“Menunggu Kata Dari Tuhan”

Dalam kesibukan (konon-konon) melaksanakan tugas dalam cuti Hari Pekerja, aku sempat mencuri masa untuk menonton teater karya Dinsman berjudul – Menunggu Kata dari Tuhan (MKDT).

Bersama Akob, sempat aku menjamah satu lagi karya Dinsman (Shamsudin Ohman) di Auditorium Muzium Negeri Selangor.

Antara  tarikan utama yang membawa aku menonton pastinya kerana Sabri Yunus. Ini kerana teater ini adalah teater monolog. Sabri berkomunikasi dengan ‘rasa’ selama 45 minit tanpa henti. Lebih menakjubkan kerana skrip MDKT ada di tangan ku sepanjang pementasan ini dan Sabri Yunus telah berjaya menyampaikan ‘rasa’ teater ini tanpa meninggalkan setiap ayat penting. Apa yang ada dalam skrip, pasti disampaikan… Hebat!

Kehadiran Sani Sudin yang menjadi pemuzik ‘live’ sepanjang teater ini memang menakjubkan. Beliau berjaya menyampaikan ‘rasa’ Sabri Yunus dengan jayanya lewat gesekan biola dan hammingnya…

Teater ini adalah terjemahan sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengisahkan Ka’ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk.

Teater ini adalah teater rasa yang  dialami oleh Ka’ab yang punya rasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad walaupun pada masa itu beliau sihat dan mempunyai peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang.

Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau dalam perang, dan dipulaukan oleh sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Rasa yang paling parah adalah tika menunggu keampunan dari Allah melalui Nabi Muhammad SAW.

Namun, mesej besar yag cuba disampaikan adalah – sejauh mana kita bersedia untuk bercakap benar bila sudah melakukan kesalahan dan adakah kita bersedia untuk menerima hukumannya?

Inilah konflik jiwa Ka’ab dan saya rasa konflik jiwa kita juga…

Kebenaran harus dipersembahkan walaupun pahit…

Satu Respons to ““Menunggu Kata Dari Tuhan””

  1. Salam, ada saya catatkan serba sedikit tentang teater ini di blog saya:

    http://aidirahimi.blogspot.com
    🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: