapkan ” Aku sayang kamu atau aku cinta kamu…”. sejauh mana atau sedalam mana makna pada bait kata yang diucapkan?.

Adakah maknanya “cinta”?

Untungnya aku bila  cuba mendokumentasikan Rosli Dhoby, aku ketemu satu elemen ‘cinta’ yang  boleh dikatakan tuntas. Inilah yang menzahirkan makna ” Aku sayang kamu atau aku cinta kamu…” secukupnya.

Rosli Dhoby yang kita ketahui meninggal dunia pada umur 17 tahun. Dialah pejuang paling muda di Sarawak. Namun, dia juga manusia biasa. Dia juga jatuh cinta.

Cintanya berbalas. Wanita itu diberi nama Ani bt Ali. Cinta mereka diranumkan dengan surat dan jelingan. Namun, ia cukup bermakna.

Apabila Rosli Dhoby ditangkap dan dihukum gantung sampai mati, Ani Ali masih terlalu muda waktu itu. Namun hatinya hanya pada Rosli.

Itu yang dia pilih. Itu yang dia cinta. Hanya seorang, tiada lain.

Buktinya….

IMG_3163

sehingga kini, Ani bt Ali masih belum berkahwin… Adakah itu tandanya ‘cinta’?

Aku sangat bernasib baik kerana dipermudahkan untuk bertemu, bercerita dan menganalisis rasa Ani Ali atau kini dikenali sebagai Hajah Ani Ali.

Ini adalah pendedahan pertama di televisyen Malaysia! Cerita sejarah dari watak yang masih hidup tentang Rosli Dhoby.

Nantikan rentetan kisah cinta seorang pejuang muda di Astro Prima – 7 Julai ini…

Produk Terbaru Kami : Madrasah Salasilah Rasulullah

Posted in Dokumentari : Madrasah Salasilah Rasulullah on Mei 31, 2009 by syirfan

Premisnya mudah:

1. Menafikan bahawa madrasah Islam bukan tempat melahirkan pengganas!

2. Pendidikan Islam bukan pendidikan lapok!

3. Islam itu cantik dan sempurna!

Ramadhan ini, pastinya di ASTRO OASIS, akan muncul kelainan. Tiada lagi kembara (jalan-jalan cari makan dan sejarah). Pasti muncul – Madrasah Salasilah Rasullullah.

Untuk merealisasikannya, tim saya dan Yaakob akan mencari madrasah-madrasah terpilih yang dibina oleh keturunan Nabi Muhammad SAW untuk menilai semua premis-premis yang dinyatakan.

Yaakob dan timnya telah bergerak berputar di Asia Tenggara dan tim saya akan bergerak awal pagi ini ke Timur Tengah. Kami akan merealisasikan 26 episod untuk tayangan sepanjang Ramadhan.

Ia pastinya perjalanan yang berliku. Untuk itu, saya dengan rasa rendah diri akan membuka satu lagu kategori (Dokumentari : Madrasah) untuk menempatkan catitan harian serta suka duka kami diperantauan.

Jika sudi, singgahlah di laman ini buat seketika…

hari yang meletihkan…

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on Mei 31, 2009 by syirfan

Cukup letih…

Itu sahaja perkataan yang wajar. Seharian menguruskan semuanya yang boleh memberi kesan untuk 2 bulan akan datang.

Untuk pengetahuan, saya akan terbang ke timur tengah mulai 1 jun ini. Kembali pada pemghujung julai nanti. Maklumat program akan saya ceritakan nati.

untuk masa ini…. saya hanya mahu TIDUR..

 

zzzzzzzzzz

selepas 36 tahun dia meninggalkan kita…

Posted in Buah Fikiran on Mei 29, 2009 by syirfan

Hari ini, genap 36 tahun dia meninggalkan kita. Madah cerita, pemikiran dan tawanya masih kekal untuk kita hari hari ini. Sumbangan yang tidak boleh langsung kita nafikan.

Tan Sri P. Ramlee. Al – Fatihah.

Rosli Dhoby – Cerita Penerbit 4

Posted in Dokumentari : Rosli Dhobi, Senyum Tangis 'Aku' on Mei 29, 2009 by syirfan

suatu ketika logo2

Suatu ketika pun muncul…

Semalam aku  dan blogger Ainur hadir ke Matic untuk pelancaran kempen SUATU KETIKA.

Mungkin ramai yang dah perasan promo tentang Suatu Ketika yang hadir di PRIMA dan CITRA. Atau ada yang sudah terperasan dengan promo Rosli Dhobi (dokumentari dan drama) yang kini sangat kerap muncul di ASTRO.

Ada yang terkeliru – apa itu Suatu Ketika?

Suatu Ketika adalah satu kempen menerusi apa yang dikenali sebagai ‘inovasi kandungan’ yang cuba dibawa olah Astro. Secara kasarnya, menerusi Suatu Ketika, penonton akan menghayati sejarah yang dipaparkan menerusi wajah baru dokumentari (yang akan ditayangkan di Prima) dan cerita sejarah yang sama diberi sentuhan kreatif dan diterjemahkan dalam drama bersiri (yang akan ditayangkan di Citra).

Suatu Ketika bukan sahaja menyiarkan tentang Rosli Dhoby tetapi beberapa tokoh lain, tragedi dan kawasan yang hingga kini masih terasa kesannya. Ini termasuklah Mahsuri, Senoi Praq, Mokhtar Dahari, Melaka, JRA, dan beberapa tajuk lain. Rosli Dhoby terpilih sebagai dokumentari pertama untuk disiarkan.

Dokumentari kedua juga ‘malangnya’ diterbikan, diarah dan di tulis skripnya oleh aku. Nanti aku cerita panjang tentang dokumentari kedua ini. Selepas ini akan dituruti oleh penerbit/pengarah/penulis skrip tempatan yang tidak kurang langsung hebatnya.

Balik semula ke pelancaran Suatu Ketika. Majlis ini dilancarkan oleh Dato Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Turut hadir sebagai tetamu ialah Tahar Joni (sepupu Rosli Dhoby) dan Bol Hassan (anak saudara Rosli Dhobi).

Oleh kerana aku terlupa membawa camera, tidaklah dapat aku tunjukkan sekeping gambar pun tentang kemeriahan pelancaran yang turut diramaikan dengan wartawan, artis dan penggerak belakang tabir dokumentari dan drama tempatan. Jujur – aku bangga dengan pencapaian dan idea ini.

Lebih dari setahun dokumentari Rosli Dhobi ini ditangan aku. Susah, senang. Ditekan, tertekan. Semuanya ada. Tidak ada dokumentari yang aku hasilkan mengajar terlalu banyak kecuali dokumentari ini. Ia benar-benar berbekas.

Wajah baru dokumentari ini menginsafkan aku tentang banyak benda. Tentang harapan dan perspektif dokumentari untuk masa hadapan. Walaupun majlis ini lebih sekitar memberi puji dan menerima puji, aku lebih takut dengan tahap baru yang semua letakkan. Inilah adalah dokumentari baru Malaysia. Tahap baru. Ingat, kita tidak boleh turun dan tahap ini!

Dokumentari ini adalah adi karya baru. Persoalannya, adakah kita akan berjaya mengekalkannya?

Bila En. Zainir Aminullah, Pengarah Eksekutif Astro menyatakan “Ini adalah dokumentari yang amat baik”, aku menjadi kaku seketika…

Kredit juga aku serahkan pada Wan Hasliza, pengarah drama Rosli Dhoby. Kami tidak pernah berjumpa sehingga petang semalam. Kami hanya bertemu lewat pemikiran, falsafah penerbitan dan derita sejarah.  Perbualan singkat kami sekitar kata – “Tahniah, Terima kasih. Gembira dapat berkerja dengan gambar-gambar cantik awak” dan ” Terima kasih kerana membuat kerja  saya nampak lebih baik”. Salam, senyum seketika dan meredar. Saling mengkagumi – mungkin?

Sepanjang majlis ini aku lebih selesa melayan hati dan perasan serta mata yang tidak lagi dapat lelap semalam kerana editing. Namun, sebaik sahaja promo Rosli Dhoby menggegar Mini Auditorium Matic, aku berkata kepada Jaya Mahajan, Penerbit Penyelaras dari Astro Entertaiment, “Jaya, i want to cry…”

Jaya membalas – “Syirfan, please cry with a big smile!”

Enjet-enjet semut…

Posted in Sebuah negara bernama "Malaysia" on Mei 27, 2009 by syirfan

Waktu-waktu hangat sebegini, aku terjumpa sebuah video klip yang bolehlah membuat aku senyum dan berfikir… sekurangnya makna 1malaysia tu dah lama ada rupanya…

Kalau sudi, layanlah…