13 Mei 19xx

Wad 2C / Hopital Putrajaya/ 13 Mei 2009.

Seorang doktor perempuan Melayu.  Kita beri namanya Dr. Mawar

Seorang pesakit kanak-kanak Cina. Yatim piatu. Kita beri namanya Chong.

Seorang kanak-kanak India yatim piatu. Kita beri namanya Muthu.

 

Action!

Chong mengeluh kesakitan. Terasa sakit walaupun kawannya Muthu tak habis-habis mengurut lembut tanganya akibat disuntik jururawat sebentar tadi.

Muthu : Sabarlah. Sikit ajer lagi. Aku dah cakap tadi, jangan main makan ajer.

Chong : Sakitlah. Adus, tolong aku. Aku nak ke tandas…

Muthu terus memapah Chong ke tandas.

Chong : Terima kasih yer.

Muthu: Aku tahu kalau aku sakit, kau pun akan jaga aku kan. Kita ni kan yatim piatu. Kalau aku sakit, kau jaga aku. Kalau kau sakit, aku mesti jaga kau.

Keluar sahaja dari tandas, Dr Mawar merapat.

Dr. Mawar : Chong macam mana, sakitlah lagi tak?

Chong : Sakit

Muthu : Saya sudah cakap doktor. Dia tak nak dengar cakap saya.

Dr. Mawar : Ok, mari doktor check sekejap yer. tarik nafas….

Chong : Terima kasih yer doktor.

Dr. Mawar : Saya kan doktor. Semua yang sakit mesti saya tolong…

dan cerita basa-basi mereka berlanjutan.

 

Nota : Scene ini bukan lakonan. Ia berlaku di hadapan saya. Ia benar-benar mengingatkan saya  peristiwa 40 tahun lalu – 13 mei 19xx.

Masa dah mengubah segalanya!

Satu Respons to “13 Mei 19xx”

  1. loko9691963 Says:

    pernah sekali menemani kawan pergi ke klinik pergigian…
    setelah selesai sesi rawatan, kawanku bercerita…

    Kamal : Ada ke patut dia tanya aku sakit aper..

    Aku : Kenapa plak ni?

    Kamal : Da tau aku g sini, dah tentula sakit gigi.

    Aku : haha..memangla, dia nak tau lebih lanjut la tu sbb dia tanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: