Semalam…

Semalam,

Kita tewas lagi dalam arena,

Korea Selatan tewaskan Malaysia,

Nampaknya bulu tangkis bukan lagi penawar piala.

 

Semalam,

4 lagi negara diancam petaka,

Jepun, Australia,  Panama,  Argentina,

Selamat berjuang menentang virus Influenza A.

 

Semalam,

Di Jertih muncul berita,

Pohon kekabu tumbang tiba-tiba,

Seorang ibu mati tertimpa.

 

Semalam,

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bawa khabar gembira,

150 jeti pendaratan ikan akan dibina,

Moga semuanya meningkatkan hasil dan usaha.

 

Semalam,

Kilat menyambar di Kuala Terengganu lapor BERNAMA,

10 peserta candat sotong cedera,

Kadang-kadang alam bersuara dan kita yang jadi mangsa.

 

Semalam,

MU seperti yang dijangka,

beberapa tapak lagi nak bergelar juara,

Kita semua bertepuk gembira (Pasukan kita hampeh sentiasa).

 

Semalam,

ada yang cuti, ada yang berkerja,

ada yang menangis, ada yang ketawa,

namun itulah pelengkap makna.

 

Semalam,

Matahari penuh mengirim cahaya,

Bulan cantik pelengkap purnama,

Bersyukurlah, Tuhan kirimkan kita kurnia.

 

Semalam,

Ada yang menyerahkan cinta,

Ada yang menyerahkan dosa,

Ada yang berjaya, ada yang tumpas segala.

 

Semalam,

Antara ingat dan lupa,

Ada yang mengirim kata,

Syirfan, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-33!

8 Respons to “Semalam…”

  1. sebaliktabir Says:

    Selamat Hari Lahir bang!
    Selamat Hari Ibu K.Izan!

    Semoga selamat semuanya dunia akhirat!

  2. Menarik.

    Selamat ulangtahun ke 33. Semoga beroleh rahmat dan berkat.

  3. zahar adnan Says:

    hadiah semalam…
    bulan yang mengambang lagi bercahaya…cantik betul…
    tu tandanya…
    besdey kita….hehehehe…
    SELAMAT HARI LAHIR BUAT KITA….26&33…
    SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR,DI PERMURAHKAN REZEKI…
    DAN SEMOGA SEGALA KESULITAN DAPAT DIATASI DENGAN BAIK…
    AMIN….

  4. tua dah ko ye… kita sama ..haha..

  5. bucungdotcom Says:

    Syir, Selamat Hari Lahir, semoga tercapai apa-apa sahaja yang dihajatkan, dan terlindung dari apa-apa sahaja yang tidak diinginkan.

  6. selamat hari lahir juga utk saudara.. semoga dirahmati Allah sentiasa🙂

  7. seribulan Says:

    Happy Belated Birthday!!
    Ikut kalendar Cina, maknanya awak lahir tahun 1976..
    so Tahun Naga. Tahun Naga ni org Cina paling suka..
    ada ‘ong’ besar. Walau apapun, moga terus berjaya dan berjaya.

  8. Happy belated birthday buat kita berdue – 36 & 33.
    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    p/s – sbnanya hari lahir tuh 10 or 11 may. confused jek sikit. sya 12 may

    Aia,
    saya 10 mei. Happy belated birthday. boleh beremail tak? syirfanindra@yahoo.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: